Hampir setiap hari di rumah kita membancuh teh menggunakan uncang. Selepas pakai selalunya kita buang saja uncang teh.
Tapi lepas lihat perkongsian Armanshah Mohamad Tahir apa kata kita simpan terutama jika suka bercucuk tanam.
Ads
Uncang teh terpakai ini digunakan untuk menanam benih cili dan hasilnya benih cili cepat tumbur dan cantik. Caranya boleh ikut perkongsian ini.
Benih anak cili guna uncang teh
1. Saya tanam benih cili menggunakan teh uncang yg telah digunakan untuk dapatkan cili yg cantik.
Selain itu benih juga cepat tumbuh. Daun teh boleh jadi medium dan baja pada anak benih cili.
2. Caranya bubuh sedikit air dalam uncang teh yang dibuka supaya lembap sedikit. Ini kerana serbuk teh cepat kering kalau panas, lagi pun memudahkan benih bercambah.
3. Jika dah ditanam boleh guna air basuhan beras untuk siram pokok cili. Lagi subur dan cepat berbunga
4. Saya juga gunakan baja kopi, dari sisa kopi asli iaitu kopi kasar/ dan campuran baja yg berbau kopi (beli di Eco Shop)
Kalau pergi restoren mamak, mi goreng ini selalu kita pesan. Tak tahu kenapa, mi goreng mamak ini rasa sedap je.
Makan waktu panas, dapat pula basah bersalut dengan telur, memang terbaik. Tapikan menu ini boleh saja kita buat sendiri sendiri di rumah.
Lagi best masak sendiri sebab boleh ikut cita rasa kita. Kalau nak yang sedap tapi senang boleh ikut perkongsian resipi mi goreng ala mamak Ziera Xiera. Ringkas saja buatnya tapi punyalah sedap.
Mi goreng ala mamak
Bahan-bahan
Mi kuning (paket 1/2kg)
Bahan kisar
Cili kering
1 biji bawang bsr
3 – 4 ulas bawang putih
1 sdb udang kering (tak letak pun boleh)
Bahan A
2sdb sos tiram
2sdb sos tomato
3sdb sos cili
2sdb kicap pekat manis
Kicap cair manis (letak ikut pada kehitaman mee yg kita nak)
Garam
1sdb gula (untuk seimbangkan rasa, jika suka)
Isi ayam
Fish cake
Bahan B
4 – 5 biji telur (jika kuantiti mee 1kg guna 9-10 biji telor, kalau kurang nanti tak bersalut. Jika guna telur gred A, boleh kurangkan sebiji)
Mee
Sawi
Tauge
Hirisan cili merah
Cara membuat:
1. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak, masukkan bahan A satu persatu
2. Masak sampai bahan sebati dan cukup rasa, baru masukkan telor.
3. Gaul seketika sebelum masukkan mee.
4. Gaul sampai mee bersalut dengan bahan-bahan.
5. Akhir sekali masukkan sayur. Boleh juga tambah hirisan tauhu jika suka. Siap!
Selamat mencuba.
Nota: Artikel ini disiarkan dengan keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI
Sehari sebelum raya biasanya, kaum ibu dah sibuk menyediakan rendang. Selalunya dimasak dalam jumlah yang banyak.
Tapi ada juga kejadian malam masak rendang, esok tengah harinya rendang dah basi. Memang geram kan.
Itulah sebabnya kena tahu petua-petua untuk memastikan rendang yang kita masak ni tahan lama. Maklumlah masak dalam jumlah yang banyak, sayang sangat kalau basi. Jadi sebaiknya ikut lapan petua ini.
1. Pilih santan berkualiti
Hidangan yang menggunakan santan selalu yang paling cepat basi. Tapi jika kita menggunakan santan yang segar dan berkualiti, bukan saja rasa rendang pun lebih lazat tapi juga mampu membuat rendang tahan lebih lama.
2. Tunggu sejuk baru tutup
Selepas memasak rendang jangan tutup rapat periuk. Tunggu dulu sehingga rendang dan periuk sejuk. Jika periuk atau kuali berisi rendang terus ditutup rapat, wap air akan terkumpul pada tudung periuk dan akan jatuh ke dalam rendang.
Ini boleh menyebabkan rendang cepat basi. Sama juga dengan lauk dan makanan lain. Jadi, kalau nak tutup masa masih panas, biarkan ada sedikit bukaan (tak payah tutup rapat). Atau, tunggu hingga agak sejuk barulah periuk ditutup.
3. Pastikan betul-betul pecah minyak
Semasa menumis, pastikan bahan-bahan dah betul-betul garing dan pecah minyak. Pecah minyak ni tandanya warna tumisan menjadi sedikit gelap atau minyak tumisan akan terpercik sedikit daripada kuali. Selepas ada tanda begini, barulah masukkan ayam atau daging.
4. Masak sampai rendang kering
Salah satu cara untuk elakkan rendang cepat basi adalah dengan memasaknya hingga kering. Dengan cara ini, kandungan air dalam masakan akan dinyahkan dan ia dapat bertahan lebih lama. Daging pun akan jadi lembut!
5. Kurangkan santan
Sebenarnya tak semua resepi rendang menggunakan santan. Yang tak pakai santan tetap akan ada rasa lemak sebab dah guna kerisik. Kalau tetap nak guna santan, kurangkan sedikit kuantitinya kalau nak ia bertahan lebih lama.
6. Goreng ayam / daging separuh masak
Sebelum masak rendang, gorengkan dulu ayam hingga separuh masak atau masak ayam / daging atas api tanpa minyak atau air.
Boleh juga gaulkan dengan rempah-rempah dan bakar seperti ayam percik. Proses ini adalah untuk keringkan air daging atau ayam. Jadi bila air ayam / daging tu kering, barulah rendang lambat basi.
7. Pastikan bekas kering
Semasa menyimpan rendang dalam bekas, pastikan bekas telah dilap kering. Masa nak menceduk pun, kena pastikan juga sudip, sudu, atau senduknya kering.
Sebelum memasak atau panaskan atas periuk / kuali pun, keringkan dulu atas api supaya rendang yang dimasak tahan lama.
8. Sejukbeku & Asingkan
Sekiranya mahu menyimpang rendang dalam peti sejuk, asingkan dalam beberapa bekas kecil. Jangan simpan dalam satu bekas besar. Ini dapat mengelakkan rendang itu daripada asyik keluar masuk peti sejuk dan dipanaskan.
Jadi bila nak makan keluarkan satu bekas kecil untuk satu hidangan, yang lain tak disentuh.
Banyak kediaman sekarang menggunakan pintu sliding. Antara masalah selalu berlaku bila pintu ini dah lama digunakan adalah pintu sliding jadi tersekat dan susah untuk ditarik atau ditolak.
Bagi mengatasi masalah yang biasa dihadapi ini boleh ikut cara yang dikongsi oleh Jason_jezi di akaun Tik Tok miliknya. Mudah saja rupanya untuk betulkan.
Ujarnya masalah pintu sliding susah ditarik atau ditolak berlaku kerana skru pintu longgar mengakibatkan pintu sliding turun. Jadi lakukan perkara berikut;
1.Cari lubang skru di bahagian bawah pintu sliding kemudian ketatkan menggunakan screwdriver.
2.Apabila dah diketatkan pintu yang turun tadi akan naik semula. Selesai masalah pintu susah nak tarik.
3.Selain itu pintu sliding boleh jadi tersekat-sekat kerana ada kotoran seperti pasir pada rail. Jadi lap dan bersihkan kotoran.