Jangan Campur Peluntur Dengan Bahan Ini Bila Bersih Rumah. Bahaya, Boleh Jadi Gas Beracun!

Share

Waktu cuti hujung minggu ramai yang akan membersih dan mengemas rumah. Salah satu bahan yang selalu digunakan ketika proses ini adalah peluntur.

Ia memang berguna untuk membersihkan kotoran degil tapi awas ya, jangan guna sembarangan atau lebih tepat lagi mencampurkan bahan ini dengan cecair pencuci lain.

Ini kerana ia boleh menghasilkan gas beracun yang boleh memudaratkan. Ia boleh menyebabkan seseorang itu pitam, pengsan, sesak nafas dan batuk.

Malah sebelum ini berlaku kes di mana seorang ibu pitam akibat sesak nafas gara-gara mencampurkan bahan peluntur dengan cecair pencuci lain.

Menurut lapran Public Health Malaysia baru-baru ini seorang wanita dan anak kecil dikejarkan ke jabatan kecemasan selepas mengalami gejala sesak nafas di rumah mereka.

Ibunya sudah pitam di pintu tandas akibat sesak nafas manakala anak terbatuk tanpa henti. Puncanya adalah akibat ibu telah mencampurkan bahan peluntur (bleach) dengan Bahan pencuci lain (stain remover) lalu menghasilan gas beracun. Wanita tersebut diberikan rawatan segera dan berjaya diselamatkan.

Jangan campur cecair peluntur dengan bahan ini

Berikut adalah kesan jika mencampurkan bahan peluntur dengan cecair pencuci lain.

🚫 Cecair Peluntur + Ammonia = Gas Kloramin

Terhidu gas kloramin boleh menyebabkan batuk, sesak nafas dan radang paru-paru.

🚫 Cecair Peluntur+ Cuka = Gas Klorin

Pendedahan kepada gas klorin menyebabkan sakit dada, muntah, dan juga kematian.

🚫 Cecair Peluntur + Alkohol = gas kloroform

Bernafas dalam kloroform boleh menyebabkan keletihan, pening, dan pengsan.

Oleh itu sangat penting, jangan campurkan bahan pencuci terutamanya cecair peluntur dengan bahan pencuci lain.

Sumber: Public Health Malaysia

Published by
VK