Walaupun anak dah ada dua atau tiga orang tapi ramai juga parent yang tak tahu cara betul beri anak makan ubat bila tak sihat. Terutamanya ubat cecair.
Biasanya bila nak beri anak makan ubat cecair kita akan celup picagari dan tarik ke kuantiti yang doktor tetapkan. Kemudian terus masukkan dalam mulut anak.
Sebenarnya cara yang biasa kita buat ini adalah salah. Mungkin juga kerana cara ini masalah kesihatan anak selalu berulang.
Demikian info dikongsi oleh Tengku Wdec yang bertemu dengan doktor selepas anaknya selalu sangat demam, batuk dan selesema.
Ads
1. Perasankan selama ini ubat cair biasanya ada penutup transparent plastik. Penutup ini ada gunanya bukan untuk hiasan.
2. Setiap kali ambil ubat tuang dalam penutup itu dulu ikut kuantiti yang doktor sarankan.
Ads
3. Kemudian baru ambil picagari dan tarik ubat melalui penutp ini tadi. Bukan terus masukkan picagari dalam botol ubat!
Kalau ada lebih jangan masukkan balik dalam botol. Jangan sesekali celup picagari dalam botol ubat yang berlainan tanpa membasuhnya terlebih dahulu.
Ads
Menurut doktor, ubat akan hilang manfaatnya bila kita mencelup satu picagari dalam ubat yang berbeza. Ibarat memberi anak minum air gula saja. Mungkin sebab ini demam, batuk atau selesema anak lambat hilang.
Ramai yang terkejut bila dengar berita budak 12 tahun merogol anak asuhan yang baru berusia 4 tahun.
Semuanya gara-gara terangsang selepas melihat video seks di telefon bimbit. Kes ini cukup menakutkan ibu bapa apatah lagi ketika ini anak yang masih kecil sudah diberi telefon bimbit.
Begitulah teruknya kesan jika telefon bimbit yang diberikan kepada anak-anak ini tidak dikawal penggunaannya.
Agar apa yang terjadi ini tidak berulang pada anak-anak kita sebaiknya ambil langkah pencegahan.
Jika kemudahan ini satu kepentingan buat anak untuk tujuan komunikasi dan tidak boleh ditarik penggunaannya, maka cara yang boleh kita lakukan adalah dengan memantau aktiviti yang anak lakukan selama memegang gajet ini.
Caranya ibu bapa boleh memuat naik aplikasi yang boleh mengawasi penggunaan telefon bimbit anak seperti yang dikongsi oleh Azmuhaini Aini.
Monitor setiap aktiviti anak di telefon
Maybe ada yang dah tau apps ni tapi yang belum tahu harap membantu. Apps ni saya install lama jugak lah untuk monitor setiap pergerakan kegunaan hp si kakak.
Yup kakak ada hp sendiri dan hp dia memang saya pasang kan line so unlimited internet dan call supaya dia senang nak call family member, kegunaan kerja sekolah. Tapi semua ada limit.
So saya install app ni Family link.
Kat app ni saya boleh monitor apa yang kakak sedang buat. Contoh dia tengah online, tengok youtube, game, semua saya boleh tahu. Dan berapa lama dia tengok dan last dia online semua saya tahu.
Paling penting saya tahu location hp nya berada di mana. Tak kisah saya tengah kerja dia di rumah semua saya boleh monitor sebab ada notification.
Dan di app ni juga saya kawal penggunaannya so saya akan set masa ikut saya. Sampai masa hp ni akan padam sendiri dan dia tak boleh tekan mana-mana button melainkan call sahaja. kalau dia perlu buka hp juga perlukan code no daripada hp saya.
Update
1) Application ini perlu di install kat telefon parent yang nak monitor tu dan juga HP anak anda ye. Nanti app ni akan minta email bagai so ikut sahaja arahan yang diberikan. Untuk hp parent kena install google family link for parent dan kalau untuk hp anak kena install google family link for children & teens.
2) Anak nak uninstall. biarlah sebab tak boleh pun. Kalau hp si ibu atau bapa uninstall pun masih boleh install balik dan monitor anak macam biasa balik. Melainkan parent tu tekan STOP SUPERVISION.
3) Kita boleh kawal dan set untuk tontonan movie umum sehingga 18sg atau 18sx. Game pun boleh kawal.
4) Semua kawalan/perubahan adalah hanya boleh dilakukan di hp si ibu/bapa sahaja. Selamat mencuba.
Kalau di rumah ada menanam pokok bunga, sayur dan buah-buahan elok sangat untuk buat sendiri baja roti ini. Sebabnya hanya dengan satu air baja ini saja hasilnya pokok bunga akan rancak berbunga, buah jadi lebat dan daun pokok sayur akan gemuk subur.
Lagi menarik cara buat air baja roti pun mudah dan murah. Caranya dikongsi oleh Liyana Mohd Poad.
DIY baja roti untuk rancak pengeluaran bunga, lebatkan buah & gemukkan daun sayur
Saya share cara-cara untuk buat mol roti/ baja roti. Fungsi baja roti sama seperti baja Yakult iaitu untuk merancakkan pengeluaran bunga dan melebatkan buah selain menggemukkan daun. Ikut step by step di bawah ya. Paling perlu ambil perhatian adalah langkah selepas peram & cara penggunaan.
1. Bahan bahan yang diperlukan adalah 2 keping roti Gardenia expired, gula merah, air mineral 1.5 L (boleh guna air mati/air hujan atau air tapis asalkan bukan air paip), gunting, sudu & corong kertas.
2. Penutup botol perlu dilubangkan untuk mengeluarkan gas waktu disimpan nanti.
3. Masukkan roti yang dicarik dalam botol berisi air bersama gula merah.
3. Tutup botol rapat rapat dan goncang.
5. Simpan di tempat yang gelap selama seminggu.
6. Selepas seminggu, tapis mol roti. Ambil patinya sahaja, buang roti yang terurai. Guna air yang bening sahaja sebagai pati. Masukkan ke dalam bekas kedap udara.
Cara penggunaan
Ambil 10ml mol roti dan campur dengan satu liter air biasa.
Spray pada daun, pucuk, tanah dan boleh disiram juga, tiada masalah.
Lakukan seminggu sekali, waktu pagi saja.
Fungsi mol roti untuk menggalakkan pengeluaran bunga dan melebatkan buah serta menggemuk dan menghijaukan daun.
Mol boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 6 bulan.
Baru saja cabut rumput keliling rumah, tapi tak sampai seminggu dah tumbuh balik. Ini situasi biasa kalau rumah ada laman. Memang penat.
Tapi kalau tak berapa rajin nak cabut atau meracun rumput ada cara yang lagi mudah untuk matikan rumput dan lalang ini.
Caranya cuma guna garam! Dikongsi oleh pemegang akaun Tik Tok Kak Tin Geng Kebun, ini cara yang boleh kita praktikkan.
Tip matikan rumput guna garam
1. Sediakan garam kasar, cari yang harga murah saja.
2. Kemudian tabur saja garam ini atas rumput yang meliar sekeliling rumah. Boleh tabur atas rumput tepi pasu yang malas kita cabut. Tabur rata-rata ya.
3. Kalau cuaca panas keesokan harinya rumput akan menguning dan kering. Tapi garamnya masih ada.
Kawasan yang ditabur dengan garam ini, rumputnya akan ambil masa yang lama untuk tumbuh semula. Rumput yang kering tadi akan mati dan reput hingga kita tak nampak lagi.
4. Bagusnya selain rumput mati garam kasar ini juga akan menghindarkan masalah siput babi, lipan dan juga ular.