Jangan Celup Picagari Dalam Botol Ubat! Begini Cara Betul Beri Anak Makan Ubat Cecair

Share

 

Walaupun anak dah ada dua atau tiga orang tapi ramai juga parent yang tak tahu cara betul beri anak makan ubat bila tak sihat. Terutamanya ubat cecair.

Biasanya bila nak beri anak makan ubat cecair kita akan celup picagari dan tarik ke kuantiti yang doktor tetapkan. Kemudian terus masukkan dalam mulut anak.

Sebenarnya cara yang biasa kita buat ini adalah salah. Mungkin juga kerana cara ini masalah kesihatan anak selalu berulang.

Demikian info dikongsi oleh Tengku Wdec yang bertemu dengan doktor selepas anaknya selalu sangat demam, batuk dan selesema.

1. Perasankan selama ini ubat cair biasanya ada penutup transparent plastik. Penutup ini ada gunanya bukan untuk hiasan.

2. Setiap kali ambil ubat tuang dalam penutup itu dulu ikut kuantiti yang doktor sarankan.

3. Kemudian baru ambil picagari dan tarik ubat melalui penutp ini tadi. Bukan terus masukkan picagari dalam botol ubat!

Kalau ada lebih jangan masukkan balik dalam botol. Jangan sesekali celup picagari dalam botol ubat yang berlainan tanpa membasuhnya terlebih dahulu.

Menurut doktor, ubat akan hilang manfaatnya bila kita mencelup satu picagari dalam ubat yang berbeza. Ibarat memberi anak minum air gula saja. Mungkin sebab ini demam, batuk atau selesema anak lambat hilang.

Sumber: Tengku Wdec

 

 

Published by
VK