Mendengar berita kanak-kanak atau bayi meninggal dunia akibat ditinggalkan dalam kereta beberapa jam memang menyayat hati.

Kita semua emosi mendengar berita ini dan tak kurang juga menyalahkan ibu atau bapa kerana sikap terlupa. Tapi hakikatnya tiada ibu bapa yang mahu perkara ini berlaku pada anak yang dikasihi.

Dapat difahami betapa berat kesedihan yang dirasai oleh ibu berkenaan sekarang. Lebih daripada itu adalah baik kita ambil pengajaran daripada kejadian yang berlaku.

Sebelum ini Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi tip bagaimana untuk mengelak kelalaian terutama akibat terlupa berlaku lagi. Jika diperhatikan daripada kes yang sama sebelum ini kebanyakan puncanya adalah sikap terlupa ibu bapa.

Kena tangani kelalaian

Insiden seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa, termasuk diri kita sendiri, jadi kita perlu tangani kelalaian ini.

Di sini saya ingin kongsi beberapa tips untuk mengurangkan kebarangkalian perkara ini terjadi kepada anak anda.

1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu. Di situ adalah titik buta (blindspot). Letak di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan.

IKLAN

2. Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa kereta (termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang.

3. Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda di belakang.

9 Tip Elak Kejadian Tertinggal Bayi Dalam Kereta Berulang. Jangan Letak Anak Di Lokasi Blindspot!

 

4. Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ke-3. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.

IKLAN
Selain itu:  Buah Durian Yang Luruh Di Kampung Rupanya Boleh Pos! Begini Caranya, Kos Pun Tak Mahal

5. Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak anda. Contoh: beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut anda di ruangan kaki di belakang. Nota: tidak digalakkan memandu tidak berkasut.

6. Letakkan tag/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar, yang menandakan anak anda di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah. Contoh seperti dalam gambar di bawah.

7. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.

8. Guna peranti (device) atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Contohnya: ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety . Nota: harganya tidak murah dan aplikasi memerlukan kereta mempunyai fungsi Bluetooth.

IKLAN

9. Bagi yg selalu guna aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder ( Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.

Sumber Kamarul Ariffin Nor Sadan

 

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI