Kebiasaanya yang selalu kita dengar jika ada anggota badan terkena melecur, terus meletakkan ubat gigi untuk mengelak daripada berlaku gelembong.
Ada juga yang meletakkan kicap atau sapu tepung untuk mengatasi masalah ini. Namun sebenarnya ia hanyalah mitos kerana penggunaan bahan ini memberi kesan buruk jika tidak tahu keberkesanannya.
Dalam laporan Public Health Malaysia memberitahu sebenarnya tidak dibenarkan letak ubat gigi di atas permukaan kulit yang melecur.
Ini kerana akan menyebabkan haba terperangkap dalam kulit dan menyebabkan kesan terbakar jadi lebih teruk.
Bukan itu sahaja, bahkan kulit juga boleh dijangkiti kuman dan seterusnya dan melambatkan proses penyembuhannya.
Sebaliknya apa yang disarankan adalah dengan mengalirkan air paip pada luka berkenaan selama 20 minit.
Cara ini akan membantu proses penyembuhan dan kurangkan kesan komplikasi akibat melecur.
Artikel berkait:
Tak tahan Gigi Geraham sakit, 5 Bahan Semula Jadi Bantu Redakannya