Sejak PKP lalu, ramai yang mula menjadikan aktiviti menanam pokok sebagai hobi sampingan. Tidak kiralah pokok hiasan atau buah-buahan.
Sebenarnya tidak rugi berbudi pada tanah kerana hasilnya memang lumayan.
Perkongsian dalam laman sosial Facebook Miezo Drjeruk Via Group Kebun Kampung memberitahu doa tertentu boleh diamalkan ketika menanam pokok, terutama pokok durian.
Menurutnya jangan salahkan sesiapa jika pokok yang ditanam tidak berbuah langsung. Sebaliknya sebelum tanam digalakkan membaca doa ini dengan memulakannya bersama Bismillah dan Selawat sebanyak 3 kali.
Hasilnya nanti pokok ditanam akan hidup subur dan mengeluarkan hasil lumayan. Insya-Allah.
Doa Tanam Pokok
Selawat 3x
-Bismilahhirohmanirohimm.-
…’Subhaanalwaarisu al baa isu’..
Ertinya:
Maha suci Allah yang maha mewariskan dan maha membangkitkan.
Semoga tanaman anda hidup subur dan bakal mendatangkan hasil yang lumayan.
#musangKing
#durianland
Ini doa patut diamalkan
Artikel berkait:
Boleh Saja Kalau Nak Tanam Pokok Pisang Dalam Pasu
Nota: Aktiviti menanam pokok ini memang menyeronokkan. Dapatkan segala barangan keperluan menanamnya di sini