Ads
Home Hobi & Minat Jangan Nangis, Belajar Agama Tak Boleh Nangis! Cara Ibu Ini Didik Anak...

Jangan Nangis, Belajar Agama Tak Boleh Nangis! Cara Ibu Ini Didik Anak Lelaki Dalami Agama Nampak ‘Keras’ Tapi Wajar Dipuji

Ads

 

 

Nak mendidik anak tentang agama seharusnya dari kecil ketika hatinya masih bersih, lembut dan mudah dilentur dan dibentuk.

Apatah lagi jika anak itu lelaki, yang bakal menjadi ketua keluarga satu hari nanti. Pegangan agama yang utuh cukup perlu.

Atas dasar inilah seorang ibu mengentalkan hatinya untuk menghantar anak ke sekolah agama. Biarpun sedih terpisah namun dia tahu itu adalah tugas yang perlu dilakukan oleh seorang ibu.

Perkongsian Herda Johan   ini juga mungkin dialami oleh ibu-ibu lain juga, justeru ia mendapat banyak reaksi daripada netizen bila di muat naik.

“Jangan nangis! Belajar agama takleh nangis!” Sengaja akak mengeraskan suara. Bukan niat akak. Tapi itu saja yang mampu akak luahkan ketika itu.

Dia anak sulong. Dia abang kepada 4 orang adik dan bakal menjaga 5 adik selepas ini. Dia lelaki! (Dia bakal suami!) (Dia bakal ayah!) (Dia bakal imam dan ketua keluarga!)

Abang belajar agama tak boleh menangis

Akak hanya peluk sekejap. Cium sekejap. Akak terus lepaskan. Malah ketika dia menangis teresak-esak, akak biarkan saja dia melayan perasaannya sambil mulut akak masih mengomel.

“Abang belajar agama tak boleh menangis. Abang kena kuat! Dah jangan nangis!”

Air mata akak mengalir. Akak cuba tahan. Tapi masih juga mengalir. Suami akak juga kalah. Air mata seorang ayah untuk anak lelaki sulongnya akhirnya jatuh juga.

Tapi sebenarnya jauh di sudut hati, akak tahu Aiman terasa. Sudah banyak kali dia berkecil hati dengan cara akak. (Maafkan mama. Itu tugas mama.)

Kalau boleh, Akak tak mahu lepaskan dia seorang diri. Mahu sentiasa berada di sisi dia. Mahu lihat setiap pergerakannya. Tapi akak terpaksa lepaskan dia buat sendiri di usianya masih muda.

Ustazah, kalau dia nakal tak mahu dengar kata. Rotan dia

Sebagai ibu, akak kena bersedia. Saat dia lahir (begitu juga dengan adik-adiknya), tiba masa pengorbanan ini yang perlu akak buat.

Sejak dia berumur 9 tahun, Akak sudah memaksa dia ke sekolah agama. Dari 7 pagi hingga ke 5 petang dia di sekolah.

Memikul beg yang penuh dengan buku akademik dan agama. Mana nak menjawab soalan matematik. Nak memahami subjek bahasa arab pula.

Terbongkok-bongkok dia berjalan. Pada mulanya dia mengeluh. Penat! Akak buat tak peduli. Akak kata, murid lain macam tu juga. (Tapi hakikatnya akak tak sampai hati melihat dia kepenatan begitu).

“Ustazah, kalau dia nakal tak mahu dengar kata. Rotan dia”. Itulah pesanan akak pada ustazah yang mengajarnya dulu.

Ads

Sampai di rumah, dia keletihan. Sehinggalah umurnya 12 tahun dan habis sekolah. Khatam Al-Quran. Beberapa surah utama telah di hafal. Tajwidnya juga lulus. Solatnya juga terjaga. Akak lega.

(Terima kasih atas budi dan ajaran ustazah dan ustaz Seri Ad-Dinniah, Sg. Bakap)

Akak buta agama. Membaca Al-Quran pun tergagap-gagap

Kini, akak perlu teruskan. Melepaskan dia berjauhan dari akak demi menuntut ilmu agama. Dia amanah dan pinjaman dari Allah buat akak dan suami. Tanggungjawab ini berat. Satu masa, dia pasti jauh juga. Tapi biarlah dia berjauhan dengan membawa agamanya bersama.

Kalau silap langkahnya, apa jawapan yang perlu akak berikan pada Allah di akhirat kelak.

Akak buta agama. Membaca Al-Quran pun tergagap-gagap. Solat pun terkial-kial. Entah betul atau tidak tajwidnya pun akak tak tahu. Apatah lagi dosa akak lebih seluas lautan, lebih setinggi gunung. Astaghfirullahalazim.

Pilihan akak cuma ini. Jauhkan dia dari akak yang ‘tidak tahu’ hendak mengajar dan dekatkan dia dengan ‘guru’ yang layak mengajar. Cukuplah akak saja yang sudah lama lalai. Akak tidak mahu dia juga begitu.

Kalau dari mula akak tak paksa diri akak untuk memaksa dia mencintai Allah, Rasul dan agamanya, nanti bukan akak sahaja yang hanyut. Malah lebih malang, akak membawa dia hanyut bersama adik-adiknya. Biarlah air mata ini sebagai permulaan dia memimpin dengan nama Allah untuk keluarganya kelak.

Jangan Nangis, Belajar Agama Tak Boleh Nangis! Cara Ibu Ini Didik Anak Lelaki Dalami Agama Nampak ‘Keras’ Tapi Wajar Dipuji

Menangis teresak-esak sampai tidur

Hari ini baru hari ke-3 dia meniti hidupnya di asrama. Jadual penuh memenuhi harinya. Bangun sebelum subuh.

Di arahkan berjemaah setiap waktu. Mana lagi mahu belajar dan menghafal. Tidur tengah malam. Mengurus hidup sendiri. Berhadapan dengan persekitaran yang baru dan sangat asing baginya.

Selama 3 hari ini akak menanti panggilan telefonnya. Naik saja nombor ‘public phone’ asramanya, akak terus angkat.

“Mama dengan adik-adik sihat ke?” Akak menahan sebak. Lega akak mendengarnya.

Ads

“Sihat. Abang camana?”

“Ok je. Tadi solat pastu baca al-quran”.

Jatuh air mata akak mendengarnya.

“Kawan-kawan ok?”

“Ada yang ok ada yang tak.”

Nada suaranya rendah. Akak diam seketika.

“Kenapa? Kawan-kawan tak best ke?”

“Tak lah. Yang tak ok tu macam Abang la. Rindu dengan family. Tak biasa……”

Kedengaran sebak di hujung suaranya. Allah….

Bertabahlah duhai anakku. Akak cuba mengawal suara sebak akak.

“Aiman kena kuat. Aiman kan abang. Kena jadi contoh pada adik-adik. Aiman belajar agama. Sabarlah ye. Nanti minggu depan dah start belajar dah macam biasa je. Lagipun mama papa akan jumpa Aiman selalu. Tak jauh pun kan”.

“……..ok…..”

Ads

Setelah perbualan habis, akak tak dapat menahan lagi. Dalam hati akan terus berdoa semoga hatinya kuat dan cekal untuk meneruskan pengajiannya ini. Akak terus menekup muka. Menangis teresak-esak hingga tak sedar terus tertidur.

 Akak percaya inilah pilihan dan jalan yang betul

Ini baru permulaan.

Ujian akak ini sekecil zarah berbanding ibu-ibu yang lain. Allah hanya jauhkan pandangan mata dia dari akak untuk beberapa hari. Tak jauh pun. Itupun berat hati akak untuk menerimanya.

Entah bagaimana perjalanan kehidupan dia selepas ini, akak tidak tahu. Tapi Akak percaya inilah pilihan dan jalan yang betul. ‘Memaksa’ dia menuntut ilmu agama dan mencintai tuhannya yang Esa lebih dari dirinya sendiri.

Akak bersyukur di izinkan Allah menjadi ibu . Diberikan kelebihan darjat yang tinggi di sisi Allah. Doa ibu kepadanya anaknya tiada tandingan.

Apabila kali pertama akak bergelar ibu, ia sudah sempurna. Cukup sempurna! Bukan harta dan kesenangan dunia yang akak harapkan. Cukuplah anak-anak ini menjadi kekuatan akak.

Doa akak berterusan untuk anak-anak akak tiada penghujungnya.

Perkongsian hati seorang ibu

Ibu mana yang tak mahu yang terbaik untuk anak-anaknya. Semua ibu punya doa dan harapan yang sama.

‘Post’ ini tiada tujuan untuk merasa bangga dan menunjuk-nunjuk. Tiada yang sempurna melainkan Allah. Ia hanya perkongsian hati seorang ibu terhadap anak yang dikandungnya.

Ia tidak boleh di pendam. Mahu disuarakan kerana ini nikmat dan rahmat Allah yang tiada nilainya. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Sebagai ibu dan bapa, akak berdoa semoga Allah menguatkan kesabaran kita mendidik dan membesarkan anak-anak kita. Ujian kita berat.

Anak dan harta ujian terbesar

Kita tidak lengkap, tapi Allah dah jadikan kita ibu bapa yang sempurna dan cukup. Tugas kita ialah meneruskan amanah dari Allah ini untuk memimpin mereka ke jalan yang di redhai-Nya.

Di zaman sekarang yang penuh cabaran dunia. Dengan kehidupan kita siang malam ‘mengumpul harta’. Mana lagi nak mengurus kebajikan anak-anak. Hingga lupa mana yang lebih utama.

Dalam Al-Quran pun dah dinyatakan dengan jelas, anak dan harta ujian terbesar buat kita hamba-Nya. Dan setiap ujian ada rahmat dan nikmat Allah tersembunyi. Keputusan di tangan kita untuk memilih jalan mana yang baik dan buruk.

Jika kita pilih jalan yang baik, hasilnya insyaAllah baik. Jika jalan yang buruk kita pilih, maka makin leka dan terpesonglah hidup kita. Semoga Allah memimpin hati kita sebagai ibu bapa dengan hidayahNya.

Amin…

Sumber  Herda Johan

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI