Pusing-pusing nak cari ruang untuk letak kereta di kawasan parkir tidak bertar. Ternampak ada satu ruang banyak yang kosong. Kita pun masuk tanpa sedar rupanya kawasan itu berlumpur.

Bila dah jadi macam ini satu masalah nak keluarkan kereta. Kalau berdepan dengan situasi begini jangan panik, ada satu teknik yang boleh digunakan untuk keluarkan kereta yang tayarnya termasuk dalam lumpur atau tanah lembut.

Jangan Panik Kalau Tayar Kereta Tersangkut Dalam Lumpur, Ini Teknik Yang Kena Buat

Ads

Jika kereta tersangkut dalam lumpur

Kebiasaanya bila dah perasan tayar kereta tersangkut atau masuk dalam kawasan berlumpur kita akan terus tekan minyak dan pandu ke depan.

Jangan Panik Kalau Tayar Kereta Tersangkut Dalam Lumpur, Ini Teknik Yang Kena Buat

Cara ini salah ya. Jika dilakukan banyak kali ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Tayar mungkin akan tenggelam lebih dalam dan menyukarkan lagi untuk keluar.

Ads

Jadi apa yang perlu dilakukan. Menurut James Alatin bila tayar kereta termasuk dalam lumpur begini apa yang perlu dilakukan adalah bertenang.

Cara betul kena reverse

Cara betul untuk mengeluarkan tayar kereta dari lumpur ini adalah dengan menukar gear reverse dan tekan minyak secara perlahan-lahan. Cara ini barulah senang nak keluar.

Ads
@james_alatin Kereta Tersangkut Dalam Lumpur#james_alatin #Alatin #carmalaysia #cermingelap #windowfilm #tinted #tahukahanda #tiktokmalaysia #education #fypシ ♬ original sound James_Alatin
Boleh guna kayu atau batu juga

Lagi satu cara yang boleh digunakan jika, cara di atas tidak berjaya adalah dengan menggunakan kayu atau batu untuk membantu meningkatkan cengkaman. Caranya dengan meletakkan kayu atau batu tadi pada tayar sebagai landasan.

Semoga bermanfaat.

Sumber: James Alatin

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI