Jangan Salah Makan, Kenali Jenis Panadol Yang Sesuai Dengan Pening Atau Kesakitan Yang Kita Alami

Share

 

Pening kepala saja, kita mesti akan beli Panadol untuk redakannya. Tapi apa yang ramai tak tahu Panadol itu sendiri adal banyak jenis dan berbeza fungsinya.

Dikhuatiri jika tersalah makan Panadol, dan tidak mengikut dos yang sebetulnya, akan berlaku kesan sampingan pada diri.

Info dari Zaith Pharmacy

ini mungkin boleh membantu mencari jenis Panadol yang betul untuk kesakitan yang dialami.

Bang, apa beza panadol ni dengan yg tu?”

Haa…jawab. Semua ada paracetamol (PCM), kenapa namanya lain-lain?

PANADOL ACTIFAST

•Terkenal, tetapi ramai tidak tahu kenapa ianya lebih pantas berkesan berbanding yang biasa.

• Ianya menggunakan sodium sebagai salah satu exipient untuk meningkatkan pergerakan paracetamol dari perut ke usus kecil (bahagian utama PCM akan diserap).

•  Jadi, bila lagi cepat PCM dapat tiba di usus kecil, lebih cepat ianya dapat diserap dan mencapai paras terapeutik yang diperlukan.

• Harus diingat, untuk mencapai kecepatan tersebut, ianya memerlukan dua kaplet diambil serentak untuk mendapatkan jumlah sodium yang cukup. Kalau ambil satu kaplet sahaja, keberkesanannya tidak jauh beza dengan ambil yang regular.

• Setiap kaplet mengandungi 173mg sodium. So, hati-hati bagi yang mempunyai masalah darah tinggi ya.

PANADOL OPTIZORB

• Ini formulasi baru. Ramai tanya, apa beza dengan Actifast kalau dua-dua pantas keberkesanannya?

• Perbezaannya adalah, formulasi optizorb menggunakan kalsium karbonat dan asid alginik yang akan menguraikan kaplet ini dengan cepat. Maka PCM akan lebih mudah dan cepat diserap.

• Dinyatakan bahawa paras terapeutik seawal 15 minit, berbanding panadol dengan formulasi biasa; 45 minit – 1 jam 15 minit.

• Kelebihannya: pantas dan lebih selamat pada mereka yang perlu mengawal pengambilan garam dalam diet mereka.

PANADOL EXTRA

• Apa yang extra? Untuk kaplet ini, digabungkan PCM bersama kafein 65mg. Sesuai untuk kes migrain atau kesakitan yang lebih kuat.

• Dinyatakan bahawa kafein berupaya untuk meningkatkan keupayaan analgesik (menahan sakit) yang ada. Tetapi ada beberapa kajian yang meragui keberkesanannya.

• Kafein tidak boleh diambil melebihi 200mg oleh perempuan yang mengandung. Begitu juga pengambilan kafein melebihi 300mg oleh ibu yang menyusu boleh menyebabkan gangguan tidur kepada anak susuan.

• Maka, kita tidak galakkan pemberiannya kepada ibu yang mengandung dan menyusu badan.

PANADOL EXTEND

• Kelebihannya adalah kesannya bertahan lebih lama (8 jam) daripada lain-lain produk Panadol (4-6 jam).

• Mempunyai dua lapisan yang bertindak memanjangkan tempoh penyerapan seterusnya mengekalkan paras terapeutik pada tempoh yang lebih lama.

• Sesuai untuk kesakitan kronik yang mengganggu urusan kerja yang memerlukan penumpuan lebih lama.

PANADOL SOLUBLE

• Biasa digunakan untuk mereka yang susah telan ubat tablet.

• Berkesan, tetapi kandungan sodiumnya yang sangat tinggi (427mg/tab).

•Tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai darah tinggi.

PANADOL MENSTRUAL

• Khusus buat wanita pada tempoh PMS dan semasa awal haid datang.

• Memberikan kelegaan pada senggugut dan gabungan bersama pamabrom 25mg membantu menyingkirkan air lebihan yang terkumpul disebabkan perubahan hormon semasa haid.

Haa..dah faham? Kalau tahu cara penggunaan, kesakitan yang dirasai lebih berkesan dikawal cukup dengan paracetamol.

Maka, jangan cepat sangat minta ubat tahan sakit jenis NSAID (seperti ibuprofen, voren, naproxen, diclofenac dll.). Risiko untuk perut dan buah pinggang berbagai.

Sumber: Zaith Pharmacy

Published by
VK