Dah siram tapi tanaman tetap nampak tak subur, malah ada yang mati. Salah satu faktor yang harus dilihat kembali adalah waktu siraman yang dilakukan.

Untuk memastikan tanaman hidup subur siraman perlu dilakukan pada waktu yang sesuai. Malah perlu diketahui juga waktu yang tidak elok untuk melakukan siraman pada tanaman supaya tak memberi kesan ada pokok.

Perkongsian dari Syamimah Binti Ismail boleh dijadikan panduan.

Ketahui waktu terbaik untuk siram tanaman

Jangan Siram Tanaman Pada 2 Waktu Ini, Boleh Buat Pokok Mati!

Ads

Selalu dengar orang pesan, tanaman perlu disiram 2 kali sehari. Tapi, bilakah waktu terbaik untuk siram tanaman ini ?

6.00 – 8.00 pagi
Ini waktu terbaik siram. Siram sehingga air keluar dari bawah pasu.

Ads

5.00 – 6.00 petang
Boleh siram tapi jangan banyak sekadar lembap.

Elak siram tanaman pada 2 waktu ini

11.00 pagi – 3.00 petang
Ini adalah waktu matahari memuncak atau paling panas. Siraman yang dilakukan pada waktu ini hanya akan menyebabkan tanaman melecur dan kerosakan pada tisu dan sel tanaman.

Ads

6.00 petang- malam
Jangan siram terutama waktu malam. Ini adalah waktu pokok berehat. Proses tanaman akan terhenti pada malam hari, ini bermakna air yang disiram waktu ini tak dapat diserap dan di proses.

Lagipun siraman pada waktu ini juga mungkin menyebabkan tanah yg terlalu lembap akan mengundang kulat dalam tanah & merosakkan akar.

Semoga bermanfaat

Sumber: Syamimah Binti Ismail

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI