Pokok dalam pasu dah mati, cadang nak tanam pokok baru tapi jangan pula terus cabut dan masukkan anak pokok.
Tanah lama dalam pasu kena suburkan semula barulah pokok baru yang ditanam turut subur. Perkara ini dikongsi oleh Pyan Sempoi yang memang selalu berkongsi tip bercucuk tanam di dalam akaun Facebook miliknya selain memberikan panduan untuk menyuburkan semula tanah.
Tak boleh guna kecuali tambah bahan lain
Ramai yang bertanya boleh ke guna balik tanah-tanah lama bekas tanam? Jawapannya “TAK BOLEH” kalau hanya guna balik 100% tanah yang sama. Kena tambah bahan-bahan lain baru boleh digunakan semula.
Ads
Cara recycle tanah lama
Cara saya recycle semua tanah-tanah lama bekas tanam pokok tin & sawi sebelum ini, saya campur stok media yang ada antaranya sekam lapuk, sekam mentah, sekam bakar, cocoapeat, tanah hitam sawit, tanah kompos & kapur dolomit.
Selepas semuanya digaul sebati, masukkan dalam pasu, bakul sayur & polibeg besar. Kemudian siram dengan larutan baja organik cair (mol sisa-sasa dapur).
Ads
Tanah ini akan saya biarkan dulu sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum tanam pokok yg baru atau biarkan sampai tumbuh rumput-rumput kecil.
Ads
Lagi lama peram lagi bagus. Tentera-tentera kecil (microorganisme baik) akan buat kerja dulu untuk mempersiapkan & menyuburkan media tanam ini.
Tengok gulai kuning ikan ini pun dah tahu sedap. Boleh bikin ramai terliur. Ini memang lauk biasa kalau duduk di Kelantan untuk makan pagi dan kadang membawa ke tengah hari.
Layan satu lauk ini dengan sambal belacan dah cukup. Cumanya bila kita teringin dan cuba buat sendiri rasanya selalu tak sama dengan yang kita selalu makan. Tak jadi pekat dan kurang ‘kick’.
Bagi korang yang rindu nak makan gulai kuning lengkuas ikan aya stail Kelantan ni, perkongsian dari Afy Al Habibi boleh dijadikan panduan untuk masak sendiri.
Menurut Afy cara masak yang dikongsi ini adalah dari mok atau ibunya, cara orang tua dulu. Hasilnya memang dijamin sedap teruk!
Cara Buat Gulai Kuning Lengkuas Ikan Ayo Resipi ‘Mok’
Tak mahu menghampakan harapan ramai kawan yang berminat dengan gulai ini, cikgu tulis dulu resepi penuh begini ya. Cikgu salin yang Mok bagitahu. Jangan lupa baca tip sekali. Dijamin sedap terukk.
Bahan kisar -7 biji bawang merah saiz syiling 20 sen -3 ulas bawang putih -7 hiris bulat nipis lengkuas -3 inci kunyit hidup -1/2 sudu teh serbuk kunyit -3 sudu besar cili kering kisar
Ikan Ayo (1kg) saiz besar Rebus bersama bahan di bawah: 3 sudu besar garam 1 keping nisse (gula kerek/gula nisan) 4-5 hiris nipis lengkuas 3 hiris nipis halia 6 keping asam gelugur
Cara membuat:
1. Masuk ikan dalam periuk, tambah air separuh dari sukatan ikan. Rebus sehingga masak. Jangan terlalu lama takut isi hancur. Dah masak ketepikan dulu.
2. Masukkan bahan kisar dalam periuk. Tambahkan santan pekat asli 1/2 kg. Masukkan air. (Sukat ikut kuantiti santan; contoh Mok guna santan dari dalam plastik. Mok sukat ikut kuantiti santan tadi).
3. Masukkan juga air rebusan ikan 2 senduk.
4. Masak atas api dapur. Perasakan dengan garam gula dan perisa ikut citarasa. Yang ni Mok lupa nak sebut banyak mana; Mok kira agak-agak kena dengan tekak. Seimbang rasa masin manis sahaja.
5. Selepas kuah mendidih, susun ikan tadi dalam periuk gulai.
6. Ambil juga 2 kepingan asam keping dari rebusan ikan tadi masukkan dalam periuk.
6. Tambah potongan timun batang, kacang panjang dan 3 tangkai lada solok Siam.
7. Tutup api selepas 10 minit.
Nak lagi sedap bungkus macam ni supaya nasi dan gulai bersatu rasanya
Tip gulai kuning ikan Ayo makin sedap dan pekat
Orang Kelantan biasa guna ikan Ayo putih atau tongkol kayu untuk isi lebih sedap dan pejal.
Rebus ikan awal sehari untuk isi ikan terasa sedap sehingga ke tulang.
Tambah air rebusan ikan dalam kuah gulai.
Nak kuah pekat dan sedap, buat gulai pada waktu malam. Kemudian panaskan keesokannya.
Bungkus nasi panas bersama dengan kuah dan biarkan setengah jam sebelum dibuka.
Padankan dengan ayam goreng, sambal dan timun batang sebagai pelengkap hidangan.
Ada yang tak makan isi ikan yang warna hitam ni. Tapi inilah yang sedap
Cocopeat antara yang perlu ada jika suka bercucuk tanam. Ia sangat elok dicampur dalam medium tanaman kerana sifatnya yang cepat menyerap air. Elok untuk kesuburan pokok.
Cocopeat ini memang mudah dibeli tapi ia juga boleh dibuat sendiri terutama kalau di rumah ada banyak pokok atau sabut kelapa. Cara membuatnya dikongsi oleh Razak Adom.
Buat sendiri cocopeat
Tugasan buat cocopeat ini sesuai untuk yang berani, sukakan cabaran dan DIY. Tidak sesuai buat yang penakut, dan mudah melatah.
Bagi sahabat sahabat yang banyak kelapa atau sabut di rumah, bolehlah cuba buat sendiri cocopeat. Daripada sabut dibakar atau dibiarkan, lebih baik dimanfaatkan.
Memang cocopeat tak mahal sangat pun, saya cuma berkongsi idea untuk manfaatkan sumber yang ada.
Cara membuat cocopeat
1. Rendam sabut dalam 10-20 minit supaya sabut dalam keaadan sedikit basah. Tujuannya supaya leraian sabut nanti lebih berat dan kurang berterbangan.
2. Potong sabut bersaiz 3-4 jari.
3. Potong melintang dengan grinder mata pemotong besi, hingga ke kulit keras. Tujuannya memotong sabut kasar supaya tidak bergumpal nanti dan memudahkn kerja memesin.
4. Pegang sabut dengan kemas. Tarah sabut dgn mesin kukur kelapa. Jangan gunakan mata baru, kerana matanya masih kasar, sabut mudah terpelanting.
Musim cuaca panas ini, air cond atau pendingin hawa kereta tersangatlah penting setiap kali keluar. Tapi ada juga keadaan bila naik kereta, walau dah air cond kita tetap rasa panas.
Sebelum pergi bengkel yang boleh buat poket kita rabak, elokkah kita periksa sendiri dulu masalahnya.
Kadang-kadang puncanya hanya kerana penapis penghawa dingin yang kotor, kalau penuh dengan habuk memanglah penghawa dingin jadi tak sejuk. Jadi anda boleh buat langkah ini untuk bersihkan sendiri penapis atau air filter. Jangan bimbang mudah jer, orang perempuan pun boleh buat.
Lihat foto-foto yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook , Erry Hashim Jebat berkenaan tips tersebut.
1. Buka drawer, dan tarik ia keluar.
2. Anda akan nampak ada satu box kecil dan keluarkan box tersebut.
3. Cari penapis berbentuk segi empat okay!
4. Penapis itu berfungsi menangkap segala kotoran dan habuk.
5. Ketuk or kuarkan segala habuk.
6. Selepas cuci segala habuk, pasang kembali penapis tersebut.
7. Percaya atau tidak, angin air cond akan kuat dan kembali sejuk seperti biasa.
INFO: Air filter ini harus ditukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, tak perlu tukar, bersihkan saja sudah mencukupi.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...