Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Mungkin itu sesuai untuk jejaka yang viral di Twitter kerana kekasih minta putuskan hubungan walaupun dia sudah bersedia untuk berkahwin. Malah segala persiapan untuk bakal isteri sudah disediakan misalnya rumah dan kereta.
Secara zahirnya, mungkin nampak wanita itu menolak tuah. Manakan tidak, sudahlah jejaka yang menggunakan nama Twitter sebagai Iqbal Sheikh Ali ini boleh tahan tampan, kerjaya pula mantap walau umur baru 21 tahun. Menurut Iqbal, tidak lama lagi dia bakal membuka syarikat distributors sendiri. Sekarang dia bekerja di bawah syarikat milik bapa saudaranya.
Siapa yang tidak kecewa apabila sudah bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan, namun segalanya terputus. Walau sudah dibawa bertemu keluarga, ianya tidak membawa sebarang erti.
Perkenalan selama setahun bagi Iqbal sudah cukup untuk membuktikan yang dia setia. Namun segalanya tidak dihargai. Iqbal mengakui dia bersikap over protective namun itu kerana dia inginkan yang terbaik dalam hubungan.
“Punca sebenar dia mintak putus sebabnya saya overprotective dan saya rasa bukan semua wanita boleh terima. Saya cuma pesan dekat dia, cuba jaga pandangan jangan terlampau rapat dgn lelaki. Sebab punca kecurangan adalah bermula daripada seorang kawan. Saya selalu pesan macam tu dan dia rimas dengan saya punya pesanan.”
Kini, tanpa ada hubungan dengan mana-mana wanita, Iqbal mengambil keputusan untuk move on. Ingin melupakan segala yang berlaku dalam hidupnya. Ingin memulakan hidup yang baru. Menurut Iqbal dia ingin berhijrah ke Arab Saudi. Di sana, dia ingin lebih mendekatkan diri dengan Allah.
“Saya ingin pergi jauh. Insya-Allah saya akan minta ditukarkan kerja ke sana.”
Selepas cuba meredakan perasaan akibat putus cinta, Iqbal mengakui akan belajar daripada kesilapan. Dia tidak mahu perkara serupa berlaku lagi dalam hidupnya.
Saya dah sediakan semuanya untuk bakal pasangan saya. Rumah, kereta dan keperluan lain yang patut disediakan sebelum berkahwin. Saya cuma minta bakal pasangan saya setia dengan saya.
1. Jaga solat 5 waktu
2. Pandai ambil hati mak ayah saya.
3. Bersederhana.
Melalui pengalaman ini, Iqbal ingin menyampaikan nasihat buat semua pasangan kekasih yang bakal melalui fasa seterusnya dalam hubungan.
Untuk lelaki atau wanita yang sedang bercinta, jangan berharap pada sesuatu yang tak pasti. Pengharapan yang keterlaluan akan menjadi punca anda terlalu kecewa pada suatu hari nanti.
Sumber: Iqbal Sheikh Ali