Mesti ramai yang menanam sayur keliling rumah dan tak sabar untuk tuai hasilnya. Jika nak tanaman ini cepat berhasil pokok haruslah dibaja.
Malah pembajaannya pun perlu betul, bukan main letak saja barulah pokok subur. Berdasarkan pengalamannya menanam pokok bendi, bayam, pakchoy dan kailan Liyana Mohd Poad
berkongsi cara pembajaan yang dilakukan hingga tanamannya cepat berhasil malah subur-subur belaka.Minggu 1-tinja ayam proses setengah sudu kecil.
Minggu 2-tinja ayam proses setengah sudu kecil.
Minggu 3-tinja kambing proses setengah sudu kecil.
Minggu 4-Baja kopi.
Minggu 5-Baja kopi.
Minggu 6-Baja Ikan.
Minggu 7-Baja Ikan.
Minggu 8 sampai akhir – baja ikan.
Info
Sebelum tanam anak pokok, gaulkan tanah dengan tinja ayam dulu. Biarkan selama dua hari atau 4-5 hari dahulu supaya tanah sebati dengan baja.
Kemudian barulah tanam anak pokok. Saya guna tanah ready made 6+,8+,10+ ,tanah sawit, tak perlu tunggu beberapa hari, boleh tanam terus, baja letak kemudian.
Sebaiknya tanam baja di dalam tanah untuk proses penyerapan yang cepat dan tidak diganggu semut atau lalat.
Selamat mencuba.
Sumber: Liyana Mohd Poad