Di kampung ada tanah, dan terbiar saja. Dalam fikiran teringin nak tanam pokok durian Musang King. Lebih-lebih lagi bila dapat tahu untungnya besar bila dah berbuah nanti.
Tapi sebelum teruskan perancangan itu, kena tahu tip dan info apa yang perlu dilakukan supaya memang betul-betul dapat pulangan bukannya kerugian.
Tip ini dikongsi oleh Azuan Abdullah, ia diperoleh daripada usahawan yang dalam lama dalam perniagaan tersebut.
Ada tanah 1 ekar, nak tanam durian Musang King, ini tip kena ikut
Jika sahabat ada tanah 1 ekar dan bercadang nak tanam durian Raja Kunyit @ Musang King (D197). Ini tip yang saya dapat dari mereka yang dah lama dalam industri ini.
Cuba pelbagaikan sumber pendapatan dari kebun tersebut. Cari jalan supaya duit cepat masuk.
Bukan hanya tunggu nak jual buah sahaja. Sebabnya banyak juga nak guna duit hingga pokok berbuah.
Antara yang boleh dilakukan:
1. Buat dan jual anak benih. Ini paling senang dan cepat dapat duit.
2. Jadikan kebun kita tapak hands on. Contohnya hands on cantuman anak benih, hands on cantuman dewasa. Kenakan sedikit bayaran kepada yang nak belajar.
3. Boleh juga jadi “kontraktor” durian. Ambil upah membaja, prunning dan sebagainya.
4. Jadi agen jualan baja, foliar dan racun. Jual apa yang kita guna dan terbukti betul betul berkesan.
5. Tanam dengan tanaman selingan yang mudah dijaga. Contohnya nanas MD2 atau pisang.
6. Buat agro tourism. Contohnya, kutip buah dan makan dikebun.
7. Akhir sekali baru jual buah macam biasa. Eloknya jual runcit, simpan database pelanggan.
Sahabat, hanya mereka yang betul betul cekal akan berjaya layan Raja Kunyit.
Bila buat sendiri baru kita tahu kenapa orang jual buahnya dengan harga yang tinggi.
Semoga bermanfaat
Sumber: Azuan Abdullah