Setiap yang hidup akan mati dan jika yang meninggal dunia adalah ahli keluarga maka sebaiknya kita jugalah yang menguruskan.

Ads

Disebabkan itu kita perlu tahu ilmu dan adab untuk menguruskan jenazah sebab ia berkait dengan maruah dan aib. Jadi adalah lebih baik waris yang melakukannya.

Ads

Sekiranya ada ahli keluarga terdekat meninggal dunia di rumah, perkara berikut hendaklah kita lakukan seperti mana dikongsi oleh Faisal Rahim yang berpengalaman menguruskan kematian.

Ads

Kalau nanti ada famili baru meninggal dunia

  • Tanggalkan bajunya sebab susah nak buka kalau sendi dah keras.

  • Urut tulang sendi jenazah guna minyak kalau simpan mayat semalaman. Elak keras.

  • Kalau terus nak mandikan, tak perlu urut/minyak nanti susah nak bilas (minyak).

  • Jangan pakai kain batik lepas untuk menutup jenazah. Ramai yang buat tapi kain ini nipis, nampak lekuk badan terutama wanita.

  • Selimutkan guna comforter tebal, kemudian letak kain batik di atasnya.

  • Jangan beri sesiapa buka muka jenazah walau pun kawan baik (sebelum mandikan)! Sebab masa ini aurat mayat terdedah.

  • Buat ikatan guna perca kain kat tiga bahagian sendi utama jenazah.

Jika Ahli Keluarga Meninggal Dunia Di Rumah Ini Adab Uruskan Jenazah Perlu Kita Lakukan Sebelum Dimandikan

– Bahagian Kepala : Tak dimasuki binatang (nganga). Jangan ikat dagu. Ikat pada bawah rahang.

– Bahagian Tangan : Lipat seperti tengah solat.

– Bahagian Kaki : Rapatkan kaki dan ikat antara kedua-dua betis.

  • Kalau sebelum ini jenazah sakit, JANGAN BUKA tampalan kalau ada tebukan di hospital. Contoh di leher (dialisis), perut dsb.

  • Kalau buka masa mandi, kena plaster semula. Ada pengalaman, selepas siap kafan, darah keluar dari situ. Nampak ngeri sebab leher mayat penuh darah. Aib kat arwah.

  • Pengalaman uruskan jenazah, ada sendi dah keras, bau kurang menyenangkan, mulut ternganga, mata terbuka dan lain lain masa nak mandikan. Tahu tengah sedih tapi kena urus juga. Lap tisu basah, bersihkan lipatan kat badan dan lain lain.

Urusan jenazah berkaitan dengan MARUAH & AIB. Waris kena buat.

Sumber: Faisal Rahim

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI