Bila pergi kedai buah untuk beli buah-buahan biasanya tak semuanya sudah masak dan boleh terus makan. Ada yang kita kena peram dulu beberapa dulu baru boleh dinikmati.
Sebab itu kita kena tahu cara peram buah yang betul, supaya boleh digunakan membeli buah yang masih muda.
Dikongsi oleh saudara Ashraf Shuib, ada tiga cara yang boleh dipraktikkan untuk peram buah. Berikut adalah perkongsian beliau.
3 cara peram buah-buahan
Saya suka makan buah-buahan tempatan. Kalau ke kedai buah, bukan semua buah yang dijual sedia untuk dimakan. Ada yang kena peram dulu.
Kalau ada pilihan, saya akan beli sedikit buah yang masak dan sedikit buah yang belum masak. Makan buah yang masak dulu, dan peram buah yang belum masak.
Jadi buah yang dibeli boleh dimakan dalam beberapa hari dan tak rosak.
Ads
Dalam proses untuk masak, buah-buahan akan keluarkan gas ethylene. Lagi banyak gas yang dihasilkan oleh sesuatu buah, lebih cepat buah tu akan masak. Biasanya buah yang kena peram dulu adalah pisang, mangga, betik, ciku, avocado, kiwi dan nanas.
Ini cara yang boleh dilakukan untuk peram buah:
Ads
Cara 1: Guna beg kertas
Masukkan buah yang ingin diperam dalam beg kertas dan diletakkan bersama dengan sebiji pisang yang dah masak. Kemudian tutup beg kertas. Jika tiada beg kertas, boleh gunakan kotak. Jangan letakkan dalam beg plastik.
Periksa buah yang diperam setiap hari untuk elakkan terlebih masak.
Pisang masak cepat ranum kerana banyak keluarkan gas ethylene. Jadi, bila diletakkan bersama buah yang belum masak, buah tersebut akan cepat masak.
Selain pisang, boleh juga digantikan dengan epal kerana epal juga keluarkan gas ethylene yang banyak.
Cara 2: Letak dalam beras
Basuh buah yang ingin diperam. Keringkan buah. Boleh lap dengan kain bersih atau tisu. Kemudian tanam keseluruhan buah di dalam beras. Periksa buah setiap hari.
Jangan lupa tengok dalam beras, nanti buah masak ranum, beras pula akan rosak.
Ads
Cara 3: Letak kabat
Letak calsium carbide (kabat) atas kertas surat khabar. Renjiskan kabat dengan sedikit air. Bungkus calsium carbide dengan surat khabar. Apabila calsium carbide terkena air, ia akan membebaskan gas acetylene. Gas acetylene juga berfungsi seperti gas ethylene,mempercepatkan proses buah masak.
(*Calsium Carbide mengandungi arsenic dan phosphorus, yang dikuatiri boleh menjejaskan kesihatan).
Tip simpan buah masak
Peram dulu buah dan hanya letakkan buah yang sudah masak ke dalam peti sejuk. Suhu sejuk akan melambatkan pengeluaran gas ethylene dan buatkan buah masak tersebut tahan lama.
Asingkan sayur-sayuran dan buah-buahan sebelum diletakkan di dalam peti sejuk.
Buah yang diletakkan di dalam peti sejuk masih lagi akan keluarkan gas ethylene dan akan menyebabkan sayur lebih cepat rosak.
Kita memang selalu masak ayam paprik kat rumah sebab senang. Tapi lepas ini apa kata kalau nak masak lagi kita ikut cara Khas Fena ini.
Punyalah sedap katanya sampai kita takkan pesan ayam paprik ini lagi kalau makan kat restoren. Buat sendiri lagi sedap.
Punyalah sedap ayam paprik masak cara ni
Bahan-bahannya
Bahan tumis:
Ayam – dipotong kecil
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Serai sebatang diketuk
3 sudu makan cili kisar
Bahan sos:
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos cili thai
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
1/2 sudu makan kicap manis
Air panas setengah mangkuk
Daun limau purut
Langkah demi langkah
1. Mula mula panaskan minyak, letak banyak sikit sebab kita nak tumis cili kisar. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia yang dihiris bersama serai.
2. Bila bahan tadi garing boleh masuk cili kisar. Masak sampai garing, pecah minyak.
3. Kemudian masuk ayam. Masak sampai ayam kecut, atau sampai masak.
4. Masukkan semua bahan sos tadi.
5. Masuk air panas setengah mangkuk. Biarkan mendidih.
6. Dah mendidih masuk segala jenis sayur yang kita suka. Jangan lupa 6 biji cili padi diketuk.
7. Akhir sekali jangan dilupa daun limau purut. Tak letak ni tak jadi paprik. Buang tulang tengah daun ya.
8. Agak sayur dah lembut boleh la tutup api. Tak perlu tambah garam atau perasa lain lagi dah. Sos tadi dah cukup bagi rasa yang mabelesss. Tak caya kena cuba.
Kalau menyewa rumah selalunya dapur memang tiada kabinet. Yang tersedia cuma singki. Agak susah dapur untuk nampak kemas kerana barang keperluan memasak yang banyak.
Tapi kalau kreatif sebenarnya tanpa kabinet, dapur boleh nampak teratur. Caranya boleh ikut perkongsian kreatif Adiha Adib yang hanya menggunakan meja banquet sebagai penyelesaian.
SEBELUM
Baru masuk rumah, hanya ada singki saja
SELEPAS TRANSFORM
DIY meja banquet jadi kabinet
1) Pastikan ada meja banquet yg muat untuk ruang dapur yg diperlukan (contoh gambar bersaiz: 76 x 122 x 45 cm)
Meja banquet:
• Carousell : Rm45
• Shopee : Rm70
2) Beli kayu terpakai yg sama lebar dengan singki.
(Take note ketebalan kayu, contoh: 1.2cm)
Panjang kayu mengikut yg diperlukan. Contoh: Dari dinding ke singki
Kayu:
• Kayu terpakai Meru : 2 keping RM25
3) Tinggikan meja banquet selaras dengan singki, menggunakan besi yg beli di kedai hardware (8 batang untuk 2 meja banquet)
Ukur siap-siap panjang besi yg diperlukan,=
Baki ketinggian yg diperlukan = Ketinggian Singki – (Tinggi Meja Banquet + Ketebalan Kayu)
Panjang besi = Baki Ketinggian yg diperlukan + Panjang Asal
Bagi yang memelihara kucing di rumah, litter box atau tandas kucing ini kenalah ada. Cuma kalau beli harganya paling murah lebih kurang RM60. Jika ada banyak anak bulus kenalah sedia lebih dari satu.
Tapi kalau nak kurangkan kos boleh juga buat sendiri. Lagi jimat terutama untuk yang pelihara banyak ekor kucing di rumah.
Cara bajet boleh gunakan bekas plastik atau storage box yang banyak dijual untuk buat litter box ini. Harga storage box ini boleh dapat dalam RM20 atau lebih murah. Cara membuatnya dikongsi oleh Nadz Qholed Mokhtar.
Buat sendiri tempat popo anak bulus bajet
Nak kongsi sedikit cara buat tempat popo yang bermodal bawah RM100… Nak beli yang mahal takde kemampuan makanya inilah cetusan untuk anak-anak bulus popo tanpa bau yang kuat.
Caranya;
1. Sediakan storage tong 75ml, boleh cari di supermarket atau pun kedai barang plastik.
2. Ukur ketinggian untuk buat pintu dan bahagian bawah agar pasir tak melimpah 4-5cm dari bawah. Nak buat bentuk curve pun boleh. Saya buat yang mudah.
3. Bakar pisau di bahagian hujung dan cucuk pada bahagian yang ditanda bagi memudahkan gergaji kecil masuk. Kemudian boleh gergaji untuk buat pintu. Boleh juga letak sellotape bahagian yang digergaji supaya tak tajam.
4. Dah siap pintudan boleh letak pasir. Siap!
TIP: Bagi elak bau gergaji letak arang di penjuru bekas untuk serap bau atau boleh beli ubat gegat yang ada pelbagai bau kat kedai Eco.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...