Dah memandu dengan cermat namun malang tidak berbau kita terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta. Kereta remuk malah diri sendiri pun kecederaan hingga patah kaki.
Bila terjadi kemalangan begini kita biasanya akan menuntut ganti rugi Insurans Pihak Ketiga daripada pelanggar.
Tapi macam mana kalau pihak yang melanggar tiada perlindungan insurans? Lebih serius, pihak yang melanggar tidak punya wang untuk membayar kerosakan atau pun bil untuk rawatan anda. Jadi apa yang perlu kita buat?
Ads
Boleh tuntut menerusi MIB
Mungkin ramai tak tahu sekiranya pihak pelanggar tersebut tidak mempunyai perlindungan insurans, anda boleh menuntut ganti rugi menerusi Motor Insurers’ Bureau of West Malaysia yang lebih dikenali dengan MIB.
Berikut adalah cara-cara untuk anda tuntut ganti rugi jika dilanggar oleh kenderaan yang tidak mempunyai insuran.
Hantar tuntutan ganti rugi anda ke MIB atau anda boleh lantik peguam bagi pihak anda.
Pastikan anda ingat nombor plat kenderaan yang melanggar anda. Kes langgar lari yang tiada nombor plat tidak akan diproses oleh MIB.
Tuntutan mestilah dihantar dalam tempoh tiga (3) tahun dari hari kemalangan.
MIB hanya akan membayar ganti rugi jika berlaku kemalangan terhadap diri sendiri.
Kerosakan kenderaan dan barang peribadi tidak akan dibayar ganti rugi.
Ads
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
Surat rasmi tuntutan anda yang mengandungi butiran dan maklumat kemalangan.
Laporan polis
Laporan polis dari pihak ketiga (jika ada)
Laporan perubatan
Hantar dokumen lengkap tersebut ke alamat berikut:
Ads
Motor Insurers’ Bureau Of West Malaysia
Wisma Piam, No. 150-3, 3rd Floor, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50782, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, 50782 Kuala Lumpur, Malaysia
No Tel : +60 3-2274 7395
Jumlah bayaran yang diberikan oleh pihak MIB adalah tertakluk kepada pertimbangan MIB dan berkemungkinan besar pampasan yang diterima tidaklah sebanyak yang kita jangkakan daripada polisi insurans pihak ketiga. Tapi lebih baik daripada tiada apa-apa langsung kan?
Bakul baju di rumah jarang tak penuh. Biasanya berat sampai susah diangkat. Kalau isteri selalu mengadu masalah ini apa kata buatkan bakul beroda ini.
Modal cuma pita pelekat double sided dan roda (boleh beli di kedai Eco atau hardware).
Idea untuk bakul beroda boleh ikut seperti yang dikongsi oleh Saiful Hifzudeen yang dihasilkan untuk isterinya. Selain untuk baju, bakul ini boleh untuk pelbagai kegunaan termasuk untuk barang dapur.
Barang yang diperlukan
Langkah 1 – Lekat pita pelekat pada bahagian bawah bakul untuk diletakkan roda.
Nasi impit ini selalu jadi hidangan waktu pagi untuk dimakan bersama kuah kacang, lontong, soto dan sebagainya.
Cuma mak masak nasi impit ini memang kena buat awal, sebab ia akan mengambil masa yang lama untuk masak. Sejak dari dulu macam nilah keadaannya.
Tapi rupanya ada cara untuk kita cepatkan proses masak nasi impit ini. Kalau sebelum ini ambil masa berjam-jam, tapi teknik ini cuma memerlukan masa lebih kurang 30 minit saja. Dikongsi oleh Yuhafiqah Mohd Yunus boleh guna cara ini pula ya.
Teknik rebus nasi impit jimat gas dan masa
Caranya
1. Rebus air sampai mendidih kemudian baru masukkan nasi impit
2. Masak selama 10 minit kemudian tutup api.
3. Biarkan nasi impit dalam periuk, pastikan periuk ditutup. Biarkan terendam selama 30 minit.
4. Selepas 30 minit buka balik api selama 5 ke 10 minit ikut keadaan nasi impit. Jika belum cukup masa, tambah masa.
Teknik ini sesuai untuk mereka yang tiada pressure cooker.
Kerja bersihkan sapu sampah, bersihkan lantai, mop memang hampir setiap hari kena buat. Walau rasa malas tapi kena juga lakukan.
Sebab itu elok kalau di rumah ada pembantu khas untuk buat kerja ini terutama kalau jenis pembersih, pantang tengok lantai kotor. Kuranglah sikit penat kalau ada alat ini.
5 gajet antara yang banyak direview oleh warganet untuk bersihkan rumah dan berbaloi beli.
1. Xiaomi Mijia Smart Robot Vacuum Cleaner
Ini macam bibik, cordles bergerak/ menyapu sendiri. Kita tak perlu pegang. Alat ini akan buat mapping untuk tahu kawasan yang akan dibersihkan.Dah siap, robot vacum cleaner ini akan pulang ke stationnya. Selain sapu lantai, ia juga ada fungsi mop.
Ini untuk bersihkan tilam yang hari-hari kita gunakan untuk tidur. Bukan saja dari kotoran tapi yang penting hama dan kutu tilam yang boleh buat kulit gatal.
Ini yang jenis cordles, tak perlu tarik wayar. Benang halis, bulu kucing, cebisan biskut dan rambut semua hilang. Harga yang ini pun lebih mudah. Nak suction lebih power
Tak perlu dah angkut air dalam baldi atau perah mop untuk bersihkan lantai. Tolak saja macam pakai vacuum, bukan saja hilang kotoran, kuman pun sekali. Lepas mop, lantai akan terasa panasnya. Selain itu boleh guna untuk bersihkan sofa, karpet atau tilam yang kotor.
Ini pun idaman ramai wanita. Jenis Wireless, dan ringan tapi suction kuat. Senang untuk bersihkan celah-celah sofa, kabinet dan sebagainya. Harga memang kayangan tapi berbaloi dengan fungsinya.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...