‘Jika Ia Terbaik Untuk Saya dan Agama Maka Makbulkanlah!’ Doa Nurul Finalis Miss Universe New Zealand

Share

 

 

Selepas Halima Aden menyertai Ratu Cantik Minnesota Amerika Syarikat, kini giliran anak gadis dari Malaysia, Nurul Shamsul mencatat sejarah tersendiri.

Gadis berhijab ini tersenarai antara 20 finalis Miss Universe New Zealand 2018. Dia adalah wanita berhijab pertama di negara itu yang sampai ke peringkat akhir pertandingan tersebut.

Diumumkan sejak sebulan lalu, namun baru hari ini ia tular di Malaysia.

Setelah hampir sebulan bergelar finalis dan melalui beberapa fasa akui Nurul ia bukanlah sentiasa mudah. Namun Nurul yang sudah matang enggan mengalah.

“Sebulan yang lalu saya diumumkan sebagai finalis Miss Universe New Zealand. Saya masih mengingati perasaan sebelum dan selepas pengumuman itu.

“Saya berdoa agar sekiranya peluang ini terbaik untuk saya dan agama maka makbulkanlah dan sekiranya tidak, elakkanlah,” titipnya dalam posting terbaru di instagram.

“Kini beberapa minggu melalui perjalanan pertandingan tersebut, ia tak sentiasa mudah buat saya. Tapi sebagai wanita yang sudah matang saya tidak akan berputus asa.

“Semuanya bergantung kepada kepercayaan kita bahawa semuanya akan berjalan lancar. Allah lebih mengetahui.

“Alhamdulillah saya bersyukur atas kasih sayang dan sokongan selama ini. Saya mohon agar niat saya kekal dan saya akan cuba yang terbaik untuk memenuhinya. Insya-Allah,”katanya lagi.

Mengenai latar belakangnya, Nurul berkata, ibunya berasal dari Indonesia, manakala bapanya rakyat Malaysia. Ketika ini dia masih menuntut di Universiti Waikato dalam bidang psikologi dengan minor dalam dasar sosial.

“Saya ingin sekali membantu masyarakat untuk berjaya dan memberi ruang kepada individu bagi menjamin masa depan,” katanya.

Peringkat akhir Ratu Universe New Zealand 2018 akan diadakan pada 4 Ogos ini.

 

 

 

Sumber: nurulzbshamsul

 

 

 

 

Published by
VK