Pelakon yang boleh berbahasa Mandarin, Zulin Aziz, kerap memuat naik soal jodoh dalam Twitter. Hinggakan ada yang mengatakan dia sebenarnya terdesak untuk mempunyai seorang teman lelaki atau suami.
Baru-baru ini, Zulin menulis yang dia sudah mulai mengenali seorang lelaki selepas menunaikan solat tahajud.
Setiap manusia disarankan supaya positif soal jodoh. Bukankah setiap ciptaan-Nya memang diciptakan berpasang-pasangan. Hanya masa yang menentukan. Walau kerap individu yang sukar bertemu jodoh akan mula mempersoalkan kenapa jodoh lewat ditemui, namun ALLAH adalah sebaik-baik perancangan.
Solat tahajud adalah ibadat yang dituntut kepada setiap hamba-NYA. Dalam solat itu, berdoalah apa yang kita mahukan kepada ALLAH. Walau Zulin mempertikaikan kenapa dia tak layak bahagia macam orang lain, namun dia tetap positif dalam doa-doanya.
Jam 4 pagi tiba-tiba ada seseorang yang menghantar mesej kepada Zulin. Lelaki itu ingin taaruf dan menyatakan hasrat ingin bernikah dengannya.
Zulin mengakui memulakan hubungan dengan lelaki yang dia tidak pernah suka. Semoga Zulin menemui jodoh sebagaimana dalam doa-doa yang dia panjatkan selama ini.
Sumber: Zulin Aziz