Juruterbang Ini Pesan Elak Naik Flight Petang Jika Takut ‘Melambung’ Dalam Pesawat Akibat Turbulence

Share

Hujung tahun ini ramai yang nak bercuti travel menggunakan pesawat. Salah satu yang ditakuti ketika menaiki kapal terbang adalah bila berlakunya turbulance iaitu pergolakan atau gegaran yang dirasai ketika berada dalam pewasat di udara.

Gegaran ini boleh memberi perasaan ngeri seolah-olah pesawa akan terhempas. Bukan saja bergegar tapi penumpang boleh melambung dibuatnya. Ia kebiasaan berlaku ketika cuaca hujan. Memandangkan sekarang juga musim hujan ia mungkin berlaku jika korang menaiki pesawat.

Bagaimanapun jika tak mahu berdepan dengan situasi menakutkan ini, tip juruterbang Mohd Ezairol Rezan Zainol  boleh dijadikan panduan. Salah satu menurut beliau adalah dengan mengelakkan naik flight lewat petang. Penjelasan lanjut boleh ikuti perkongsian beliau.

Tip kalau takut melambung dalam pesawat akibat turbulence

Beberapa hari yang lepas wife menaiki pesawat pulang dari Langkawi setelah selesai urusan kerjanya disana.

Aku dimaklumkan oleh wife yang flight dia akan berlepas jam 3 petang dari sana. Sebagai suami dan juga seorang pilot terasa risau juga sebab sekarang ni musim hujan.

Tapi nak buat camna, tiket yang “available” masa tu cuma ada sebelah petang sahaja. Nak taknak kena naiklah juga. Alhamdulillah, nasib baik cuaca petang itu baik-baik saja…Syukur Ya Allah.

Buat semua “friends & follower” Aku yang dikasihi, hari ini Aku kongsikan petua dan tips yang sangat penting buat sahabat semua.

Elak naik flight lewat petang

Kalau takut melambung dalam pesawat akibat “turbulence”, cubalah elakkan menaiki “flight” yang berlepas pada lewat petang.

Sebab masa itulah selalunya awan menjadi sangat tebal dan besar serta disusuli dengan hujan yang lebat.

Tempoh berlakunya hujan dan cuaca buruk selalunya antara 3:30 petang hingga 6:30 petang disebelah semenanjung manakala di Sabah dan Sarawak pula lebih awal sejam iaitu antara jam 2:30 hingga 5:30 petang.

Begitulah kebiasaanya cuaca di negara kita ni. Tapi ini tak bermaksud yang cuaca buruk tidak berlaku pada waktu pagi dan malam.

Ianya boleh berlaku juga terutama pada musim tengkujuh ni. Jangan pula salah sangka ye.

Aku bercakap berdasarkan pengalaman. Samada nak percaya atau tidak, terpulanglah pada diri yang empunya.

Flight dari Kota Bharu dan Terengganu selalunya perlu melalui kawasan Banjaran Titiwangsa yang bergunung-ganang. Memang disitulah selalunya kawasan awan tebal berkumpul dan hujan lebat berlaku pada lewat petang.

Di Sabah pun begitu juga. Banjaran Croker Range adalah kawasan yang mencabar untuk dilalui pada lewat petang terutamanya flight dari KK ke Tawau dan Sandakan.

Boleh tengok app Rain Alarm sebagai persediaan

Kalau ada masa sebelum naik flight tu, rajin-rajinlah tengok kat App “Rain Alarm” ni ye. Sebagai contoh, gambar yang Aku sertakan dari rain alarm kat bawah tu.

Kalau flight dari Johor nak ke KLIA dan Subang, kita dah boleh expect keadaan akan bergelora dan mungkin juga akan ada “strong turbulence” dalam pesawat nanti.

Warna kuning dalam radar tu pun dah cukup untuk buat kita insaf untuk naik pesawat tau, yang warna merah tu tak payah tanyalah. Aku sendiri pun insaf jadi pilot kalau termasuk dalam tu.

Pada yang belum tengok bagaimana pilot berdepan dengan cuaca buruk dari dalam cockpit, silalah layan video ni.

Moga ia memberi manfaat pada kalian semua.

Sumber: Mohd Ezairol Rezan Zainol 

 

Published by
VK