Selain biskut raya semperit, tart, coklat chip cookies dan sebagainya, kacang botak ini juga antara yang selalu jadi hidangan waktu raya.
Rasa rangup, pedas dan lemak kacang itu sendiri, boleh buat kita tak sedar dah kunyah habis sebalang. Bagi yang tak suka biskut manis-manis ini juga antara kuih raya yang kita boleh buat.
Cara buat pun tak susah dan yang penting modal pun murah! Jadi buat sendiri, jangan beli! Ikut resipi Are Peace ini ya!
Cara buat kacang botak
Bahan-bahan:
400g kacang tanah
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sb serbuk cili
2 sb gula
3 sk garam
2 biji telur
1 sk ajinamoto
1 kiub ikan bilis ( kalau suka perasa tomyam boleh diganti dengan kiub tomyam)
5 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
Ads
Cara membuat:
1. Bersihkan kacang tanah. Jangan basuh terlalu lama, lepas basuh terus keringkan. Jemur bawah matahari sampai kering (saya keringkan dalam oven sekejap saja).
2. Campur semua bahan yang disediakan (kecuali tepung) di dalam bekas dan gaul sebati.
Ads
3. Masukkan tepung gandum dan tepung beras. Gaul lagi sekali sampai sebati.
4. Panaskan minyak dan goreng kacang yang digaul tadi dengan api sederhana.
Ads
5. Pastikan ia keperangan tetapi tidak terlebih garing.
6. Semasa menggoreng, buih buih di atas minyak akan terbentuk. Selepas masukkan kacang terus kacau, jangan berhenti untuk elakkan kacang melekat. Goreng sehingga masak.
Nasi daging ini menu orang Utara tapi bukan dari sana pun ramai yang suka. Nak buat nampak macam susah tapi tak sebenarnya. Ada saja cara mudah kalau nak masak sendiri nasi daging ni. Caranya dikongsi oleh Suriani Mohd. Sat ja dah siap katanya!
Cara mudah masak nasi daging
Nasi daging ni guna rempah campur, rempah kurma dan rempah kari. Resepinya senang saja, lain orang lain caranya.
Bahan-bahan
Daging- dipotong kiub dan direbus
Planta – 2 sudu makan
Bawang merah – 1 biji dihiris
Bawang putih – 3-4 ulas dihiris
Sedikit halia
Rempah 4 sekawan
Rempah kurma – 2 sudu makan
Rempah kari – 1 sudu makan
Beras 4 cawan – dibasuh bersih
Susu cair -1/4 tin
Cara membuat:
Masukkan Planta 2 sudu makan dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih, halia, rempah empat sekawan dan daun pandan.
2. Tumis hingga kekuningan kemudian masukkan rempah kurma dan rempah kari. Kacau sebati.
3. Masukkan sedikit air bagi masak rempah dulu, kemudian baru masukkan beras yang dah dibasuh.
4. Tuang susu cair dan masukkan sekali kiub daging 1 atau 2 ketul dan juga air rebusan daging. Kuantiti air ikut beras yang digunakan. Masukkan juga sedikit garam. Tanak seperti biasa.
Cara buat air asam kerisik
Dalam satu bekas ambil sedikit belacan dan campur bersama cili api yang dipotong atau ditumbuh.
Tuang air asam, kuantiti agak-agak lalu gaulkan. Masukkan juga kerisik 2-3 sudu.
Hiris sebiji bawang merah dan juga sebiji tomato masukkan sekali.
Masukkan juga garam, gula dan serbuk Cukup Rasa.
Gaul semua bahan ini, nak sedap kena gaul guna jari. Sesuaikan rasanya ya, ada yang kurang tambah.
Cara buat sup tumis darat
Rebus daging hingga empuk (rebus bersama sedikit garam).
Untuk buat sup tumis darat, hiris satu biji bawang merah bersama 3-4 ulas bawang putih lalu tumis.
Masukkan sekali halia dan rempah 4 sekawan. Tumis hingga kekuningan.
Kemudian bolehlah masukkan daging yang direbus tadi bersama airnya. Biar mendidih.
Bubur ayam antara yang boleh dijadikan menu sarapan. Satu ketika dulu ramai yang membeli menu ini di satu restoren makanan segera yang popular. Tapi sejak ‘diboikot’ kita pun dah jarang makan bubur ini.
Tapi ada masa tekak mungkin teringin nak menikmatinya jadi apa kata belajar buat sendiri. Ada banyak perkongsian buat sendiri bubur ayam ala restoren makanan segera popular ini, antaranya dari Azwa Muhamad. Boleh cuba buat untuk sarapan, caranya pun senang sangat!
Buat sendiri bubur ayam
Bahan-bahan
Beras -1 cawan (cuci dan toskan)
Air – 5 cawan
Isi ayam – dicincang
Halia – 2-3 hiris
Bawang merah -dihiris
Bawang putih -dihiris
Kiub ayam -1
Minyak masak -3 sudu
Garam / perasa
Cara membuat
1. Masukkan beras dan air dalam periuk, tanak atas dapur. Kacau sampai lembik, kalau kurang air tambah sampailah jadi bubur.
2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang merah, bawang putih & halia. Tumis sampai betul-betul garing.
3. Kemudian tuang bahan yang digoreng tadi dalam periuk berisi bubur. Masukkan sekali isi ayam dan kiub pati ayam.
4. Kacau sampai masak serta masukkan perasa. Tutup api. Letak bubur dalam mangkuk hiaskan dengan daun bawang, dau sup dan bawang goreng.
Jika nak pedas letak lada sudah dan cili merah yang dicincang. Siap!
Sayur lobak merah antara yang selalu ada dalam peti sejuk kita. Tapi ada juga yang dah beli tapi tak masak atau tak digunakan dalam hidangan hingga lobak yang segar jadi kecut dan lembik.
Bila dah jadi begini, ramai juga yang masuk dalam tong sampah sebab ingat dah tak boleh guna. Lepas ni kalau lobak merah dah jadi macam jangan buang tau sebab kita boleh segar semula dan guna kembali untuk memasak.
Nak segar dan keraskan kembali lobak merah ini pun mudah sangat. Tip ini dikongsi oleh Munirah Jamaluddin. Caranya;
1. Buang kulit lobak merah yang dah lembik dan potong beberapa bahagian.
2. Sediakan air dalam mangkuk, kemudian rendam dalam air.
3. Lobak merah akan kembali segar dan keras setelah direndam dan boleh digunakan dalam masakan.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...