
Pokok besar yang ada berdekatan dengan kediaman memang agak berisiko. Selalunya ia akan ditebang. Tapi masalah yang sering terjadi selepas ditebang ada anak pokok akan tumbuh kembali pada bahagian pangkal. Malah tak mustahil akan terus membesar jika tak dicantas selalu.
Bagi mengelakkan masalah ini, Uzayr Ezra berkongsi satu kaedah untuk ‘mematikan’ terus pokok besar ini. Beliau berkongsi cara tersebut dalam satu hantaran yang dibuat di Facebook Tukang Apa Hari Ini.
Katanya kaedah tersebut dikongsi oleh kontraktror Majlis Bandaraya Shah Alam yang membuat kerja penebangan pokok besar sekitar kawasan perumahannya.
“Caranya dengan menggunakan chainsaw buat alur petak seperti di dalam gambar selepas menebang pokok. Sampai sekarang memang tidak ada anak pokok yang tumbuh,”terang beliau yang mendapat info tersebut selepas bertanya kepada kontraktor terbabit.
Kaedah ini menurutnya tak perlu mengggunakan racun dan lebih selamat.

Dalam pada itu di bahagian komen terdapat juga yang berkongsi cara lain untuk mematikan pokok yang sudah ditebang. Antaranya dengan menyapu diesel dan menuang minyak tanah pada pangkal pokok untuk mempercepatkan pereputan. Selain boleh juga menggunakan kaedah bakar tunggul.
Sumber: Uzayr Ezra
Jangan Buang Tong Cat, Boleh Recyle Buat Pasu Untuk Bunga Hiasan Macam Ni

Pasu macam ni memang cantik dan banyak jual di kedai barangan deko. Harga pun boleh tahan juga.
Tapi kalau nak lebih jimat boleh saja buat sendiri. Boleh pakai tong cat yang ada di rumah. Caranya dikongsi oleh Muzamir Mohd.
Recyle tong cat buat pasu hiasan
- Sediakan tong cat, lilit tali jut (boleh beli di kedai Eco, 2 unit 10m dah cukup). Lekat dengan gam.
2. Dah siap lilit potong tong cat, boleh buat ikut panjang tali.
3. Kemudian boleh buat kaki pasu pula. Ambil batang penyapu (boleh beli di Mr. DIY), potong ikut tinggi yang ingini. Buat lubang kemudian ikat dawai antara 3 kayu seterusnya tuang simen di dalam tong supaya kukuh. Biar hingga kering.
4. Dah kering letak penutup ini di bahagian kaki (beli di Mr DIY). Siap dan boleh letak bunga hiasan untuk deko rumah.
Selamat mencuba.
Sumber: Muzamir Mohd.
DIY Wall Deco Versi Under Bajet Dari Pinggan, Ringkas, Murah Tapi Cantik

Isi Kandungan
Toggle
Hiasan dinding tak semestinya lukisan, cermin atau jam. Boleh jadi juga pinggan. Ya pinggan tapi yang dihias.
Menariknya kita boleh buat sendiri sebab terlalu mudah caranya. Macam yang dilakukan oleh Norpadilah Binti Afandi. Cantik dan ringkas hasilnya.
Kalau nak cuba sendiri pun boleh sebab beliau turut berkongsi bahan dan step by step untuk menghasilkannya.
DIY wall deco under bajet
Bahan yang diperlukan
Pinggan (beli di Eco Shop)
Spray paint
Bunga/daun (beli di Eco Shop)
Glue gun
Pen marker Sharpie/sticker/stencil
Dawai kasar
Step by step
1. Spray pinggan guna spray paint, warna ikut suka.

2. Bila cat dah kering boleh tulis apa juga quote menggunakan pen marker permanent Sharpie.
Atau guna sticker macam ni, (beli di Ecoshop)
Atau guna stencil macam ni pun cantik
3. Kemudian tepek bunga ikut suka guna hotglue gun
4. Buat penggantung pinggan dari dawai kasar, bengkokkan saja.
Dah siap! Boleh gantung.
Selamat mencuba!
Sumber: Norpadilah Binti Afandi
Cara Makan Yang Betul Selepas Usia Masuk 40-an Untuk Elak Serangan Strok, Jantung!

Isi Kandungan
ToggleMati mengejut. Fuhh. Dengar pun rasa gerun. Inilah akibatnya jika badan sudah banyak penyakit namun empunya badan tidak perasan pun yang dia ada penyakit.
Luarannya nampak sihat, namun kesihatan dalaman tiada yang tahu. Kecuali jika empunya badan pergi menjalani pemeriksaan secara berkala.
Pengamal perubatan, Blogger, Penceramah Kesihatan dan Penasihat Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad menegaskan amalan pemakanan yang sihat membantu tubuh seseorang itu lebih sihat sekali gus boleh mengelakkan situasi risiko penyakit jantung yang boleh menyebabkan kematian mengejut.
Melalui instagram, beliau berkongsi amalan pengambilan yang beliau amalkan bila memasuki usia 40-an.
Sarapan minyak zaitun dan kopi
Selalunya saya terus melakukan kerja saya tanpa makan (bersarapan) berat. Saya cuma akan ambil selepas bangun pagi satu sudu minyak zaitun, suku sudu cuka Teen dan sedikit madu.
Itu pun sudah berikan antara 150-200kcal cukup untuk kerja-kerja membaca dan menghafal yang saya lakukan di awal pagi. Kemudian air kosong atau kopi plus stevia sepanjang pagi.
Sarapan yang ringkas sebenarnya sudah mencukupi mengikut kepada aktiviti fizikal yang kita lakukan.
Puasa 15 jam
Oleh kerana hari ini hari cuti, saya kena layan anak-anak di rumah. Mereka mahu bersarapan. Bila ada anak makan tak habis, jadi sayalah yang terpaksa menghabiskannya. Jadi terpaksa bersarapan.
Nasib baik masa terakhir makan semalam pukul 7pm. Maksudnya kalau saya makan pukul 10am, saya sudah ‘berpuasa’ selama 15 jam.
Sebab itulah kita disarankan ambil makan malam awal. Supaya perut kita mempunyai masa rehat yang agak panjang sebelum kita mula ambil makanan pada waktu pagi esoknya.
Kurangkan makan pada usia 40
Memang saya sudah kurang makan sejak beberapa tahun dulu. Kadang kala sudah ada rasa takut. Dulu pantang jumpa makanan, semua saya nak rasa. Sekarang masuk umur 40an, jadi takut terutama dengar macam macam cerita kawan-kawan.
Apabila usia sudah masuk 40 tahun, seseorang itu sepatutnya sudah mula ambil berat soal pemakanan. Tidak boleh lagi makan seperti usia muda-muda dahulu.
Meninggal ketika bersukan, itu tak pelik
Bukan lagi pelik kalau orang muda meninggal dunia ketika bersukan. Apatah lagi kawan-kawan saya yang berusia akhir 40an. Luaran nampak sihat. Tiba-tiba ada berita diserang strok, sakit jantung dan ada yang meninggal dunia semasa tidur.
Tubuh sudah bersarang dengan pelbagai penyakit. Seperti rumah yang tersergam kuat tapi bersarang anai-anai. Tiba-tiba runtuh tersembam ke bumi. Ramai yang tidak sedar penyakit yang ada dalam diri. Silalah rujuk kepada doktor.
Hati-hati dengan karbohidrat ringkas
Saya memang berhati-hati dengan makanan terutama karbohidrat ringkas.
Bila kita kurang makan, kita jadi lapar pula. Jadi nak kurangkan rasa lapar, saya cadangkan agar banyakkan makan sayur, minum air kosong dan ambil lemak sihat 20-30 peratus keperluan tenaga.
Karbohidrat ringkas akan menyebabkan seseorang itu cepat lapar kembali selepas makan. Elakkan pengambilan karbohidrat ini supaya anda tidak kerap asyik nak makan.
Jangan abai 3 makronutrien
Ketiga-tiga makronutrien ini iaitu air, karbohidrat kompleks (sayur-ssyuran) dan minyak sihat inilah yang membuatkan kita rasa puas (satiety) bila makan dan lambat lapar semula.
Kalau tidak, kita akan berasa cepat lapar, dan makan lagi dan lagi walaupun kita tak lapar, kerana kita tak ada rasa puas. Ada perbezaan antara puas dan lapar.
Dr Zubaidi Hj Ahmad
A post shared by Dr Zubaidi Hj Ahmad (@drzubaidi) on
Sumber: Dr ZUbaidi