Laman

Kaedah ‘Matikan’ Pokok Besar Tanpa Guna Racun Atau Buang Akar

Share

Pokok besar yang ada berdekatan dengan kediaman memang agak berisiko. Selalunya ia akan ditebang. Tapi masalah yang sering terjadi selepas ditebang ada anak pokok akan tumbuh kembali pada bahagian pangkal. Malah tak mustahil akan terus membesar jika tak dicantas selalu.

Bagi mengelakkan masalah ini, Uzayr Ezra berkongsi satu kaedah untuk ‘mematikan’ terus pokok besar ini. Beliau berkongsi cara tersebut dalam satu hantaran yang dibuat di Facebook Tukang Apa Hari Ini.

Katanya kaedah tersebut dikongsi oleh kontraktror Majlis Bandaraya Shah Alam yang membuat kerja penebangan pokok besar sekitar kawasan perumahannya.

“Caranya dengan menggunakan chainsaw buat alur petak seperti di dalam gambar selepas menebang pokok. Sampai sekarang memang tidak ada anak pokok yang tumbuh,”terang beliau yang mendapat info tersebut selepas bertanya kepada kontraktor terbabit.

Kaedah ini menurutnya tak perlu mengggunakan racun dan lebih selamat.

Foto Nordin Anie

Dalam pada itu di bahagian komen terdapat juga yang berkongsi cara lain untuk mematikan pokok yang sudah ditebang. Antaranya dengan menyapu diesel dan menuang minyak tanah pada pangkal pokok untuk mempercepatkan pereputan. Selain boleh juga menggunakan kaedah bakar tunggul.

Sumber: Uzayr Ezra

 

Published by
VK