Kaedah simpan beras ini sesuai untuk yang mahu menjadikan stok untuk waktu kecemasan. Contohnya jika berlaku bencana alam yang menyebabkan kekurangan bekalan beras.
Kaedah ini akan memastikan beras tahan lama hingga bertahun-tahun. Beras akan kekal elok, tidak rosak dan tiada bubuk atau kutu beras. Apa yang penting caranya kena betul. Kaedah simpan beras ini dikongsi dan dipraktikkan oleh Saudah Yahya.
1. Sediakan botol yang bersih dan kering, masukkan beras yang elok tiada kutu beras ke dalamnya.
2. Isi sedikit beras dulu kemudian ambil satu labu bawang putih yang dileraikan dan letak di atas permukaan beras. Tak perlu buang kulit bawang putih.
3. Kemudian isi lagi beras dan ulang dengan meletakkan bawang putih hingga beras penuh. Untuk satu botol ini boleh isi dalam 4-5 labu bawang putih.
4. Hentak sedikit botol supaya beras betul-betul penuh. Kemudian letak bahagian atas dengan bawang putih sebelum ditutup.
INFO