Nanas antara superfood yang disaran makan kalau boleh setiap hari kerana vitamin C yang terkandung di dalamnya. Sebab itu berbaloi sangat kalau kita menanam buah ini di rumah terutama nanas MD2 yang kita tahu manis sangat rasanya.
Malah ia antara pokok buah yang boleh ditanam dalam pasu. Jika berhajat untuk menanamnya boleh ikut cara yang ditunjukkan oleh Azuan Abdullah.
Cara tanam nanas MD2 dalam pasu
Alhamdulillah. Pagi semalam kami siap tanam nanas MD2. Tanam tak banyak pun, 5 pasu je. Guna pasu plastik saiz 16 x 15 inci.
Isi tanah campuran dalam pasu hingga hampir penuh. Tanah campuran ini kami buat sendiri. Nisbah 1 tanah + 2 organik + 3 pasir.
Bila tanam MD2 dalam pasu, media tanaman yang paling penting. Kita nak media yang peroi dan poros.
Ads
Nanas MD2 sangat sangat manja dan sensitif bila media padat, lembap dan banyak pegang air. Kesannya pokok akan jadi buruk atau reput pangkal.
Anak benih saya guna sulur gred A. Tinggi anak benih 2 kaki lebih.
Daun selasih atau lebih dikenali sebagai basil ini selalu kita gunakan dalam masakan terutama sekali hidangan Thai. Malah ada juga yang menjadikannya sebagai ulam.
Cuma pokok selasih ini tak ramai yang menjual termasuklah di pasar raya. Jadi elok juga jika kita tanam sendiri di rumah. Tanam sepasu pun dah cukup.
Jika nak tanam dari biji benih, boleh guna perkongsian dari Yuyun R Bajuri.
Cara tanam pokok selasih dari biji benih
1. Basahkan kapas muka. Letak biji selasih di atasnya (biji selasih ini boleh kita beli di Shopee) Titikkan air sampai biji selasih kembang. Kerap basahkan kapas. Biar beberapa hari sampai keluar tunas.
2. Bila dah naik tunas letakkan benih sekali dengan kapas dekat tanah. Saya guna polibag je. Kambus sikit dengan tanah.
3. Bila dah naik daun dia sikit-sikit kambuskan lagi dengan tanah ye. Siram selalu. Sampai pokok naik. Dah macam ni bole la petik hasilnya.
Berapa usia anda sekarang? Adakah sama dengan usia kulit anda? Untuk mengetahui usia kulit, anda boleh lakukan ujian ringkas ini.
Cubit kulit bahagian belakang telapak tangan anda selama lima saat dan lepaskan. Lihat berapa lama waktu yang diperlukan kulit untuk kembali seperti biasa?
Sekiranya ia kembali rata dalam 1-2 saat, usia kulit anda di bawah 30 tahun.
Sekiranya mengambil masa 3-4 saat bermakna usia kulit antara 30 hingga 44 tahun.
Sekiranya mengambil masa 5-9 saat menunjukkan usia kulit 45 hingga 50 tahun.
Lebih dari 10 saat bermakna kulit berusia 60 tahun ke atas.
Ya, hakikatnya usia kulit dengan usia anda yang sebenar belum tentu sama. Walaupun sudah menggunakan ribuan krim dan ramuan yang dikatakan mampu menjadikan kulit tampak lebih muda, tapi keadaan kulit itu sendiri tidak dapat berbohong.
Kurangkan gula
Menurut seorang pakar dalam industri kecantikan, Dr Alexis Abramson, kulit akan berubah secara visual bermula dari usia 45 tahun. Pada usia ini, kulit akan kehilangan keanjalannya dan menjadi lebih kasar.
Namun, kebiasaanya ia akan muncul lebih awal kerana amalan-amalan yang kurang sihat. Bagaimana pun kata Dr. Abramson wanita masih mampu mengekangnya dengan pelbagai cara.
Salah satunya adalah dengan mengurangkan pengambilan gula. Selain itu amalkan pemakanan yang sihat terutama mengambil makanan banyak antioksidan untuk melawan radikal bebas seperti tomato, delima dan bayam.
Krim perlindungan dari sinar matahari juga perlu jadi rutin untuk menjaga kulit dari pancaran sinar ini dan mengekalkan keanjalannya
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...