Kalau tanam pokok buah di rumah baik mangga, manggis jambu, betik dan sebagainya satu masalah yang selalu dihadapi adalah buah buruk.
Buah dah lebat tapi sayangnya banyak yang tak boleh makan akibat berulat. Sudahnya dibiarkan bersepah di bawah pokok.
Disebabkan tak lama lagi dah nak masuk musim buah, jadi elok kita praktikkan tip dikongsi oleh Sepang Farmville
ini. Cara ini selamat, tak menggunakan sebarang racun. Hasilnya buah elok cantik.Dalam group-group kebun, saya banyak berjumpa soalan tentang bagaimana nak dibuat supaya buah cantik dan tidak berulat?
Pertama sekali kita nak kena tahu kenapa buah boleh jadi berulat. Dalam banyak keadaan, ulat ini adalah disebabkan oleh lalat buah.
Ada beberapa cara untuk mengawal/menghapus lalat buah. Saya tak nak sentuh tentang penggunaan racun serangga, tapi lebih kepada kaedah tanpa penggunaan racun.
Kaedah yang pada saya mudah ialah dengan membalut buah tersebut. Boleh mula balut ketika putik buah sebesar ibu jari.
Boleh menggunakan plastik lutsinar yang ditebuk sedikit untuk pengudaraan. Atau menggunakan kertas surat khabar lama. Atau boleh juga menggunakan jaring plastik yang berlubang kecil.
Kaedah kedua ialah dengan memasang perangkap lalat buah. Perlu membeli hormon pemikat lalat buah(feromon) dan juga perangkap. Perangkap juga boleh dibuat sendiri menggunakan botol mineral terpakai. Klik SINI untuk beli hormon feromon.
Pasang perangkap di luar kawasan kebun, supaya lalat buah ini tidak memasuki kawasan kebun/tanaman kita.
Gambar contoh adalah merupakan apa yang saya aplikasikan sendiri pada jambu batu seedless. Alhamdulilah buah cantik tanpa sebarang gangguan.
Semoga bermanfaat
Sumber: Sepang Farmville
Artikel berkait: Asapkan Pokok Waktu Petang Cara Mudah Halau Ulat & Serangga Perosak Tanaman