Balik kerja hajat nak masak tapi terlupa pulak nak defrost lauk dari peti sejuk. Memang spoil mood untuk memasak kalau jadi begini.Nak tunggu lauk defrost makan masa, terutama kalau yang tiada ketuhar mikro.
Tapi kalau dah tahu tip ini takkan jadi masalah lagi kalau terlupa keluarkan lauk dari peti sejuk beku.
Hanya perlu 5 minit saja
Menggunakan cara ini, anda hanya perlu lima minit saja untuk menyahbekukan daging. Kaedah ini memang agak rare tapi cukup mudah. Apa yang diperlukan hanya dua buah periuk jenis steel. Caranya:
1. Terbalikkan periuk yang pertama.
2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.
3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)
4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.
5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)
INFO
Kenapa periuk logam boleh lembutkan daging? Sebabnya logam khususnya aluminium adalah konduktor haba yang sangat baik. Dan haba yang dihasilkan melalui proses ni cukup kuat nak lembutkan daging tu. Lagi luas permukaan daging yang bersentuhan dengan konduktor (periuk) lebih cepat daging defrost
Sumber: http://www.womenshealthmag.com/food/defrost-meat-in-minutes
3 Bahan Dapur Yang Selalu Kita Buang Tapi Sebenarnya Berguna Sangat Untuk Suburkan Tanaman
Kulit telur, kulit bawang dan teh. Tiga bahan ini memang selalu kita gunakan untuk masakan dan minuman. Selepas guna biasanya kita terus buang. Walhal bahan ini sangat bermanfaat untuk tanaman kalau diolah semula.
Dikongsi oleh Alin Lin beliau menunjukkan cara untuk menggunakan semula bahan ini menjadi baja yang berguna untuk tanaman.
Serbuk teh
Serbuk teh yang telah kita guna boleh dikumpul setiap hari. Kemudian jemur teh ini hingga kering. Selepas itu simpan dalam bekas.
Serbuk teh ini bertindak sebagai kompos atau juga sebagai agen mengekalkan kelembapan tanah. Cara penggunaan gaul saja dengan tanah untuk bercucuk tanam atau tabur saja di atas batas atau dalam pasu.
Kulit telur
Kulit telur yang sudah digunakan ini basuh bersih dan jemur. Selepas kering kisar halus lalu simpan dalam bekas.
Serbuk kulit telur ini membekalkan kalsium yang membantu pokok membina sel-selnya. Cara penggunaan ia boleh ditabur saja di pangkal pokok.
Kulit bawang
Lepas kupas bawang, kulitnya kita simpan. Untuk dijadikan baja jemur kulit bawang ini sampai betul-betul kering macam keropok. Selepas itu kisar kering dan simpan dalam bekas.
Kulit bawang ini boleh digaul dengan tanah. Ia akan membantu pokok jadi lebih subur, menggalakkan pertumbuhan pucur baru dan mempercepat proses bunga, buah serta membunuh hama serangga.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Alin Lin
Rumah Ada 5 Orang, Barang Elektrik Semua Ada Tapi Bil Elektrik RM50 Sebulan, Boleh Ikut Cara Wanita Ini
Kebelakangan ramai yang merungut dengan bil elektrik yang tinggi. Rumah tak ramai orang, tapi bila bil sampai mak aiiii hampir RM200. Pening kepala dibuatnya
Bagaimanapun ada saja rumah yang ramai penghuni tapi bil elektrik mereka rendah. Malah ada yang RM50 sebulan saja, antaranya adalah pemilik kediaman yang bernama Aishahumaira Idris.
Mempunyai lima penghuni rumah dan menggunakan peralatan elektrik yang ada di kebanyakan rumah termasuk pendingin hawa tapi bil elektriknya hanya sekitar RM50 saja.
Nak tahu apa yang dilakukan, boleh baca perkongsian beliau.
Cara kekalkan bil elektrik rumah RM50 sebulan
Secara sedar, kami memang nak jimatkan elektrik. Rata-rata kalau beritahu bil elektrik kami sekitar RM50, ramai yang terkejut. Kami limau orang satu rumah. Dua dewasa, tiga kanak-kanak.
Dulu, sebelum duduk rumah sendiri, bil atas RM100. Tapi,bila rumah sendiri, kita boleh kawal dan implement especially barang apa nak guna. Suka saya share sedikit macam mana kami buat.
Disclaimer: Ini cara saya ya. Mungkin ada yang salah atau betul. Mana yang betul, boleh ambil pengajaran. Kalau salah, tolong tunjukkan.
Barang dalam rumah kami rasanya lebih kurang most household ada.
– Tv, wifi
– Air cond 3 unit (2 bilik, 1 ruang tamu)
– Coway
– Peti ais
– Mesin basuh
– Air fryer (hari-hari guna)
– Induction cooker (hari-hari guna)
– Microwave
– Water heater 2 unit
– 5 buah kipas syiling
1. Set niat
First kena sedar, kenapa nak jimat?
– Cara Islam, Rasullullah sendiri tegur ambil wudu lebih dari 3 kali even di sungai yang mengalir. Kan?
– Limited resources. Dunia ni takde la banyak sangat sumber. So just take what you need (or at least try to)
– Financial. Of course, jimat electric = jimat duit.
2. Energy saver
– Mana yang boleh beli inverter, kami usahakan. Air cond, peti sejuk (ini saja)
– Kalau nak beli, sebolehnya cari yang ada 5 /4 star ⭐ dari segi penggunaan energy
3. Suhu air cond set asalkan selesa
– Kebiasaannya, air cond time tidur saja di bilik (2 bilik).
– Bila ada tetamu, kami on living room (atau cuaca panas)
– Set 24/25°C (bagi kami sejuk dah)
– Ada yang set kadang sampai 16°c, kemudian kena pakai comforter tebal. Faham tak? 🫢
– Bila kita set temperature tak begitu rendah, compressor kurang kerja berat. Situasi ni nampak waktu musim panas bulan lepas. Bil naik RM30 walaupun rutin kami tak berubah.
4. Heating element
– Saya pernah dengar kalau barangan yang ada heating ni yang banyak guna elektrik macam dryer, coway, iron jadi, kami off HOT WATER Coway. Sebab sebenarnya jarang pon guna air panas. Sekali sekala je. Kami akan on bila ada tetamu je.
– Rumah tiada dryer. Wishlist nak beli dryer. Tapi kalau ada, mungkin akan pakai bila betul-betul perlu. Supaya fabrik tahan lebih lama. Selain tu, kalau kering matahari, fabrik kurang kedut dan takyah seterika.
– Water heater pun jarang guna. Lagipun lebih baik mandi air sejuk.
– Baju tudung selalunya yang ironless.
5. Laundry time ketika rate elektrik
– Info ini tak ingat cedok info mana. Pernah tahu yang rate elektrik rendah antara pukul 10pm – 8am hari berikutnya.
– Jadi biasanya laundry kami akan buat dalam range waktu ini.
6. Tak guna off!
– Ni agak mencabar kan, utk anak kena selalu ingatkan dan jangan buatkan untuk mereka. Kalau anak keluar toilet tak tutup lampu. JANGAN tutupkan. Panggil siapa yang guna, minta tutupkan. Penat jugak la. Tapi habit ni perlu didik dari kecik kan..
– Mana area yang tak guna, tak perlu nak on lampu kipas. Tutup.
Semoga pengalaman ini bermanfaat .
Sumber: Aishahumaira Idris
Cara Kenal Pasti Pokok Sayur Yang Terlebih Baja, Boleh Tengok 3 Tanda Ini
Bagi mereka yang baru bercucuk tanam kebiasaannya tak tahu atau kurang mahir untuk kenal pasti keadaan pokok sayur sama ada pokok kurang/terlebih baja atau terkena serangan penyakit.
Halaman Subur berkongsi tip untuk bagaimana untuk membezakannya dan cara merawatnya.
Perhatikan gambar dekat bawah ni. Apa yg dapat kita lihat?
-Pucuk baru bersaiz kecil
-Pucuk baru berwarna hijau gelap
-Pucuk baru berkedut
Jika pegang & rasa pucuk baru tersebut, ia sedikit menebal berbanding daun lama. Ini termasuk dalam ciri-ciri pokok yang terlebih baja. Jadi apa yang boleh kita buat sekiranya keadaan ini berlaku?
Hentikan pembajaan sekurang-kurangnya satu minggu
Selepas seminggu, perhatikan semula pucuk yang keluar. Jika tidak menebal, daun sudah berwarna hijau cair maknanya anda boleh kembali dengan rutin pembajaan.
Apa faktor yang mempengaruhi pokok sampai terlebih baja?
Kadang kala kita letak lebih sukatan baja yg disyorkan ATAU pembajaan yang terlalu rapat contohnya dua minggu sekali.
Tanda pokok kena serangan penyakit
Berbanding pokok yang terkena serangan penyakit, pucuk baru akan bertukar warna hijau cair, sedikit kekuningan dan kerinting.
Apa yang boleh kita buat sekiranya perkara tersebut berlaku?
Lakukan semburan kawalan seranggan perosak sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tapi sembur pun kena ada tekniknya. Sembur secara menyeluruh terutama bahagian bawah daun. Kenapa? Sebab serangga banyak duduk bawah daun.
Semburan juga ada waktunya, lakukan sama ada awal pagi atau lewat petang kerana pada waktu ini serangga paling aktif.
Semoga bermanfaat
Sumber: Halaman Subur