HomeBeritaKahwin Guru Sendiri, Kini Giliran ‘Murid’ Bimbing Cikgu Ke Jannah. Pengantin...
Kahwin Guru Sendiri, Kini Giliran ‘Murid’ Bimbing Cikgu Ke Jannah. Pengantin Curi Tumpuan Pilih Sekolah Tempat Pertama Kali Bertemu Sebagai Lokasi Foto Perkahwinan
Jarang sekali kita dengar seorang cikgu perempuan bertemu jodoh dengan anak muridnya. Namun ia benar-benar berlaku di Pulau Pinang. Guru yang dikenali sebagai Aisyah itu berkahwin dengan anak muridnya yang bernama Hazim.
Detik pra perkahwinan mereka telah dirakam oleh jurugambar Rafi Rahman. Gambar ini telah menjadi tular apabila pengantin meminta penggambaran dibuat di sekolah tempat pasangan ini bertemu buat kali pertama.
Ia menjadi gambar perkahwinan yang luar biasa kerana Aisyah memakai pakaian seperti seorang guru manakala Hazim memakai uniform sekolah. Mereka bertemu di High School Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Malah Rafi juga mengakui, inilah kali pertama dia merakamkan gambar perkahwinan antara seorang anak murid lelaki dengan guru perempuan. Kebiasaan yang berlaku ialah guru lelaki berkahwin dengan anak murid perempuan.
Jodoh Allah tentukan..first time shoot cikgu kawin dengan murid..kalau cikgu laki tu biasa tapi ni luar biasa cikgu pmpuan..depa mintak shoot kat sekolah kita layan kan ajaa..sampai beg camera tetinggai dalam lab physics lahhh www.instagram.com/byrafirahman
Membayangkan kemalangan ini saja sudah cukup mengerikan. Seorang wanita yang sarat hamil 39 minggu maut dalam satu kemalangan namun ajaibnya bayi ini masih hidup!
Impak daripada kemalangan tersebut bayi dalam kandungan terkeluar dari rahim ibu dan tercampak di atas rumput.
Wanita hamil itu merupakan penumpang sebuah lori yang membawa muatan kayu. Pemandunya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas dalam kejadian yang berlaku di Cajati, Brazil.
Kemalangan itu menyebabkan lori berkenaan terbalik dan wanita hamil itu dihempap kayu muatan lori tersebut.
Hentakan yang kuat mengakibatkan bayi terkeluar dari rahim ibunya. Bayi ajaib itu ditemui oleh pegawai perubatan selepas mendengar suara tangisan beberapa meter dari mayat ibunya.
“Ketika cuba membantu mencari mangsa di bawah timbunan kayu saya terdengar bayi menangis. Saya terkejut kerana setahu saya cuma ada dua mangsa dalam kemalangan itu,” ujar Elton Fernando Barbosa paramedik pertama yang sampai.
Selepas menemui bayi tersebut, dia terus menghubungi ambulans untuk membawanya ke hospital. Bayi tersebut bagaimana pun dalam keadaan selamat tanpa kecederaan.
“Saya tak tahu bagaimana bayi ini boleh selamat kerana mayat ibunya di bawah timbunan kayu. Ia memang satu keajaiban,”ujarnya.
Bayi berkenaan bagaimanapun ditempatkan di rumah anak yatim memandang tiada ahli keluarga dan saudara yang menuntutnya.
Jururawat di hospital yang merawat bayi ini menamakannya sebagai Giovanna yang bermakna ‘dilindungi oleh Tuhan’.
Jika kebiasaannya pengacara New York Televisyen, Natalie Pasquarella membaca berita semasa tapi kali ini beliau sendiri menjadi subjek beritanya.
Ketika sedang mengacarakan satu program bersama empat lagi pengacara NBC News pada jam 11 malam Selasa beliau telah tertawa kecil dengan jenaka dari salah satu berita yang dibualkan.
“Sewaktu ketawa itulah air ketubannya pecah, ketika kami masih dalam set dan sedang bersiaran langsung,” ujar teman pengacara yang membuat pengumuman tersebut keesokan harinya.
Namun menariknya, selepas mengetahui air ketubannya pecah Pasquarella mengendalikannya seperti seorang ‘pro’.
Dia terus mengacarakan rancangan sehingga selesai sebelum memberitahu eksekutif produser dan rakan yang lain. Pasquarella kemudian dikejarkan terus ke hospital, di mana suami sudah pun menunggunya.
13 jam kemudian dia selamat melahirkan cahaya mata yang diberi nama Jamin James.
“Kelahiran awal yang sangat indah, terima kasih pada yang memberi ucap selamat,”katanya dalam instagram.
Beberapa hari lalu tular kisah pemuda yang menikahi gadis pesakit kanser yang dalam keadaan tenat.
Bernikah sebelah pagi pada 3 Ogos lalu namun tak sampai 24 jam, awal pagi esok hari isteri kepada Saiful Azam Azmi iaitu Fatin Syahirah, 24 Yusuf menghembuskan nafas terakhirnya.
Usia pernikahan tak sampai sehari namun Saiful Azam harus menerima hakikat isterinya sudah tiada.
Cerita pasangan ini tersebar di media sosial selepas abang Fatin Syahirah, Shukur Yusuf memuat naik kisah arwah adiknya itu di laman sosial. Status tersebut mendapat perhatian netizen yang berasa cukup simpati dengan apa yang terjadi.
Selain mengucapkan takziah kepada keluarga arwah rata-rata netizen kagum dengan keikhlasan hati Saiful Azam serta kekuatannya berdepan dugaan Yang Maha Esa.
Cuma satu, biarpun kisahnya tular namun empunya diri mengambil sikap berdiam diri, malah dalam satu laporan berita Buletin Utama Saiful Azam menolak untuk diwawancara kerana masih bersedih tapi beliau mengucapkan terima kasih kepada netizen yang mendoakan dia dan arwah isterinya.
Sahabat kongsi luahan Azam di IG Stories
Bagaimana pun rasa hati anak muda ini terungkap melalui satu satus dari sahabatnyaWANAJAK@HZWNRZK di Twitter yang berkongsi IG stories yang dimuat naik oleh Saiful Azam.
Sebahagian diri saya telah pergi…
Sebahagian daripada diri saya telah pergi untuk menemui Penciptanya. Dia satu-satunya cinta saya dan segala-galanya buat saya. Minta jasa baik rakan-rakan sedekahkah al- fatihah terhadap arwah isteri saya Fatin Nursyahirah binti Yusuf.
Gambar terakhir saya dengan isteri, ya saya pakai baju nikah…
Dalam thread yang sama turut dikongsi adalah gambar Saiful Azzam mencium isterinya kali terakhir sebelum dikebumikan.
Mengenakan baju nikah pada hari isterinya dikebumikan, dalam catatan Saiful kisahnya itu hanyalah cerita biasa. Orang lain juga akan melakukan perkara yang sama pada orang yang disayangi.
“Gambar terakhir saya dengan isteri. Ya saya mengenakan baju Melayu, baju nikah memandangkan katanya saya kelihatan segak dengan baju ini.
“Tiada yang menginspirasikan dari cerita saya ini, saya rasa anda juga akan melakukan perkara yang sama pada insan yang anda sayangi.
“Terima kasih semua atas ucapan dan doa, Moga Allah berbalik kepada kalian kembali. Saya ok. Dia tengah rehat cantik cantik pakai bedak celak tadi.
Kau kuat dan setia zam
Menerima lebih 31 ribu retweets, dalam hantaran itu Wanajak mendoakan agar sahabatnya itu kuat berdepan dugaan.
“My friend, kau memang kuat, kau setia dan baik. Allah bagi kau dugaan untuk orang yang kuat macam kau zam. Aku doakan kekuatan untuk kau zam dan salam takziah,”tulisnya.
Thread tersebut juga viral dan dipenuhi ucapan takziah dan doa buat arwah dan juga Saiful Azam.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...