
Mungkin ada yang rasa cantik bila mengenakan solekan tebal malah sampai satu tahap tak akan keluar rumah tanpa mekap mampan.
Awas ya bagi anda yang ada perasaan begini sebab dari aspek psikologi ia merupakan petanda masalah.
Kajian mengatakan sering memakai solekan tebal bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan kulit tetapi sebenarnya ia menganggu kesihatan mental.
Sebuah penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Psikologi Sosial mendedahkan, kebiasaan mengenakan mekap tebal akan menyebabkan wanita kurang keyakinan diri. Sekaligus, membuatkan mereka tidak suka dengan diri sendiri.
Satu kajian telah dijalankan ke atas pelajar universiti Scotland yang sering mengenakan solekan dan tidak mengenakan solekan.
Hasil kajian mendapati responden yang memakai alat solek hanya untuk memuaskan diri mereka sendiri.
Tapi, tabiat memakai solekan tebal setiap hari sebenarnya boleh menyebabkan mental terganggu. Menyebabkan rasa rendah diri dan rasa wajah sendiri buruk tanpa solekan
Jadi buat anda yang suka bersolek tebal mungkin boleh belajar kurangkan tabiat ini sedikit demi sedikit agar tidak dipandang semacam selepas ini.
Sumber: Vemale
6 Kelebihan Suami Dapat Isteri Yang Jarang Mekap

Isi Kandungan
Toggle
Mungkin kurang menyerlah dari segi penampilan tapi menang dan istimewa dari sudut lain. Suami yang dapat isteri yang jarang mekap juga sebenarnya cukup bertuah.
Kecantikan isteri dia, hanya dia yang tahu. Tapi kelebihannya bukan setakat itu saja, ada lagi…
Cepat siap, tak tunggu lama
Kalau bangun lambat pun masih ok lagi. Cari baju, lilit tudung dah boleh keluar tanpa perlu habiskan masa 15 hingga 30 minit untuk mekap. Suami juga tak lama menunggu kalau nak keluar bersama.
Poket selamat
Mereka yang terlalu menjaga kecantikan biasanya perlu modal yang banyak untuk membeli produk kecantikan. Bukan itu saja, bila dah tersalah guna produk kosmetik kemungkinan wajah timbul jerawat. Dah tentu kena keluarkan duit untuk membuat rawatan atau beli ubat. Dalam hal ini isteri itu sendiri dah banyak jimat, poket suami pun selamat
Bersedia dengan perubahan wajah isteri di hari tua
Dah tua nanti takkan nak mekap jugak kan. Dah tentu kulit yang berkedut akan terserlah. Bagi orang yang jarang mekap ini tak jadi masalah.
Dia tak takut terima hakikat kulit wajah sudah tidak tegang dan berkedut kerana tak pernah melindunginya. Suami pun sama sudah dibiasakan dengan paras di hari tua.
Tanda isteri yakin diri
Jarang mekap bukan bermakna tak menjaga penampilan. Mekap hanyalah pilihan untuk nampak lebih cantik. Isteri sebegini sebenarnya yakin dengan diri. Tak perlu kata apa-apa untuk membuktikannya, ia terserlah dari penampilannya.
Kurang rasa cemburu
Satu lagi kelebihan isteri yang jarang mekap mereka ini sebenarnya bahagia dengan apa yang ada pada diri mereka. Dia tak mencari kebahagiaan dengan cara bermekap agar dilihat cantik dan sempurna.
Lagi pun kalau isteri mekap cantik-cantik, suami pun takut. Silap haribulan isteri tak boleh keluar dan kerja sebab suami jelous.
Sekali sekali mekap, boleh buat orang ternganga
Biasa keluar tak mekap tapi bila sekali-sekali tampil dengan solekan pasti suami terkejut. Cantik rupanya bila dah bermekap tapi sengaja diselindungkan kecantikan itu untuk tatapan suami.
Cara Mudah Seimbangkan Hormon Dalam Badan

Isi Kandungan
Toggle
Apabila hormon dalam badan tidak seimbang, banyak perkara tidak elok berlaku pada badan. Misalnya kitaran haid terganggu, tumbuh jerawat dan emosi mulalah tidak stabil. Ya, sememangnya hormon seseorang individu itu berkait rapat dengan emosinya. Namun hormon dalam badan juga boleh diseimbangkan dengan cara semula jadi. Cubalah.
Makan lebih banyak protein
Pengambilan 20 hingga 30 gram protein dalam setiap makanan yang diambil boleh bantu meningkatkan hormon dalam badan. Dalam banyak-banyak sumber makanan protein, telur adalah sumber protein yang dikatakan sebagai terbaik. Makanlah telur setiap hari untuk membantu meningkatkan tahap metabolisme. Telur juga boleh membantu menurunkan berat badan dengan lebih cepat.
Praktikkan bernafas dalam-dalam
Emosi dan hormon manusia saling berkait rapat antara satu sama lain. Jika sedang berada dalam keadaan yang negatif misalnya sedih, pilu, sayu, marah, takut dan sebagainya, cuba tarik nafas dalam-dalam. Hal ini boleh bantu hormon lebih stabil. Berperasaan negatif boleh menyebabkan hormon dalam badan tidak seimbang.
Makan makanan organik
Makanan yang diproses kebanyakannya menggunakan racun serangga, suntikan hormon dan pelbagai lagi bahan yang tidak elok untuk tubuh manusia. Penggunaan hormon sintetik dalam makanan boleh menyebabkan badan kita keliru dengan hormon semula jadi yang ada dalam badan. Jadi mulai hari ini ayuhlah kita makan makanan organik yang bebas daripada hormon sintetik dan suntikan. Hal ini boleh membuatkan badan kita lebih seimbang kandungan hormon.
Mandi detox
Sesekali cubalah pergi ke spa yang ada menawarkan mandian detox. Mandian detox membantu meningkatkan tahap magnesium dalam badan dan menurunkan hormon stres dari dalam badan. Boleh juga buat di rumah jika anda mempunyai tab mandi untuk berendam.
Guna minyak pati
Minyak pati atau essential oil sememangnya sangat berkesan untuk membantu seseorang itu lebih relax sekali gus membantu hormon dalam badan jadi seimbang. Hanya sapukan minyak ini ke atas tubuh dan gosok lembut. Boleh juga dititiskan dalam air yang menyebarkan wap segar ke seisi rumah.
Berjalan kaki ayam di atas batu
Selalu ada laluan pejalan kaki yang diletakkan batu-batu timbul di taman rekreasi kan? Laluan berbatu ini sebenarnya membantu untuk seseorang individu itu menstabilkan hormon dalam badan. Kaki kita mengandungi lebih kurang 1,300 urat saraf. Jadi berjalan kaki ayam di atas batu timbul boleh merangsang urat saraf ini sekali gus membantu seimbangkan hormon. Best kan?
Senang je nak seimbangkan hormon ni rupa-rupanya kan?
Bonda Rozita Akui Sukar Cari Tukang Urut Mahir, Sampai Ke Kampung-Kampung Pergi Survey

Isi Kandungan
Toggle
Apabila kita ingin mendapatkan khidmat urut, sudah pasti perkara paling utama ialah kemahiran yang dimiliki. Sebab itulah, jutawan kosmetik, Bonda Rozita Ibrahim sanggup pergi mencari walau di mana sahaja mereka berada.
Beliau sendiri mengakui bukan mudah nak dapat seorang tukang urut yang mahir dengan ilmu yang ALLAH berikan. Menurut Bonda Rozita, tempoh tujuh bulan pun belum tentu dia dapat menemui tukang urut yang menepati cita rasanya.
Melalui instagram, beliau memberitahu bahawa jika ada yang mengenali tukang urut mahir, beliau sendiri akan menemui tukang urut itu untuk mencuba khidmat urut yang ditawarkan. Begitulah betapa terperincinya pemilihan tukang urut mahir bagi Bonda Rozita.
Saya akan test sendiri urutannya
Cari tukang urut yg mahir sgt susah.. 7 bulan blm tentu sy dpt sorg.. Merata2 tanya dan kalau dh jumpa sy akan dtg test sendiri urutannya. Selalunya mereka masuk ke kwasan pendalaman survey dr org2 setempat di kampung bertanyakan kebolehan pd penduduk setempat..
Kenal pasti tukang urut mahir
Sy pernah buat semasa arwah ayah sy sakit saraf dn tulang belakang ..Apa yg saya buat di rumah hutan merupakan kemahiran yang ada pada saya mengenalpasti tukang urut yang bagus untuk memudahkan orang yang ingin berikhtiar dengan cara berbagai teknik urutan dlm aura 6 sendi
Mahir mengurut ialah anugerah ALLAH
Tukang urut sy dapat mengenal urat2 yg menyelit dn saraf2 tenggelam utk dibetulkan..Ilmu Allah beri pd mereka sgt unik dn susah nk belajar..(belum tentu pandai..gifted dr Allah)..Slip disk..peranak keluar boleh masik balik..Susah gerak dn macam2 kebolehan yg ada diantara mereka..
VK setuju. Memang susah nak dapat khidmat tukang urut mahir ni. Memang ada yang belajar teknik mengurut. Tapi kalau dapat tukang urut yang memang pandai mengurut atas anugerah ALLAH ni memang amat bertuah. Senang cakap, tukang urut macam ni, dia sentuh-sentuh je tempat yang bermasalah tu, boleh sembuh.
Sumber: Bonda Rozita Ibrahim