(KAJIAN) Tugas Suri Rumah Sepenuh Masa 2.5 Kali Lebih Teruk Dari Wanita Bekerja Sepenuh Masa

Share

 

 

Kita sangka wanita bekerja punya rutin yang cukup memenatkan, maklumlah selesai bekerja sambung pula tugas di rumah.

Tapi hakikat sebenarnya wanita yang tidak bekerja atau menjadi suri rumah sepenuh masa adalah lebih memenatkan.

Menurut kajian terbaru tugas seorang suri rumah adalah 2.5 kali lebih berbanding pekerjaan sepenuh masa yang lain.

Tinjauan melibatkan jadual mingguan 2,000 ibu di Amerika Syarikat yang mempunyai anak berumur antara 5 hingga 12 tahun.

Secara purata, kerja seorang suri rumah bermula seawal jam 6.23 pagi, lebih awal daripada kebanyakan pekerja lain memulakan hari mereka.

Sementara tugas harian mereka, sama ada berkaitan pekerjaan atau penjagaan anak hanya selesai jam 8.31 malam.

Ini bermakna seorang suri rumah bekerja 14 jam sehari atau secara purata 98 jam seminggu.

Kajian yang dijalankan Welch’s sebuah syarikat jus di United Kingdom pula mendedahkan, suri rumah hanya mempunyai 1 jam 7 minit untuk bersendirian atau melakukan sesuatu untuk diri sendiri.

Waktu tersebut dikategorikan lebih sedikit berbanding waktu rehat tengah hari dalam sektor pekerjaan yang lain.

Laporan The Independent pula mendapati 40 peratus golongan ibu merasakan mereka didominasi oleh senarai tugas yang tidak pernah berakhir.

Sumber: Astro Awani

 

 

 

 

 

Published by
VK