Sejak hampir seminggu lalu, pelakon Abby Abadi dan menemani anaknya Mohd Danish Hakim di Turki yang ditawarkan menyambung pengajian di sana.
Dan semalam tibalah masa untuk Abby melepaskan anaknya pergi. Danish, 15, adalah antara 10 pelajar yang terpilih melanjutkan pengajian di Mekke Kuran Kursi, Isparta.
Berkongsi perasaannya di intagram, ujar Abby dia tak pernah putus doa untuk anak-anaknya.
Dia turut berkongsi video saat-saat perpisahan dengan Danish, anak hasil perkahwinan dengan bekas suaminya Norman Hakim. Memang sebak kalau tengok.
Turut menyertakan kisah Imam Syafie, Abby meluahkan perasaan untuk anaknya Danish yang tidak dapat terucap dari mulutnya.
Ads
Kalau Abang baca insta Mama ni nanti, Mama nak Abang tahu, Mama tak pernah putus doa utk Abang, utk anak2 Mama. Doakan Mama panjang umur utk terus jaga anak3 bertuah Mama ni supaya selamat di akhirat nanti ye Abang.
Bagi yg masih ada ibu! Alhamdulilah; kasihlah dan jaga mereka seperti mereka menjaga dan kasih kepada kita semasa kita kecil dahulu. AlFatihah utk yg telah pergi?
PS: Jumpa lagi Abang. Jangan putus doa utk Mama Abah, Papa Mummy, Adik2, Opah Atuk, Mak long dan semua keluarga Abang ye Abang. Panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi ??
Selepas beberapa hari bertarung nyawa, pelajar tingkatan dua yang menggantung diri setelah dituduh mencuri telefon bimbit gurunya akhirnya meninggal dunia semalam.
Kisah tersebut menjadi buah mulut apabila semalam ibu mangsa meluahkan perasaannya tentang apa yang berlaku dalam satu temuramah di sebuah stesen televisyen.
“Handphone cikgu tu dah dijumpai tapi anak saya…,”demikian persoalannya yang mengundang rasa sebak kalangan netizen selepas dia memberitahu bahawa telefon bimbit yang didakwa dicuri oleh anaknya itu ditemui tercicir di sebuah kedai makan.
Hanya kerana tuduhan tersebut siapa sangka pelajar tingkatan sekolah menengah sekolah SMK Metodist Nibong Tebal mengambil keputusan yang drastik. Berikut adalah kronologi yang berlaku kepada pelajar terbabit menerusi laporan portal-portal berita tempatan.
1. Seorang pelajar perempuan tingkatan dua SMK Metodist Nibong Tebal pada 24 Januari lepas, telah dituduh mencuri telefon Iphone milik gurunya.
2. Pelajar itu kemudian telah dipanggil oleh empat guru sekolahnya sebelum dituduh mengambil telefon bimbit jenis Iphone milik salah seorang daripada guru berkenaan.
Ketika ini pelajar tersebut dikatakan telah dikurung dalam sebuah bilik selama beberapa jam dan tidak dibenarkan keluar rehat (makan). Seorang guru yang berusia dalam lingkungan 40 an telah menuduh pelajar itu mencuri telefonnya. Pelajar itu berulangkali menafikan. Kemudiannya seorang guru lain bertindak memukul belakang badan pelajar itu di hadapan rakan-rakan sekolahnya yang lain.
3. Suami kepada guru terbabit hadir ke sekolah dan pasangan itu mengugut pelajar tersebut membawanya ke balai polis jika masih enggan mengaku telah mencuri telefon.
4. Kemudian, guru berkenaan bersama suaminya yang juga seorang cikgu telah menghantar pelajar tersebut pulang ke rumah ibu bapanya. Mereka turut memberitahu apa yang terjadi. Sejurus tiba di rumah, remaja itu berlari masuk ke biliknya.
5. Guru terbabit dan keluarga mangsa kemudiannya keluar untuk berunding dan berbincang.
6. Selepas itu, keluarga mangsa pulang ke rumah lebih kurang jam 8 malam dan menghampiri bilik anaknya. Beberapa kali pintu diketuk, dan nama anak dipanggil tetapi tidak disahut.
Bimbang dengan keadaan yang mencurigakan itu, bapa pelajar itu kemudian bertindak memecahkan pintu bilik dan mendapati anaknya sedang tergantung (membunuh diri).
7. Ketika diselamatkan, pelajar itu masih lagi bernyawa dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Turut ditemui adalah nota yang ditulis oleh pelajar berkenaan.
8. Mangsa kemudiannya dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU). Ketika itu dilaporkan dua organ utamanya separa berfungsi dan berada dalam keadaan koma.
Bagaimanapun keadaannya semakin pulih dan stabil meskipun dirawat di ICU. Pada 29 Januari lalu, organ-organ penting pelajar berkenaan juga dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan berfungsi meskipun remaja itu bergantung pada mesin pernafasan.
9. Menurut bapa pelajar itu, mangsa mengalirkan air mata selepas bapanya bercakap dengannya (pelajar itu dalam keadaan koma) ketika melawatnya di hospital pada 29 Januari 2018.
10. Namun tepat jam 3.30 pagi, 1 Februari lalu, selepas beberapa hari bertarung nyawa, pelajar itu meninggal dunia selepas menghembuskan nafas terakhirnya.
Sumber: The Star, Free Malaysia Today, Harian Metro
Pengacara, pelakon dan usahawan Neelofa sekali lagi menjadi bahan bualan netizen apabila mempromosikan satu produk suplemen untuk menambah ketinggian di instagram.
Informasi mengenai produk itu dimuat naik ke akaun instagram Neelofa baru-baru ini. Mungkin kerana ia mendapat kritikan, posting itu tidak lagi kelihatan di Instagram Neelofa.
Bagaimanapun screen shot tentang posting tersebut telah banyak dikongsi di media sosial dan mendapat respon netizen. Kemudian ditambah pula dengan posting dari pelakon muda Elfira Loy di media sosial yang mendakwa produk peninggi badan ini berkesan buat dirinya hingga mendapat kecaman.
Tidak mahu pengguna terpedaya ramai pengamal perubatan memberi respon terhadap isu ini. Salah seorangnya adalah Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Menurut beliau produk peninggi tubuh yang banyak dijual di pasaran adalah paling memusykilkan. Beliau memberikan tiga fakta yang seharusnya difikirkan oleh pengguna akan kelogikannya sebelum mengambil produk ini.
PUTIH, KURUS, & TINGGI : Itulah definisi cantik pada mata masyarakat kita.
Oleh itu, permintaan untuk produk pemutih, kurus atau peninggi, amat rencam. Antara produk ketiga-tiga produk ini, peninggi adalah yang paling banyak memusykilkan.
1. Ada produk menjanjikan tambahan ketinggian tidak terikat pada umur pengguna. Hakikatnya, selepas umur 19-21 tahun, secara fisiologinya, ketinggian tubuh sudah tidak bertambah kerana tulang sudah matang dan tidak akan memanjang.
2. Ada produk menggambarkan kadar peninggian sebanyak 1 cm seminggu, dan penambahan maksimum sebanyak 5-15 cm. Ketika kanak-kanak pesat membesar, kadar peninggian pun hanya lebih kurang 1-1.5 cm sebulan.
3. Ada produk yang dakwa negara-negara Asia lain melihat penambahan ketinggian rakyatnya secara umum kerana meraka mengambil produk peninggi. Ini tak benar sama sekali.
Jika anda dah lebih 21 tahun, tak perlulah kiranya ambil apa-apa produk untuk tambah ketinggian. Tak membantu.
Cantik itu adalah bila tubuh kita sihat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Unit Rehabilitasi Medtweetmy
Mudah dan ringkas penjelasan doktor ini. Harapnya pengguna faham, tak perlulah nak membazir duit beli produk begini. Rugi duit ok lagi tapi kalau kesihatan terjejas dek pengambilan ubat yang tak diketahui statusnya ini lagilah menyesal tak berguna.
Ketika ramai yang terikut-ikut trend menari di sisi kereta yang bergerak Keke Challange, anak pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, Danish Hakim lain pula ceritanya.
Dia menyahut ajakan Pencetus Ummah Amin untuk berbuat sesuatu yang lebih bermanfaat iaitu Syahadah Challenge. Hal ini jauh lebih baik daripada Keke Challenge yang telah menyebabkan banyak risiko seperti kemalangan itu.
#SyahadahChallenge by Ustaz @pencetusummah_amin . Challenge accepted InsyaALLAH.Bismillah ☝️? أَشْهَدُأَنْ لاَّ إَلَهَ إلاَّالله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًارَّسُولُ الله “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain ALLAH, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu pesuruh ALLAH” . #syahadahchallenge#puaminchallenge#puamin#imstillabeginner#mogabermanfaatbuatkitasemua#niatnakdakwah#boyspower@haqqi.com.my . P/S:Part yg TAKDE SUARA tu sebenarnya Abg cakap : OK selalu kita ucap syahadah ni waktu tahiyat awal,tahiyat akhir .jarang sangatlah kita bersyahadah saja2. Jadi utk kita nak tasydid nak memperbaharui akidah dan juga nilai keimanan kita yg Nabi sebut : bla bla bla…- – – *BARU ADA SUARA BALİK Sorry lah video mungkin ade problem sikit,mcm2 je ujian bila nak berdakwah ni ? Kalau nak Abg delete balik & buat video yg baru,boleh ja??
Walaupun ada kesilapan teknikal dan Danish yang membahasakan dirinya abang itu sanggup delete dan buat video baru jika perlu, telah ramai yang memberikan komen positif atas usaha anak muda ini.