Sejak hampir seminggu lalu, pelakon Abby Abadi dan menemani anaknya Mohd Danish Hakim di Turki yang ditawarkan menyambung pengajian di sana.
Dan semalam tibalah masa untuk Abby melepaskan anaknya pergi. Danish, 15, adalah antara 10 pelajar yang terpilih melanjutkan pengajian di Mekke Kuran Kursi, Isparta.
Berkongsi perasaannya di intagram, ujar Abby dia tak pernah putus doa untuk anak-anaknya.
Dia turut berkongsi video saat-saat perpisahan dengan Danish, anak hasil perkahwinan dengan bekas suaminya Norman Hakim. Memang sebak kalau tengok.
Turut menyertakan kisah Imam Syafie, Abby meluahkan perasaan untuk anaknya Danish yang tidak dapat terucap dari mulutnya.
Kalau Abang baca insta Mama ni nanti, Mama nak Abang tahu, Mama tak pernah putus doa utk Abang, utk anak2 Mama. Doakan Mama panjang umur utk terus jaga anak3 bertuah Mama ni supaya selamat di akhirat nanti ye Abang.
Bagi yg masih ada ibu! Alhamdulilah; kasihlah dan jaga mereka seperti mereka menjaga dan kasih kepada kita semasa kita kecil dahulu. AlFatihah utk yg telah pergi?
PS: Jumpa lagi Abang. Jangan putus doa utk Mama Abah, Papa Mummy, Adik2, Opah Atuk, Mak long dan semua keluarga Abang ye Abang. Panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi ??
Sebelum itu Abby juga turut meluahkan kerisauannya sebagai seorang ibu yang pertama kali berjauhan dengan Danish.
Netizen juga sebak selepas menonton video perpisahan yang dimuat naik Abby.
Sumber: abby_abadi112