Ramai kalangan kita yang tak sanggup tolak permintaan rakan yang datang untuk meminjam wang bila dalam kesempitan. Kita sanggup keluarkan duit simpanan untuk membantu.
Namun malangnya niat yang baik ini tak dibalas sepatutnya bila hutang yang diberi tak pula dibayar.
Ada yang sampai jadi macam pengemis meminta dipulangkan duit sendiri. Kalau dah makan masa sampai bertahun tapi tak juga dibayar rasanya sudah sampai masa ambil tindakan.
Ramai tak tahu rupanya kita boleh bawa kes begini ke mahkamah sivil untuk menuntut supaya rakan membayar hutang dalam tempoh 30 hari. Menariknya khidmat ini tak perlu guna peguam pun. Perkara ini dikongsi oleh Doc Ensem berdasarkan pengalaman sahabatnya.
Alhamdulillah, selesai sesi penghakiman di mahkamah sivil Shah Alam. Buat tuntutan hutang daripada kawan yang liat nak membayar dah lebih setahun. Akhirnya terpaksa guna kuasa undang-undang utk paksa dia bayar dlm masa 30 hari dari hari ni.
So, kepada kawan-kawan lain yg ada org berhutang dengan anda tapi liat bayar, anda boleh guna cara ini. Tak perlu lawyer pun.
Just pergi ke Mahkamah Sivil cakap nak buka fail tuntutan kecil, bayar RM20 dan beritahu tuntutan anda kepada siapa, dan fakta pinjaman yg diberi (mesti RM5 ribu ke bawah sahaja ya!)
Mahkamah akan bagi surat panggilan untuk pendengaran depan hakim. Kalau defenden mengaku salah meminjam tapi tak bayar, mahkamah akan bagi arahan utk bayaran segera dalam masa 30 hari.
Kalau masih tak bayar dalam tempoh itu, plaintif boleh buat tindakan mahkamah semula dan kali ni hukuman lebih berat iaitu defenden kena bayar on the spot atau harta disita atau waran tangkap dikeluarkan utk ditahan.
Ini pengalaman saya hari ni. First time masuk kamar penghakiman. Apa pun syukur semua sudah selesai. Just tunggu duit dipulangkan sahaja. Amiinnnnn.
Kredit : Doc Ensem