Pokok buah lebat daun tapi buahnya tak pernah ada walaupun pokok dah besar. Apa nak buat dengan pokok yang dah matang macam ni namun tiada hasil?

Antara usaha yang boleh kita lakukan adalah buat kaedah pruning. Perkongsian daripada Asri Atan ini boleh dijadikan panduan.

Ada pokok buah di kebun/dusun/tepi rumah, tapi daun saja lebat, buah tiada? Cuba buat pruning;

1. Buang semua daun/tunas air pada tengah dahan. Tinggalkan daun pada bahagian hujung sahaja. Sila rujuk gambar.

Pokok Buah Lebat Daun Tapi Tak Berbuah Kena Buat Teknik Pruning. Ini Caranya

2. Kemudian letak baja buah. Saya pakai baja Novatec 15-3-20. Saya dah buat pada 2 pokok manggis di kebun dan alhamdulillah dah berbunga dengan lebatnya.

Ads

Sebenarnya kedua-dua pokok manggis ini dah dua tahun tiada buah walaupun sebelum ini elok saja berbuah. Selepas melakukan pemangkasan barulah nampak hasilnya semula.

Pokok Buah Lebat Daun Tapi Tak Berbuah Kena Buat Teknik Pruning. Ini Caranya

Info pruning atau pemangkasan

Pemangkasan pada dasarnya adalah membuang mana-mana bahagian pada pokok yang tidak diperlukan seperti tunas air, ranting yang melempai ke tanah, berpenyakit atau rosak dan dahan yang meninggi.

Ads

Teknik pemangkasan yang betul boleh membawa pulangan hasil lumayan kepada tanaman yang anda usahakan.

Cara pemangkasan

Terdapat 3 sistem pemangkasan iaitu sistem batang utama, sistem terbuka tengah dan sistem terbuka tengah diubahsuai.

Ads

Pokok Buah Lebat Daun Tapi Tak Berbuah Kena Buat Teknik Pruning. Ini Caranya

Sistem Terbuka Tengah – Dahannya yang meninggi di tengah pokok dipangkas, kemudiam dibiarkan 3-4 dahan sebagai dahan pembuahan. Biasanya digunakan pada pokok rambutan, longan, pulasan, jambu dan nangka.

Sistem Batang Utama – Sistem ini hanya memerlukan hanya satu batang utama dibiarkan tumbuh menegak dan dahan sisinya akan tumbuh secara mendatar. Sistem ini biasa digunakan untuk pokok durian, manggis, dokong dan cempedak.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Asri Atan & UPM

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI