Selain masalah bekalan air terputus, masalah air paip kotor atau ‘berkarat’ juga antara yang selalu kita dihadapi.
Nak minum, masak pun kita ragu-ragu malah nak basuh kain juga jadi masalah. Habis kain bercapuk kotor bila air paip berkarat ini digunakan. Lagi sakit hati pakaian pulak warna putih.
Bagi yang menghadapi masalah ini ketika mencuci pakaian menggunakan mesin basuh mungkin boleh praktikkan survival skill yang dikongsi oleh ahli kimia, Dr Fatimah Salim.
Survival skill bila basuh baju air ‘berkarat’
Ini lagi satu survival skill yang saya pernah kongsikan dulu. Dan nampaknya saya masih lagi perlu amalkan di rumah baru.
Ads
Rumah saya ini sudah pasang penapis air di luar, namun masalahnya air paip tetap juga berkarat. Saya sangka memang dalam saluran paip itu sendiri yang berkarat. Sudah saya panggil kontraktor tengok, namun macam berjangkit-jangkit pula. Nak cabut gantikan saluran paip ini entah bila lah berhasilnya kan.
Jadi untuk mengelakkan baju yang dibasuh terutamanya berwarna putih terkena karat, saya letakkan kain dalam bekas sabun cuci (detergent) pada mesin basuh seperti gambar di atas. Kaedahnya;
1. Air paip akan melalui bekas detergent ini sebelum sampai ke baju cucian. Mana-mana bahan terampai (punca air menjadi kabut yang boleh meninggalkan kesan pada baju) akan ditapis oleh kain ini.
Ads
2. Gunakan jenis kain yang mudah menyerap air, lipat beberapa lapisan untuk mengoptimumkan kadar tapisan. Tidak perlu beli kain baru, guna kain yang sudah tidak digunakan lagi saja.
3. Basuh dan gantikan kain ini bergantung kepada tahap kekotoran air. Macam kes saya, seminggu sekali saya akan cuci.
4. Lagi satu cara boleh gunakan penapis air paip yang banyak dijual.
Ramai yang suka makan keju, sampai ada yang cuba buat sendiri. Malah ada yang beri cara buat keju ini dengan guna kembali susu yang telah basi.
Jangan ya. Bahaya, sebab susu basi ini ada toksin yang takkan hilang walaupun pada suhu panas.
Kalau teringin sangat nak makan keju tapi bekalan habis boleh buat sendiri ikut cara ini ya:
Bahan-bahan:
Susu segar Sedikit cuka putih/cuka epal atau jus lemon Garam (jika suka) Kain kasa/kain baju T/kain yang jarang
Cara membuat keju:
1. Panaskan susu hingga mendidih.
2. Bila mendidih, kecilkan api kemudian tambah cuka ke dalam susu. Boleh tambah sikit-sikit sampai susu terpisah jadi pepejal.
3. Kacau sehingga susu jadi pepejal (curds) dan cecair kuning kehijauan.
4. Tapis susu yang sudah pejal dengan kain kasa atau penapis.
5. Masukkan sedikit garam sebagai perisa ke dalam pepejal keju, jika suka.
6. Balut keju dalam kain kasa dan keringkan.
7. Biarkan selama satu atau dua jam sebelum disimpan dalam peti. Boleh makan bersala roti, biskut atau dimasukkan dalam masakan penambah rasa lemak. SIAP!
Kenapa tak boleh guna susu basi?
Keju ni termasuklah dalam kategori hasilan tenusu yang difermentasi seperti yogurt dan susu masam. Rasa masam pada produk hasilan tenusu ni datang dari asid laktik yang dihasilkan oleh bakteria asid laktik seperti Lactobacillus lactis.
Asid laktik yang terhasil daripada aktiviti bakteria ke atas protein juga menyebabkan terhasilnya ketulan-ketulan pepejal yang kita panggil curd atau dadih. Biasanya pengusaha menggunakan starter culture yang khusus untuk menghasilkan hasilan tenusu yang terfermentasi.
Perlu diketahui SUSU BASI yang berketul ketul itu BUKAN DADIH. Kalau nak tahu, bukan bakteria asid laktik saja yang boleh menghasilkan kesan macam tu pada susu.
Susu terpasteur yang rosak adalah disebabkan oleh bakteria perosak (spoilage) seperti Pseudomonas dan Bacillus cereus. Bacillus cereus ni bukan sahaja boleh merosakkan susu tetapi boleh menghasilkan TOXIN berbahaya yang TAHAN SUHU PANAS.
Jadi kalaupun susu basi tu dipanaskan sehingga suhu mendidih, toksin tersebut TIDAK AKAN MUSNAH. Jadi janganlah membahayakan kesihatan diri dan ahli keluarga guna semula susu basi untuk buat keju.
Ada keluarga yang suka dengan lauk kari atau gulai ikan. Dalam seminggu mungkin dua atau tiga kali dihidangkan lauk ini di atas meja.
Sebagai cadangan bagi memudahkan kerja memasak hidangan ini, boleh buat sendiri pes gulai yang dikongsi oleh Zaini Tali ini. Bila nak masak cuma masukkan pes, tuang santan dan masuk asam jawa. Kemudian masak seperti biasa. Tak perlu kisar dan tumbuk apa-apa bahan dah. Senangkan.
Cara buat pes gulai ikan homemade
Bahan-bahan
6 biji bawang merah kecil
6 ulas bawang putih 6 ulas
2 inci halia
2 inci kunyit atau serbuk kunyit
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil lada hitam
4 sudu besar cili kering kisar
Cara membuat
1. Kisar halus semua bahan di atas sedikit air (boleh juga kisar tanpa air atau menggunakan sedikit minyak).
2. Tambah sudu besar cili kering supaya lebih pedas. Gaul sebati.
3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar tadi sehingga pecah minyak dan garing. Gunakan api kecil.
4. Bila pecah minyak, tutup api dan siaplah pes gulai ikan homemade.
5. Untuk masak gulai, cuma masukkan pes ini bersama santan dan air asam jawa. Kemudian masak macam biasa. Jika mahu tumis pes terlebih dahulu pun boleh. Caranya panaskan sedikit minyak, letak pes dan tumis dengan halba dan daun kari kemudian tuang santan dan masak seperti biasa.
INFO: Pes ini boleh digunakan untuk 2-3 masak. Jika mahu kuantiti pes yang banyak cuma gandakan bahan-bahan. Lebihan pes boleh simpan dalam peti sejuk.
Boleh jadi kena benda tajam, pintu kayu di rumah pecah atau berlubang. Nak beli baru, bahagian yang pecah dan berlubang mungkin kecil. Tak berbaloi pula. Ataupun mungkin kita beli kediaman lama, yang pintunya begini keadaannya.
Jika tak nak beli baru pun tak mengapa, pintu kayu yang pecah atau berlubang ini boleh kita baiki dengan cara menampalnya. Caranya dikongsi oleh Ashura AT.
DIY baiki pintu kayu berlubang
Rumah baru kami ada 4 pintu utama dan semua pintu ada pecah-pecah. Nak tukar termasuk upah memang lari bajet, so kita DIY repair sendiri & nanti undercoat, kasi cat sekali jalan, insha-Allah.
2. Tembak PU Foam. Lepas sejam potong lebihan, kasi rata. Klik SINI untuk beli PU Foam di Shoppe
3. Lekat joint tape.
4. Apply wood filler.
5. Lepas kering, kemaskan dengan kertas pasir.
6. Dah boleh cat, settle.
Total repair 4 pintu Alhamdulillah tak sampai RM50 (tak termasuk cat la). Kalau tukar 4 pintu, mungkin lebih RM480 terbang termasuk upah install. Itu belum cat lagi, pintu plywood kosong warna kayu.
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...