Isi Kandungan
Toggle
Bila pendingin hawa atau aircon di rumah kurang sejuk, kita biasa akan panggil orang untuk servis bersihkan filter yang selalu jadi punca.
Walhal untuk buat proses tu senang saja. Macam yang ditunjukkan oleh Ahmad Syahril Mohd.
DIY bersihkan filter aircond
Cap ayam je DIY ni, sekadar nak bantu kawan-kawan yang belum tahu.
Bila aircond dah rasa kurang sejuk, maknanya filter tu penuh habuk. Kita belajar bersihkan sendiri. Jom diy!
1. Tarik bahagian ini, kiri dan kanan aircond
2. Keluarkan filter depan, tarik je perlahan-lahan.
3. Sapu guna berus
4. Bersihkan habuk
5. Pasang balik, tolak masuk je.
6. Tolak filter sampai masuk ke senggatan ni
7. Tutup kembali, dah siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Ahmad Syahril Mohd
Setahun Tanam Dah Berbuah, Ini Tip Penjagaan Kena Buat Supaya Pokok Jambu Madu Cepat Berbuah
Anak pokok jambu madu ini antara benih yang selalu kita beli untuk tanam di rumah. Selain sedap dan manis, pokok buah ini juga mudah hidup di persekitaran kediaman.
Tapi ada juga yang dah beli anak pokok dan tanam tapi tak juga berbuah walaupun dah bertahun tahun.
Bagi memastikan pokok jambu batu ini rajin keluarkan hasil kenalah buat penjagaan. Bagi pokok ini penjagaanya mudah saja, selain baja kena rajin cantas ranting dan juga buang daun.
Inilah yang dipraktikkan oleh Momoi Santos, bagi memastikan pokok jambu madu yang baru berusia setahun berbuah lebat.
Tip yang dikongsi;
-Bila kali pertama berbuah, cantas dan buang 50% daun-daun pada ranting supaya zat-zat lari ke buah.
-Kena rajin cantas ranting yang lesu dan buang daun-daun yang tak perlu pokok akan rajin keluarkan hasil. Setiap ranting boleh tinggalkan daun 3 helai di hujung ranting.
-Supaya pokok jambu madu subur guna baja organik saja seperti habuk rumput bakar, habuk kayu bakar, sekam padi bakar atau tinja kambing.
-Supaya buah yang dihasilkan tak buruk, apabila putih, janggutnya dah habis gugur terus balut buah jambu menggunakan plastik untuk mengelakkan serangan lalat buat. Cuma gunting sedikit bucu plastik supaya udara dapat masuk.
Semoga bermanfaat
Sumber: Momoi Santos
DIY Tukar Sarung Sofa Yang Dah Uzur, Modal Tak Sampai RM100. Jimat Dari Beli Sofa Baru!
Sofa di rumah dah uzur, sarung pun dah koyak. Memang hajat nak beli baru tapi mengenangkan kos tinggi jadi simpan saja hasrat. Guna saja walau mata tak sedap memandang.
Bagi yang dalam dilema macam ini apa kata beranikan diri tukar sarung sofa sendiri seperti yang dilakukan Ayuz Ismail.
Modalnya beli material PVC di Shopee dan stapler gun, tak sampai RM100 pun. Tapi hasilnya sofa macam beli baru.
DIY tukar sarung sofa yang dah uzur
1. Bahagian paling sukar untuk buka kulit/sarung sofa lama. Kena buka semuanya dulu. Memang kena telek satu persatu. Mulakan dari bahagian alas bawah kemudian buka cover sofa lama. Cari bahagian yang dipaku atau skru kemudian buka barulah tempat duduk boleh cabut.
2. Dah buka tempat duduk dan keluarkan cover sofa lama barulah pasang cover baru. Material PVC beli di Shopee. Klik SINI untuk link.
3. Untuk pasang cover guna stapler gun yang besar. Mata pilih yang besar dan panjang supaya kuat cengkam. Kena stapler dan tarik cover supaya nampak kemas.
Bahagian hujung ini mencabar kena lipat, tarik dengan kemas.
Selesai pasang cover baru, cantumkan semula bahagian tempat duduk. Kena paku dan skru semula di tempat asalnya. Bahagian ini suami buat.
Walaupun mencabar kata Ayuz tapi hasilnya puas hati kerana dapat jimat dari beli baru atau hantar ke kedai untuk tukar cover.
Sebelum mencuba, sebaiknya rujuk juga di YouTube untuk tahu ilmu asas.
Sumber: Ayuz Ismail
3 Tanda Alat Pemanas Air Rosak, Jangan Guna Untuk Elak Renjatan Elektrik
Isi Kandungan
Toggle
Pemanas air atau water heater antara yang selalu digunakan di rumah. Tapi bila membaca kemalangan yang berlaku terhadap seorang gitaris dan kakaknya hingga meragut nyawa akibat renjatan elektrik dari pemanas air terasa takut pula untuk menggunakannya.
Sebaiknya kejadian yang berlaku dijadikan iktibar agar kita lebih berhati-hati menggunakan pemanas air ini. kejadian malang sebegini boleh berlaku jika kita mengabaikan tanda-tanda kerosakan pemanas air. Sebagai langkah berjaga-jaga berikut antara tanda-tanda pemanas air di rumah kita rosak
1. Water heater yang kita guna keluarkan bunyi
Enjin yang berbunyi biasanya menunjukkan bahawa unit pemanasan telah digunakan terlalu lama hingga menyebabkan enapan terkumpul di dalam tangki. Enapan yang terkumpul dari masa ke masa akan mengeras dan merosakkan penapis air sehingga mesin berbunyi. Justeru, kita perlu menukar kepada alat pemanas baharu.
2. Air keluar di permukaan alat pemanas
Kebocoran pada tangki pemanas air berpunca dari mesin yang telah digunakan selama bertahun-tahun atau digunakan terlalu lama dalam sehari. Logam dalam tangki akan mengembang dan menyebabkan keretakan pada mesin. Sekiranya ia retak, gantikan dengan mesin baharu tanpa perlu mengganti paip.
3. Air keruh
Sekiranya air yang keluar dari pancuran kelihatan keruh, matikan mesin pemanas dengan cepat dan elakkan menggunakannya dalam masa terdekat. Uji juga bau air, jika berbau hamis ada kemungkinan berpunca dari paip utama mesin pemanas. Segera hubungi pembaik pulih untuk membaikinya.
Langkah pencegahan
1. Pastikan ada label SIRIM
Sebelum membeli barangan elektrik pastikan barang mempunyai label SIRIM. Label ini bermaksud barangan tersebut diiktiraf oleh SIRIM, menepati piawaian dan memenuhi standard khusus.
2. Pilih kontraktor elektrik yang berdaftar
Setelah memilih alat pemanas air elektrik yang diiktiraf, langkah seterusnya pilih kontraktor elektrik yang berdaftar untuk melakukan kerja-kerja pemasangan. Elakkan dari menggunakan khidmat kontraktor elektrik yang tidak berdaftar serta mencuba untuk memasang alat pemanas air elektrik anda sendiri.
Adalah penting kerja-kerja melibatkan pendawaian elektrik dilaksanakan oleh mereka yang pakar dan bertauliah sahaja. Langkah ini bertujuan untuk mencegah kemungkinan alat pemanas air dipasang secara salah.
3. Gantikan alat pemanas air elektrik yang dah lama digunakan
Jika alat pemanas air elektrik di rumah kita model keluaran 10 tahun yang lalu atau lebih, sebaiknya beli pemanas air baru. Ini kerana alat pemanas air elektrik jenis model lama tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini.
4. Selenggara secara berkala
Ramai tidak mengetahui bahawa alat pemanas air elektrik juga perlu diselenggara dari masa ke semasa. Gunakan khidmat kontraktor elektrik yang berdaftar bagi tujuan menyelenggara alat pemanas air.
5. Uji dahulu pemanas air sebelum mandi
Buka air dahulu selepas itu tekan butang ‘elb test’ untuk melihat jika trip atau off bermaknya ia selamat. Jika ada litar pintas, ia akan mati secara automatik.
Jika berlaku tanda-tanda awal renjatan elektrik, cepat-cepat tekan butang ‘elb test’ yang juga berfungsi sebagai butang kecemasan.
Amat penting untuk kita memastikan produk yang dibeli menepati ciri-ciri keselamatan yang telah digariskan sebelum membuat sebarang pembelian.
Sumber: Productnation