Bijirin barli memang sejak dahulu sudah diketahui khasiatnya. Kaya dengan serat, barli ini boleh membantu mengawal gula dalam darah, menurunkan paras kolesterol selain membantu menurunkan tekanan darah. Bagi yang hamil pula barli sangat berkesan untuk merawat masalah kencing kotor yang selalu dialami bakal ibu.
Stok barli ini elok kalau kita sediakan saja dalam peti sejuk supaya boleh diminum pada bila-bila masa saja. Namun begitu untuk dapat khasiat barli yang sepenuhnya kenalah rebus dan ambil cara yang betul supaya dapat khasiatnya.
Dikongsi oleh Mastura Rashid ini cara masak barli dan pengambilan yang boleh dipraktikkan.
Waktu mengandung dulu, setiap kali kena kencing kotor, saya mesti akan minum air barli. Alhamdulillah berkesan sangat untuk lancarkan semula kencing. Hilang terus rasa pedih dan tak puas kencing.
Minuman barli ni juga jadi pengalas perut waktu morning sickness teruk hingga tak lalu makan dan minum. Kalau demam pula, saya akan minum air barli yang diperah sedikit lemon. Kejap dah kebah. Badan pun sedikit bertenaga. Boleh bagi pada anak-anak kecik juga.
1. Rendam barli semalaman atau paling tidak pun, 2 jam supaya lembut.
2. Masak barli dengan air yang banyak macam masak bubur kosong. Boleh tambah daun pandan.
3. Masak barli hingga pecah. Api perlahan je tau. Selagi tak pecah, selagi tu dia masih kenyal dan tak sedap sangat dimakan.
4. Dah siap, tutup api. Boleh buat air macam saya buat dalam gambar. Tambah sedikit saja gula. Biji tu saya suka ratah.
5. Jika diminum untuk kesihatan, elakkan minum sedap. Maksudnya manis dengan gula.
Sejak kecil lagi, mak akan masak barli sekurang-kurangnya seminggu sekali. Biasanya memang dibuat minuman. Biji barli dimakan seperti bubur. Saya boleh ratah barli ni bercawan-cawan sampai tersandar kekenyangan.
Kakak ipar yang berbangsa Korea pula suka tanak nasi dengan mencampurkan sedikit biji barli. Nasi yang ditanak begini ada sifat anti-kanser. Caranya jika masak 3 pot beras, nisbahnya 2:1 iaitu 2 pot beras, 1 pot barli.
Rendam dulu barli ya bagi lembut dan adjust kuantiti barli ikut kesukaan. Tak perlu ikut nisbah betul-betul.
Untuk wanita yang ada masalah keputihan berketul-ketul, amalkan minum air barli setiap hari okeh. Insya-Allah ini salah satu natural remedy terbaik selain dari makan yogurt dan citrus fruits.
Semoga bermanfaat
Sumber: Mastura Rashid