Memandangkan harga durian mahal, ramai yang membeli anak pokok durian untuk ditanam di kebun atau sekitar rumah. Harapannya supaya satu hari nanti dapat makan dengan puas.
Tapi tanam saja tanpa penjagaan mungkin menyebabkan kita lambat atau langsung tak merasa hasilnya. Anak pokok durian ini memerlukan penjagaan khusus supaya ia membesar dengan sihat dan subur, sekaligus mendorong mempercepatkan penghasilan buah.
Pekebun Asri Atan di Sepang Farmville berkongsi cara penjagaan anak pokok durian ini.
Ada ramai juga yang bertanya berkenaan penjagaan anak pokok durian dan apa yang perlu dilakukan supaya pokok sentiasa sihat.
1. Pertama kita kena faham semua jenis pokok perlukan 3 elemen utama, iaitu ABC. Air, Baja dan Cahaya. Pastikan ketiga-tiga ini diberikan kepada anak pokok durian.
Ads
2. Pastikan tanah yang kita nak tanam pokok durian ialah dari jenis tanah yg sesuai. Paling kurang, tanah jenis poros atau tidak bertakung air.
3. pH tanah kena sentiasa antara 5.5 – 7. Kalau kurang, rawat dengan menggunakan dolomite atau zeolite atau kapur pertanian.
Ads
4. Pokok mestilah mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Terutamanya cahaya matahari pada waktu pagi.
5. Sukatan pembajaan perlu bersesuaian dengan umur/saiz pokok. Kita boleh mulakan dengan dos yang kecil dulu dan lihat reaksi pokok. Jika sekiranya ok, boleh tambah lagi.
6. Imbangi antara keperluan baja kimia dan baja organik. Tidak lupa juga foliar/semburan baja pada pokok.
Ads
7. Keperluan air untuk pokok mestilah dijaga. Terutama pada musim kemarau.
Moga sedikit perkongsian ini dapat membantu tuan-tuan untuk menjaga pokok durian dengan baik.
Ada banyak baja organik yang boleh kita hasilkan sendiri jika bercucuk tanam. Salah satunya adalah baja organik Photo Synthetic Bacteria (PSB). Baja ini punya banyak manfaat untuk tanaman dan juga tanah.
Photo Synthetic Bacteria (PSB) adalah proses membuat bakteria baik untuk kesuburan pokok. Bakteria baik ini dibiakkan dengan menggunakan telur. Ia sudah lama digunakan oleh petani Thai. Cara membuat dan bahannnya juga mudah.
Antara faedah PSB ialah untuk kesuburan tanah dan pokok, penggalak bunga terutamanya untuk lemon, tomato, limau, pelam, manggis dan sebagainya. Boleh juga digunakan untuk merawat air dalam kolam/aquarium.
Bahan-bahan diperlukan:
3 biji telur (hancurkan sekali dengan kulit telur)
2 sudu Ajinomoto
1 sudu belacan
3 sudu sos ikan
5 liter air tanpa klorin
(Boleh tadah air paip dan simpan semalaman sebelum guna/air mineral/air telaga/air sungai)
Untuk sukatan boleh letak lebih, tiada masalah. Kita nak buat baja organik, bukan nak buat adunan kek.
Cara membuat:
1.Masukkan semua bahan tersebut ke dalam botol air 5 liter dan goncang.
2.Jemur tengah panas. Jemur selama sebulan atau sehingga telah bertukar warna menjadi “crimson red”.
3.Buka sedikit penutup supaya ada pengudaraan ketika proses penghasilan bakteria.
4.Nak cepat sikit, tambah pati PSB (jika ada). Proses akan jadi lebih cepat, dalam 2 minggu dah boleh guna.
Cara penggunaan
Ambil 5ml pati PSB dengan 1 liter air tanpa klorin. Kemudian spray pada medium dan bawah daun seminggu sekali.
Kalau dalam rumah ramai peminat dodol, elok juga kalau belajar buat sendiri.
Jika nak makan sekeluarga saja boleh ikut sukatan dan resipi yang dikongsi oleh Suzana Nurin Ilham untuk dapat hasil dodol lebih 2KG yang terlajak sedap.
Cara dan bahan pun senang, cuma perlu kacau je. Boleh kacau dalam periuk non stick atau lebih mudah guna periuk Noxxa.
Dodol homemade yang terlajak sedap!
Bila anak puji dodol mana buat sedap, hilang rasa penat kacau dodol. Di sini saya kongsi resipi terlajak sedap.
Bahan-bahan:
1 kilo gula merah + 5 cawan air } satukan, masak, tapis dan biar sejuk
1 kilo santan
500 gm tepung pulut
4 sudu besar tepung beras
Secubit garam
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan tapis dalam periuk non stick.
2. Kacau selama 1 1/2 jam. Jika guna periuk Noxxa, steam 10 minit dan tekan stirfry kacau sampai masak.
3. Resipi ini boleh dapat 2 kilo lebih dodol. Hasilnya…
Blender atau mesin pengisar bila dah lama digunakan mata pisaunya mungkin akan jadi tumpul.
Kalau dah lama kisar tapi bawang tak juga hancur malah ada yang berketul walau sudah ditambah air maknanya mata pisau pengisar sudah tak lagi tajam.
Jangan terus fikir untuk ganti pengisar baru sebab ada saja cara untuk tajamkan kembali mata pisau yang sudah tumpul ini.
Selain daripada guna garam kasar rupanya ada banyak lagi cara yang boleh kita buat.
Guna garam kasar
Cara ni paling senang, ambil garam kasar lebih kurang segenggam kemudian masuk dalam blender.
Kisar kering garam tadi, ulang beberapa kali. Cuba kisar bawang atau cili selepas itu anda akan dapati blender akan jadi lebih tajam.
Ketul ais
Lagi satu cara, boleh guna air batu atau ais ketul. Elok guna air batu yang kita buat sendiri sebab lagi keras.
Hancurkan sikit sebelum masukkan ke dalam blender. Kemudian kisarkan macam kita nak buat ice blended tu. Kisarkan lebih kurang 10 minit dan mata blender akan menjadi lebih tajam.
Beras
Akhir sekali boleh juga gunakan beras untuk tajamkan mata pisau pengisar. Tak
Tak kisahlah beras jenis apa, ambil segenggam atau secawan dan kisar kasar selama beberapa minit.
Lepas tu, tengoklah hasilnya. Tentu lebih tajam macam baru beli!
Kereta baru, pakai kereta baru setahun dua tapi dah masuk bengkel sebab rosak. Semuanya boleh jadi jika kita jadikan selalu buat 5 perkara di bawah. Info ini dikongsi dalam satu video pengusaha bengkel kereta @altimatsaujana. Bagi yang pakai kereta baru take note ok!