Memandangkan harga durian mahal, ramai yang membeli anak pokok durian untuk ditanam di kebun atau sekitar rumah. Harapannya supaya satu hari nanti dapat makan dengan puas.
Tapi tanam saja tanpa penjagaan mungkin menyebabkan kita lambat atau langsung tak merasa hasilnya. Anak pokok durian ini memerlukan penjagaan khusus supaya ia membesar dengan sihat dan subur, sekaligus mendorong mempercepatkan penghasilan buah.
Pekebun Asri Atan di Sepang Farmville berkongsi cara penjagaan anak pokok durian ini.
Ada ramai juga yang bertanya berkenaan penjagaan anak pokok durian dan apa yang perlu dilakukan supaya pokok sentiasa sihat.
1. Pertama kita kena faham semua jenis pokok perlukan 3 elemen utama, iaitu ABC. Air, Baja dan Cahaya. Pastikan ketiga-tiga ini diberikan kepada anak pokok durian.
2. Pastikan tanah yang kita nak tanam pokok durian ialah dari jenis tanah yg sesuai. Paling kurang, tanah jenis poros atau tidak bertakung air.
3. pH tanah kena sentiasa antara 5.5 – 7. Kalau kurang, rawat dengan menggunakan dolomite atau zeolite atau kapur pertanian.
4. Pokok mestilah mendapat cahaya matahari yang mencukupi. Terutamanya cahaya matahari pada waktu pagi.
5. Sukatan pembajaan perlu bersesuaian dengan umur/saiz pokok. Kita boleh mulakan dengan dos yang kecil dulu dan lihat reaksi pokok. Jika sekiranya ok, boleh tambah lagi.
6. Imbangi antara keperluan baja kimia dan baja organik. Tidak lupa juga foliar/semburan baja pada pokok.
7. Keperluan air untuk pokok mestilah dijaga. Terutama pada musim kemarau.
Moga sedikit perkongsian ini dapat membantu tuan-tuan untuk menjaga pokok durian dengan baik.
Semoga bermanfaat
Sumber: Asri Atan