Kalau Beli Daun Sup Cari Yang Berakar, Boleh Terus Tanam & Pokok Lebih Cepat Besar
April 30, 2021
Share
Selain pokok kunyit dan daun bawang, pokok daun sup juga antara tanaman sayuran yang sangat senang untuk ditanam.
Tidak perlukan biji benih, sebaliknya hanya gunakan keratan batang berakar dengan sedikit daun daunnya beserta penggunaan baja AB lebihan hidroponik.
Cara semaian yang cukup mudah ini akan mula menampakkan hasilnya nanti. Ayuh ikuti perkongsian dari Encik Abdul Sapawi Abdullah
ini dan mula menanam daun sup di rumah.
Cara Mudah Tanam Daun Sup
Langkah 1 Pertama pastikan pokok daun sup yang dibeli daunnya segar dan berakar. Potong sedikit akar yang tua dan tinggalkan hanya 1 tunas besar sahaja bersama tunas kecil dan beberapa helai daun.
Langkah 2 Semai dalam cocopeat (sabut kelapa), pastikan basahkan (1000 ppm baja AB) dulu sabut kelapa sebelum semai dan semai tanam jangan sampai terkena batang pokok. Ini adalah kerana batang daun sup sensitif air akan membusuk bila terendam air.
Langkah 3 Letak ditempat redup dan terkena cahaya pagi hanya dari pukul 8.00 pagi hingga 11.00 sahaja. Pokok daun sup tidak memerlukan cahaya terlalu banyak kerana ianya boleh menyebabkan media tanaman kering dan seterusnya pokok akan mati.