Bagi yang baru memulakan kehidupan berumah tangga dan tinggal menyewa, kadang kala kita berkira-kira juga untuk keluarkan bajet membeli perabot termasuklah almari.
Pertama, kemungkinan besar akan berpindah rumah sendiri dan kedua faktor bajet. Tapi masalahnya almari ini kena ada untuk pastikan pakaian kita kemas.
Bagi korang yang dalam dilema ini boleh buat rak baju bajet menggunakan bakul dan paip PVC seperti yang dikongsi oleh Ekinzaid. Memang banyak boleh isi, siap ada penyangkut baju lagi.
DIY Rak dari PVC, siap dengan penyangkut baju
Sejak kami sewa rumah kami tiada almari. Ada almari 2 pintu waktu bujang dulu saja, sekarang dah bertiga, mana muat. Jadi baju yang dah lipat susun atas lantai.
Nak beli almari mahal, maklumlah suami sorang saja kerja. Jadi terhasillah idea ini. Modal lebih kurang RM40 saja. Buat dalam 2-3 biji.
Ads
DIY bahagian penyangkut elok untuk baju baby atau kanak-kanak. Sebab baju dewasa berat.
Barang yang digunakan
PVC 96cm paip 11 batang (RM1. 60/sebatang)
2. Elbow paip 10 pcs (RM0. 41/pcs)
Ads
T-Socket paip 6 pcs (RM0. 66/pcs)
Cable tie (1 paket RM2.56/ sepeket)
Fitting D/E socket 2pcs (RM0. 47/1pcs) (Socket fitting ini untuk sambungkan supaya penyangkut tinggi.
Ads
Bakul 6pcs ( RM2.10)
Cara membuat:
Sambung paip PVC menggunakan elbow paip & T socket kemudian susun bakul dan ikat menggunakan cable tie.
Buat baja dari rumput liar, bagi yang bercucuk tanam, tapi dalam masa yang sama mahu jimatkan kos beli baja boleh ikut cara yang dikongsi oleh Syafiq Baharin.
Boleh kutip rumput liar yang sudah kering dari kawasan rumah atau tepi jalan saja. Tak perlu keluarkan apa-apa kos kecuali jika mahu membeli tong. Panduan lengkap boleh ikut langkah demi langkah yang beliau kongsi.
Buat sendiri baja subur dari rumput & daun kering
Cara buat baja cecair ini saya belajar dari kaedah JADAM from Korea. Setakat ini, inilah baja utama yang saya pakai kerap di samping sekali sekala letak baja tinja kambing.
Hasilnya Alhamdulillah sangat subur. Dengan izin Allah SWT. Kosnya hampir RM0. Hanya kos beli tong saja, kalau pakai tong sedia ada, kira zero cost.
Sedia 3 bahan mudah ini saja
Bagi menyediakan baja ini hanya perlukan 3 bahan saja; 1. Air hujan
Kalau tiada guna air paip pun boleh tapi biarkan dalam 3-4 hari dulu sebelum buat baja. 2. Leaf mold
Cari mana-mana pokok besar, bawah pokok ada banyak daun kering gugur, lagi tebal daun kering terkumpul situ, lagi bagus. Cari satu spot, tolak daun-daun kering ke tepi. Akan nampak ada satu lapisan tanah yang warna gelap kehitaman. Ambil dalam dua genggam tanah gelap, itulah namanya Leaf Mold. 3. Rumput liar
Ambil rumput liar yang ada sekitar rumah atau mana-mana (apa jenis rumput liar pun tak mengapa).
Cara membuat
1. Ambil satu tong, jenis tong terpulang janji ada penutup. Tong cat besar pun boleh.
2. Penuhkan 2/3 dari tong dengan rumput liar tadi. Padatkan ke dalam tong.
3. Penuhkan tong dengan air hujan tadi sampai penuh ke atas dan tutup semua rumput liar.
4. Masukkan dua genggam Leaf Mold tadi dalam tong, biar tanah itu tenggelam dalam air.
5. Tutup dan biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu dalam tong.
6. Lepas 2 minggu, boleh mula pakai. Lagi lama peram, baja ini akan lagi ‘kaw’. Nak peram setahun pun takda masalah.
Awal-awal lepas peram, air baja ni memang busuk macam bau lepas banjir, tapi makin lama, bau dia akan makin kurang.
Cara penggunaan
Ratio penggunaan dia adalah 1:100. Maksudnya, setiap 1000 ml air, letak 10 ml air baja ini. Kacau sebati.
– Boleh siram pada apa-apa pokok seminggu sekali.
– Nak spray secara foliar pada daun pun boleh, tapi tapis dulu air baja supaya spray tak tersumbat.
Kalau rasa 1:100 tak cukup padu, boleh pekatkan lagi hingga 1:50 (1000 ml air, 20 ml air baja). Tapi mula dengan 1:100 dulu. Baru tambah kalau perlu.
Apabila baja ini hampir habis dan nak tambah, cuma tambah lagi segenggam leaf mold dalam tong yang sama. Penuhkan semula rumput liar dan air hujan, itu saja.
Kos untuk buat baja ini rasanya pada tong saja, lain-lain semua barang dari sekeliling kita saja. Bayangkan dengan baja sepenuh tong biru besar, pakai pula berapa ML je setiap kali pakai dan pokok memang subur insya-Allah, berapa lama dapat jimat kos baja?
Rumah yang bersih saja macam tak sempurna, kalau boleh kena wangi juga barulah best. Untuk harumkan satu rumah tak perlu beli berbotol-botol pewangi kediaman.
Kita boleh DIY sendiri saja menggunakan bahan pembersih yang memang sedia ada di rumah. Dikongsi oleh pemilik akaun Tik Tok Kozy & Lit, dengan hanya menggunakan 3 bahan berikut, kediaman bukan saja bersih malah satu rumah bau harum.
Ujarnya tip ini diperoleh dari laman Pinterest dan dicuba memandangkan semua bahan ada di rumah. Tak sangka hasilnya memang mantap!
Cara bersih dan wangikan satu rumah
Bahan-bahan:
Pembersih serbaguna Ajak
Pelembut pakaian Downy
Baking soda (klik SINI untuk beli)
Air panas
-Bancuh semua bahan, sukatan agak-agak saja. Boleh guna untuk lap lantai, dinding, cermin, dapur dan meja. Hasilnya memang best!
Pada masa kini, perjalanan kita terutama ke lokasi yang tak pernah kita tuju banyak bergantung pada aplikasi navigasi. Waze adalah antara yang paling popular.
Bagi yang selalu menggunakan aplikasi navigasi Waze, mungkin akan berasa bosan dengan suara penunjuk arah yang digunakan. Tak pernah bertukar.
Bagi memberi kelainan dan sedikit hiburan ketika dalam perjalanan, apa kata rakam saja suara sendiri sebagai cara penunjuk arah.
Atau boleh juga rakam suara anak atau pasangan sendiri. Barulah tak boring dengar kan!
Caranya juga amat mudah. Anda boleh merakam suara anda mengikut langkah-langkah ini.
1. Pergi ke halaman tetapan Waze, pilih Sound & Voice, kemudian buat pilihan Voice Directions dan Record New Voice.
2. Anda perlu merakam kesemua senarai yang diberikan untuk fungsi itu berjalan dengan lancar. Antara yang perlu dirakam adalah All set. Let’s go, We’re all set. Let’s go! dan banyak lagi.
3. Masa maximum yang diberikan adalah 6 saat untuk setiap rakaman. Setelah selesai semua rakaman anda boleh mencubanya dengan membuat suatu perjalan yang baru. Semoga fungsi ini akan memberikan manfaat kepada semua komuniti Waze.
Ini salah satu contoh waze menggunakan suara sendiri yang dikongsi oleh Nurul Diana. Comelkan bila guna suara sendiri. Ikut suka koranglah nak guna bahasa apa!