Bagi yang bercucuk tanam, antara bahan yang wajib ada di rumah adalah cuka kayu. Sebabnya ia ada banyak kegunaan untuk tanaman tak kiralah jika menanam pokok sayur atau pun pokok buah.

Malah kita sering membaca perkongsian tip penggunaan cuka kayu ini untuk kesuburan dan ketahanan tanaman dari penyakit dan serangga perosak.

Asal usul cuka kayu dan kebaikannya

Kalau Bercucuk Tanam, Kena Amalkan Semburan Cuka Kayu. Elok Sangat Untuk Kesuburan Pokok Buah, Sayur & Tanah

Cuka kayu atau asid piroligneus adalah hasil sampingan berbentuk cecair yang terhasil daripada proses pembuatan arang, iaitu pembakaran kayu.

Boleh dikatakan cuka kayu ibarat hormon baik yang akan diserap dalam daun, batang dan akar seterusnya menjadikan tumbuhan lebih kuat, daun menghijau dan tahan serangan perosak serta penyakit.

Ads

Selain itu ada banyak lagi manfaat cuka kayu pada tanaman;

– Bertindak sebagai racun organik dengan menjadi penangkis serangga perosak, mengawal pertumbuhan kulat berbahaya dan bakteria.

– Membasmi kuman dan meneutralkan keasidan tanah membaiki tahap pH dan menambah kepekatan tanah menjadikan tanah lebih subur.

– Menambah jangkahayat batas tanaman, memanjangkan tempoh kesegaran sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan.

Ads

– Menambah kemanisan buah-buahan

Kalau Bercucuk Tanam, Kena Amalkan Semburan Cuka Kayu. Elok Sangat Untuk Kesuburan Pokok Buah, Sayur & Tanah

Selamat dan boleh simpan lama

Cuka kayu yang juga produk sampingan arang kayu ini juga selamat untuk digunakan dan tidak memberi kesan buruk kepada manusia. Malah tempoh penyimpanan cuka kayu juga boleh mencecah hingga 5 tahun lamanya.

Cara penggunaan cuka kayu

Bagi sayur, pokok buah dan pokok bunga boleh gunakan nisbah 2:1000. Contohnya 2ml cuka kayu dicampur dengan 1L air. Sembur pada daun, batang, pangkal serta tanah sekeliling pokok.

Ads

Semburan hendaklah dibuat seminggu sekali agar dapat memberi kesan yang optimum. Jika tanaman sangat bermasalah boleh tingkatkan kadar semburan hingga 3 kali seminggu.

Apabila tanaman pulih kurangkan kepada 1 kali seminggu.

Perlu diingat cuka kayu ini tidak lengkap untuk kesuburan tanaman, ia mampu memberi hasil yang optimum jika digabungkan dengan penggunaaan baja organik.

Boleh beli cuka kayu di SINI

Sumber: kebunbandar.com

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI