Malang tak berlaku, walaupun kita dah berhati-hati bawa kereta tapi kemalangan boleh saja berlaku akibat kerosakan kenderaan.
Salah satunya boleh jadi kerana kerosakan brek.Lagi serius kalau ketika itu sedang melalu jalan menuruni bukit. Walau dah ditekan habis brek tapi kereta tidak juga perlahan dan menunjukkan tanda berhenti.
Dalam situasi ini pastinya kita akan panik. Kejadian ini boleh berlaku kepada sesiapa saja, sebab itu penting untuk kita mengetahui apa yang perlu dilakukan bila brek tak berfungsi sewaktu memandu. Berikut adalah enam langkah yang perlu dilakukan untuk selamatkan nyawa.
Apa yang paling penting, jangan panik. Biarpun brek kaki tidak berfungsi, kenderaan masih mempunyai handbrake. Turunkan gear satu demi satu dan tarik handbrake perlahan-lahan. Menarik dengan tergesa-gesa akan menyebabkan kenderaan hilang kawalan.
Cuba tekan brek kaki berkali-kali seperti mengepam. Proses ini bertujuan untuk melihat sekiranya masih ada ‘saki-baki’ tekanan dalam sistem hidraulik. Jika terasa seperti mempunyai tekanan, cuba tekan pedal brek sehingga maksimum mungkin, dan kekalkannya sehingga kenderaan anda akhirnya berhenti.
Kekal tenang, dan angkat kaki dari pedal minyak untuk mengelakkan menambahkan kelajuan kenderaan
Tindakan ini boleh menjadi punca kenderaan terbabas secara mengejut. Lebih bahaya, ia juga boleh menyebabkan stereng terkunci sekali gus membuatkan pemandu hilang kawalan secara total
Apabila kelajuan kenderaan semakin perlahan, perlahan-lahan kawal stereng dan cari lokasi sesuai untuk memberhentikan kenderaan. Sebaiknya, di bahu jalan atau kawasan yang tidak menghalang kenderaan lain
Ini adalah pilihan terakhir sekiranya terdesak untuk memperlahankan kenderaan. Kekal tenang dan lihat apa saja halangan yang mungkin boleh menghentikan kenderaan, seperti penghadang, semak samun atau sebagainya
Apabila kereta sudah dapat diberhentikan dengan selamat, keluarlah dari kenderaan, pasang lampu kecemasan dan telefon pihak berkaitan untuk mendapatkan bantuan.
Sumber: Mstar