Waffle antara makanan yang jadi kegemaran anak-anak dan orang dewasa juga. Sebab itu ramai yang membeli waffle maker untuk membuatnya sendiri di rumah.
Cuma untuk memastikan kita dapat hasil waffle yang rangup, sedap kena tahu cara membancuh adunan yang betul. Salah satu yang boleh diikuti adalah yang yang dikongsi oleh Nor Asiah.
Adunan ini menghasilkan waffle yang sedap dan rangup macam yang kita selalu beli. Garing di luar tapi lembut di dalam. Kelebihan buat sendiri waffle isinya boleh letak apa yang kita suka.
Cara buat waffle yang sedap, garing di luar lembut di dalam
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air ATAU 1 cawan susu full cream + 1 1/2 air
3/4 cawan minyak masak/butter cair
2 biji telur
Sedikit esen vanila
2 sudu makan susu tepung
3 sudu gula kastor
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan baking powder
1/4 sudu teh baking soda
Cara membuat
1.Masuk semua bahan dalam mangkuk, pukul hingga sebati
2.Biar adunan 10-15 minit
3.Tuang adunan dalam bekas waffle. Biar hingga masak (saya letak suhu maksimum, tengok dah garing boleh angkat).
4. Dah garing angkat dan sapu inti yang disukai. Hasil waffle memang sedap, rangup. Garing di luar, lembut di dalam.
Selamat mencuba.
Boleh klik SINI untuk beli alat pembakar waffle.
Sumber: Nor Asiah