Sebelum masuk bulan puasa eloklah cuci langsir yang ada di rumah. Sebab kerja-kerja untuk buka dan pasang langsir ini perlukan tenaga juga.
Biasanya langsir kediaman ini kita basuh di dobi layan diri sebab perlukan mesin basuh yang lebih besar di samping pengering. Kalau jemur di rumah memang tak cukup ampaian. Cumanya, kalau nak cuci langsir di dobi layan diri ini kena tahu cara yang betul.
Jangan masuk semuanya dalam mesin basuh sebab langsir ada banyak jenis dan tak semuanya sesuai guna cucian mesin basuh. Takut rosak langsir korang yang mahal tu.
Berikut adalah tip yang perlu kita ikuti untuk mencuci langsir kediaman di dobi layan diri
1. Periksa label cadangan cucian pada langsir (langsir ready-made) sama ada sesuai untuk basuhan mesin, basuhan tangan atau dry-cleaning.
2. Pastikan semua penyangkut sudah ditanggalkan pada langsir French pleat.
3. Bersihkan habuk pada langsir dengan cara mengibaskannya atau menggunakan vacuum. Pre-wash kotoran kasar jika perlu.
4. Asingkan langsir siang (day curtain/lining/voile) daripada langsir kain tebal/biasa.
5. Untuk langsir kain tebal/biasa, cucian mesin boleh dilakukan dengan menggunakan air sejuk/biasa dengan sedikit sabun. Elakkan daripada menggunakan air panas kerana ini akan menyebabkan sesetengah fabrik mengecut.
6. Langsir siang (day curtain/lining/voile) adalah nipis. Oleh itu cuba elakkan cucian menggunakan mesin. Pilihan lain adalah basuhan tangan atau dry-cleaning. Jika perlu cucian mesin, masukkan ke dalam net laundry bag yang besar dan kemudian barulah dimasukkan kedalam mesin dan dibasuh menggunakan air sejuk/biasa.
7. langsir eyelet tidak sesuai untuk cucian mesin kerana boleh menyebabkan kerosakkan pada eyelet. Jika perlu cucian mesin, masukkan kedalam net laundry bag yang besar, sama seperti langsir siang.
8. Langsir kain tebal/biasa boleh dikeringkan menggunakan mesin pengering pada suhu sederhana/tinggi, bergantung pada kesesuaian fabrik.
9. Langsir apabila basah akan menjadi berat. Oleh itu jangan memasukkan lebih muatan kedalam mesin pengering kerana ini akan memendekkan hayat mesin pengering.
10. Langsir siang (day curtain/lining/voile) lebih sesuai dikeringkan dibawah cahaya matahari. Jika perlu pengeringan mesin, gunakan suhu rendah/sederhana.
11. Langsir eyelet tidak sesuai menggunakan pengeringan mesin kerana suhu yang tinggi dan putaran mesin boleh menyebabkan kerosakkan pada eyelet yang diperbuat daripada plastic/kayu/logam. Selain itu, kesan langsung daripada putaran akan menyebabkan bunyi yang bising serta kerosakkan pada drum pengering.
12. Langsir scallop tidak sesuai untuk basuhan mesin. Gunakan basuhan tangan atau dry-cleaning.
Semoga bermanfaat
Sumber: Bubble Laundrette