
Seronok kalau lihat pokok dan sayuran cili, sawi, terung, limau dan sebagainya yang kita tanam keliling rumah hidup subur.
Tapi yang tak bestnya bila pokok yang subur ini habis dikerjakan dek ulat/ serangga perosak daunnya. Memang frust!
Jika kejadian begini berlaku pada tanaman atau sayuran yang ditanam bolehlah praktikkan petua yang dikongsi oleh Hipni Jafar yang menggunakan cara sama pada pokok limaunya yang daunnya dirosakkan ulat -ulat ini.
Tak perlu beli racun serangga pun cuma bancuh bahan yang sedia ada di rumah untuk dijadikan semburan menghapuskan perosak ini.
Petua hapuskan ulat naik daun
Petua ini diperoleh daripada sahabatnya yang menggunakan empat bahan berikut;
1 sudu pencuci pinggan (Glo)
2 sudu MSG (Ajinomoto)
1/2 sudu minyak masak
1 liter air
Cara membuat:
- Bancuh semua bahan dan letak dalam botol sray.
2. Sembur pada tanah, pohon dan daun pokok kemudian boleh lihat hasilnya.
Ulat/serangga yang merosakkan daun akan mati dan gugur ke tanah. Cara ini juga kesan untuk hapuskan siput babi. Gambar di bawah selepas 2 hari semburan dibuat.
Selamat mencuba!
Sumber: Hipni Jafar
Kalau Tanam Pokok Sup Dari Biji Benih Tak Menjadi, Boleh Cuba Lagi Guna 2 Kaedah Ini. Confirm Hidup!

Isi Kandungan
ToggleRamai yang tanam pokok sup di rumah dan ramai juga yang selalu merungut pokok yang ditanam tak hidup.
Jika dah cuba beberapa kali tanam pokok sup tak menjadi, mungkin kena tukar cara penanaman. Tanam pokok sup ini ada 3 kaedah yang boleh digunakan.
Tak jadi cara pertama kita guna cara kedua dan ketiga. Kaedah tanam daun sup ini dikongsi oleh Pyan Sempoi yang telah mencuba semua cara ini.
3 kaedah tanam pokok sup
Jom tanam daun sup untuk kegunaan sendiri. Ada 3 kaedah untuk tanam pokok daun sup. Semua saya dah buat & berjaya, yang belum berjaya tanam daun sup boleh lah pilih salah satu dari kaedah yg saya kongsikan di bawah.
Kaedah pertama : semai biji benih
Cara semai:
1) Siapkan media tanam, saya guna peatmoss. Dah isi ke dalam bekas siram siap.
2) Tabur biji benih sikit saja, jangan banyak (secubit). Tak perlu timbus dengan media lagi sebab biji sup ini halus. Selepas spray air biji benih akan terbenam sendiri di celah-celah media. Banyak yang gagal sebab inilah, benih yg bercambah tak dapat tembus tanah untuk dpt cahaya.
3) Spray dengan air, cukup 1-2 kali spray saja.
4) Letak tempat teduh, nak tutup boleh pun boleh. Saya biar tak tutup.
5) Spray 2 kali sehari pagi & petang, Insya-Allah kalau benih bagus akan tumbuh selepas 7-10 hari. Kalau 2 minggu tak tumbuh jugak bererti gagal, kena cuba lagi.
Kaedah kedua : tanam semula akar pokok matang
Cara semai :
1) Pilih pokok sup yang masih segar dan ada banyak akar yang masih warna putih serta ada anak / tunas kecil. 3 syarat ini WAJIB!
2) Potong semua batang kecuali tunas kecil.
3) Rendam dalam air bagi tenggelam akar saja untuk aktifkan akar selama 1-2 hari.
4) Boleh tanam jika nampak akar makin sihat serta tunas makin segar & membesar. Jangan tanam dalam sangat, cukup kambus akar sahaja.
5) Siram sikit saja air jangan terlebih, ini pun jadi penyebab gagal sebab media terlalu becak.
6) Letak tempat teduh dulu 1-2 minggu.
Kaedah ketiga : tanam semula anak pokok yang tumbuh dari induk pokok hasil dari kaedah 1 atau 2
Cara tanam :
1) pokok induk mesti sihat, subur dan ada banyak anak pokok yang baru tumbuh. Pilih yang bersaiz setengah jengkal ke atas saja.
2) Korek atau cabut perlahan-lahan. Syarat kena ada akar bersama anak pokok (kalau cabut tiada akar baik campur dalam sup saja) Kena hati-hati waktu korek/cabut.
3) Tanam & letak tempat teduh selama 1-2 minggu sampai pokok stabil.
4) Siram sikit saja, macam kaedah 1 atau 2, jangan terlebih air.
Boleh pilih dari 3 cara di atas untuk tanam. Pokok sup ini tanam sekali saja, InsyaAllah boleh makan hasil berbulan-bulan jika rajin praktikkan kaedah no 3.
Selamat mencuba.
Sumber: Pyan Sempoi
7 Kegunaan Pendrive Yang Ramai Tak Tahu Selain Dari Transfer Data

Isi Kandungan
Toggle
Hampir setiap hari kita menggunakan pendrive ini namun fungsi yang selalu kita gunakan adalah untuk simpan dan pindahkan data.
Ramai tak tahu bahawa kegunaan pendrive ini ada banyak lagi. Touch Media Laptop Specialist (TMLS) berkongsi 7 fungsi lain pendrive untuk pengetahuan kita semua.
1) Jadikan pendrive sebagai ram
Kita boleh tukarkan pendrive menjadi ram maya, cara ini akan menambah perfomance laptop anda. Caranya senang, tak perlu install apa-apa software, hanya ikut step yang ditunjukkan ini.
Langkah 1: Cucuk pendrive kedalam laptop
Langkah 2: Tekan right click, pilih properties.
Langkah 3: Dalam properties, anda pilih tab Readyboost
Langkah 4: pilih “use this device.” dan set saiz ram maya anda.
Jika anda guna pendrive 16gb,anda boleh setkan ram maya ke 4gb.
2) Letak password dalam pendrive
Pendrive sememangnya tidak mempunyai sekuriti kerana data didalamnya boleh dibaca oleh mana-mana laptop yang dicucuk oleh pendrive.
Jadi untuk mengatasi masalah ini,anda boleh guna bitlocker untuk menambah sekuriti pada pendrive anda.
Bitlocker ni akan sulitkan data dan secure pendrive anda dengan password. Cara nak setup password adalah seperti yg berikut:-
Langkah 1: Right click pada pendrive dan pilih “Turn on BitLocker…”
Langkah 2: Kemudian set password pendrive anda
3) Simpan OS linux
Bukan simpan saja, macam simpan windows. Kalau nak guna windows kita kena install dulu dalam laptop dari pendrive. Lain bagi os linux seperti Ubuntu,kali,backtrack yang mana anda boleh terus buka dan guna os tersebut dari pendrive sahaja.
4) Run software dari pendrive
Bermaksud anda tak perlu install software atau aplikasi dalam windows laptop anda. Cukup anda install dan run software tersebut dari pendrive.
Caranya, anda download software PortableApps yang mana software ini membolehkan anda run software dari pendrive.
5) Kunci laptop menggunakan pendrive
Ia bermaksud tanpa pendrive, laptop anda tak boleh digunakan, akan terkunci. Sangat berguna pada pengguna yang memerlukan sekuriti tambahan pada peranti mereka. Untuk menggunakan fitur ini anda perlu menggunakan software berbayar seperti predator.
Download link: https://predator-usb.com/predator/en/in
6) Sambungkan pendrive ke telefon android
Anda boleh terus sambungkan pendrive terus ke telefon android (root) dan data-data didalam pendrive dapat dibaca terus dari handphone.
Peralatan yang anda perlukan adalah cable otg dan juga aplikasi Stickmount yang perlu anda download dalam handphone.
7) Selamatkan laptop dari masalah windows corrupted
Tiba-tiba laptop anda tak boleh loading os, keluar error windows perlu di repair..jangan gusar kerana pendrive boleh menyelamatkannya. Jika, anda ada simpan data os (rescue disk) didalam pendrive tersebut.
Rescue adalah software bootable yang membolehkan anda boot computer dari pendrive. Anda boleh download rescue disk dari kaspersky atau avg. Cara ini berkesan jika windows corrupted disebabkan oleh virus.
Sumber: Touch Media Laptop Specialist
5 Petua Simpan Pisang Agar Tahan Lama, Lambat Busuk

Isi Kandungan
Toggle
Ramai yang gemar makan pisang dan kebiasaannya buah ini akan sentiasa ada saja di rumah.
Tapi jadi masalahnya buah pisang ini tak tahan lama. Cepat jadi lembik dan busuk.
Sebenarnya keadaan ini berlaku kerana kita tahu tahu cara menyimpan pisang yang betul. Jika kena caranya buah ini akan tahan lebih lama.
Korang suka makan pisang boleh praktikkan 5 petua simpan pisang agar tidak cepat lebam dan busuk.
1. Pilih sisir ada masak dan belum masak
Pilih sisir atau setandan pisang yang di dalamnya terdapat pisang yang sudah masak dan belum masa. Supaya kitya tak perlu menghabiskan semua pisang dalam masa yang singkat.
2. Basuh pisang dengan air bersih
Kebanyakan peniaga akan menyembur sejenis bahan kimia untuk mempercepatkan proses kematangan pisang. Oleh itu dengan membasuh pisang bukan saja dapat mengelakkan kita termakan malah mengelakkan ia dari masak lebih cepat.
3. Balut tangkai dengan kertas aluminium
Untuk kekalkan kesegaran pisang, balut tangkat pisang dengan kertas aluminium atau kertas. Kemudian simpan di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik. Selain itu boleh juga gantung pisang dalam keadaan tangkai ke atas. Ia bertujuan mengurangkan bintik-bintik pada pisang.
4. Jangan simpan pisang dengan epal
Ini kerana epas akan membebaskan sejenis bahan kimia yang disebut ‘ether’ yang akan menyebabkan pisang masak lebih cepat.
5. Elak hentak pisang
Jangan letak dengan kasar atau menghentak pisang ketika mengendalikannya. Pegang atau letakkan dengan perlahan kerana hentakan yang kuat akan menyebabkan kulit pisang menjadi gelap atau lebam dan teksturnya menjadi lembik.