Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya dikesan dari bunyi ‘lain macam’ yang dihasilkan.

Jadi kalau pandu kereta dan terdengar bunyi-bunyi yang lain dari biasa di beberapa bahagian kereta pastikan ia tidak abaikan. Itu petanda ada kerosakan. Lebih baik periksa di bengkel sebelum terlambat dan kos kerosakan makin tinggi.

1. Bunyi ketukan di bahagian tayar

Bunyi ini mungkin disebabkan masalah pada absorber atau penyerap hentakan. Komponen ini penting untuk memastikan tayar kereta bersentuhan dengan permukaan jalan dan menyerap hentakan bagi melancarkan pemanduan. Absorber yang rosak boleh menjejaskan kawalan brek dan kenderaan anda.

Kalau Dengar 5 Jenis Bunyi Ini Bila Pandu Kereta Itu Petanda Ada Yang Rosak

IKLAN

2. Bunyi seperti siulan terutamanya ketika pusing di selekoh

Apabila kereta mengeluarkan bunyi seperti geseran dan siulan terutamanya ketika mengambil selekoh, kereta anda mungkin mengalami masalah bearing tayar atau timing belt. Timing belt yang terlalu ketat atau tidak berfungsi dengan baik boleh membuatkan enjin kereta anda rosak!

3. Bunyi besi bergeser setiap kali tekan brek

Jangan ambil mudah bunyi ini kerana ianya menandakan brek pad menipis dan haus terutamanya jika bunyinya seakan geseran besi. Bahaya ya! Cengkaman brek berkurangan bukan sahaja bahaya untuk pemanduan tetapi boleh merosakkan cakera brek.

Kalau Dengar 5 Jenis Bunyi Ini Bila Pandu Kereta Itu Petanda Ada Yang Rosak

IKLAN

4. Bunyi nyaring dari bahagian bonet

Berkemungkinan besar disebabkan masalah pada timing belt yang mengawal sistem asas kenderaan. Timing belt yang rosak perlu ditukar segera, kerana komponen ini boleh menjejaskan komponen lain jika tidak dibaiki segera!

5. Ekzos mengeluarkan bunyi kuat ketika memecut

Jika bunyinya datang dari bahagian bawah kenderaan dan semakin kuat bila anda memecut, mungkin disebabkan kebocoran pada ekzos. Jangan ambil mudah, kebocoran ekzos ini boleh menyebabkan penumpang terdedah kepada pencemaran karbon monoksida.

Selain itu:  Mi Goreng Letak Tauhu Hancur, Menu Mi Lain Sikit Tapi Confirm Sedap

 

IKLAN

Sumber: Sinar.my

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI