Kereta Keluar Bunyi Lain Macam Bila Memandu Petanda Ada Yang Rosak

Share

Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya dikesan dari bunyi ‘lain macam’ yang dihasilkan.

Jadi kalau pandu kereta dan terdengar bunyi-bunyi yang lain dari biasa di beberapa bahagian kereta pastikan ia tidak abaikan. Itu petanda ada kerosakan. Lebih baik periksa di bengkel sebelum terlambat dan kos kerosakan makin tinggi.

1. Bunyi ketukan di bahagian tayar

Bunyi ini mungkin disebabkan masalah pada absorber atau penyerap hentakan. Komponen ini penting untuk memastikan tayar kereta bersentuhan dengan permukaan jalan dan menyerap hentakan bagi melancarkan pemanduan. Absorber yang rosak boleh menjejaskan kawalan brek dan kenderaan anda.

2. Bunyi seperti siulan terutamanya ketika pusing di selekoh

Apabila kereta mengeluarkan bunyi seperti geseran dan siulan terutamanya ketika mengambil selekoh, kereta anda mungkin mengalami masalah bearing tayar atau timing belt. Timing belt yang terlalu ketat atau tidak berfungsi dengan baik boleh membuatkan enjin kereta anda rosak!

3. Bunyi besi bergeser setiap kali tekan brek

Jangan ambil mudah bunyi ini kerana ianya menandakan brek pad menipis dan haus terutamanya jika bunyinya seakan geseran besi. Bahaya ya! Cengkaman brek berkurangan bukan sahaja bahaya untuk pemanduan tetapi boleh merosakkan cakera brek.

4. Bunyi nyaring dari bahagian bonet

Berkemungkinan besar disebabkan masalah pada timing belt yang mengawal sistem asas kenderaan. Timing belt yang rosak perlu ditukar segera, kerana komponen ini boleh menjejaskan komponen lain jika tidak dibaiki segera!

5. Ekzos mengeluarkan bunyi kuat ketika memecut

Jika bunyinya datang dari bahagian bawah kenderaan dan semakin kuat bila anda memecut, mungkin disebabkan kebocoran pada ekzos. Jangan ambil mudah, kebocoran ekzos ini boleh menyebabkan penumpang terdedah kepada pencemaran karbon monoksida.

6.Bunyi bergeser kuat

Bunyi bergeser apabila memandu boleh disebabkan tali sawat kereta anda sudah mula rosak atau sudah sampai waktunya. Jika tali sawat kereta anda putus semasa memandu, kereta anda tidak akan boleh bergerak lagi kereta tiada charging daripada alternator, jadi buat pemeriksaan sebelum ia putus adalah lebih baik daripada tersadai tepi jalan.

7. Bunyi clicking

Jika anda membuat pusingan stering sampai habis dan ada bunyi berketik cliking, ini mungkin disebabkan oleh driveshaft kereta anda dah rosak atau haus. Driveshaft yang rosak perlu ditukar secepat mungkin, supaya masalah tidak melarat kepada gearbox rosak pula.

8. Bunyi hissing macam ular

Jika kereta anda ada bunyi hissing datang daripada dalam bonet kereta semasa kereta sedang idle, enjin kereta anda mungkin sedang overheat, yang mana ia adalah masalah yang serius. Walaubagaimanapun, ia mungkin juga bermakna anda mungkin mempunyai vacuum hose yang bocor, yang mana ia mudah diselesaikan sebaik sahaja anda tahu daripada mana kebocoran tersebut.

9. Kereta keluar bunyi macam ‘penampar’

Jika anda dengar macam bunyi benda menampar sesuatu, yang mana bunyi tu makin laju apabila kereta semakin laju, salah satu tayar mungkin sudah pancit. Memandu dalam keadaan tayar pancit atau rosak boleh menyebabkan kerosakan teruk pada tayar. Dan jika bunyi itu muncul, segera berhentikan kereta dan periksa tayar kereta anda.

10. Bunyi bergeser bila tukar gear

Jika gear anda menghasilkan bunyi bergeser apabila tukar gear, ia mungkin bermakna klac kereta anda sudah haus atau batang klac perlu di adjust. Geseran gear juga boleh memberi makna transmisi kereta anda ada masalah yang lebih teruk lagi di bahagian dalam gearbox.

11. Bunyi dengung

Jika anda mendengar bunyi dengung datang daripada tayar kereta anda dan berubah apabila kereta anda semakin laju, ia bukan bermakna ada sesuatu tersangkut bawah kereta anda. Ia datang daripada axle atau bearing kereta anda. Ia tidak perlu berhenti tepi jalan, terus ke bengkel anda dan buat penukaran sebelum ia merosakkan tayar kereta anda.

Sumber: Sinar.my & Cikgu Kereta

Baca Lagi: Tip Penjagaan Kena Buat Untuk Kereta Tamat Tempoh ‘Warranty’ Supaya Tahan Lama, Tak Selalu Rosak

 

 

Published by
VK