Hari ni ramai mak-mak yang merungut keletihan menguruskan rumah tangga. Ada anak dan suami tapi tak membantu, asyik menonton tv dan ralit dengan telefon membiarkan isteri dan ibu menyelesaikan semua kerja rumah tangga.
Ini juga lah yang buat kaum mak-mak memendam rasa. Sebenarnya kalau ibu pandai mendidik anak membantu kerja rumah sedari kecil tak mustahil ibu akan ada banyak waktu rehat.
Tak kira anak lelaki atau perempuan seharusnya kerja di rumah dibuat bersama. Macam yang dilakukan oleh Ozalyn ini.
Enggan anak lelaki jadikan isteri bagai orang gaji di rumah kelak, awal-awal lagi dia sudah mendidik anak-anak malah suami membantunya melakukan kerja rumah.
Jangan ingat anak saja yang kena suami pun kena sekali. Bulan puasa pun tiada alasan ya, kerja tetap kena buat.
Yang ni best, sebab terlupa nak tolong Ozlynn kemas rumah, masing-masing kena. Tapi biasalah anak-anak kena bertegas dulu baru dibuat.
So mak-mak lain boleh tiru cara Ozlynn ni. Memang patut pun anak-anak termasuk lelaki diajar buat kerja rumah. Kalau mak sakit demam takdelah tetap kena bangkit buat kerja. Tak gitu!
Sumber: jozlynnhanania